Baru-baru ini tular ramai yang mencari fesyen bikini yang dipakai oleh Selena Gomez dalam muzik video lagu ‘Icecream’, nyanyian duet wanita genit ini bersama Blackpink.
Boleh dikatakan dalam tempoh 24 jam fesyen bikini Selena laku keras dan habis terjual, dan mungkinkah fenomena ini juga bakal berlaku pada kosmetik baru milik wanita hebat ini?
Semalam secara rasminya kosmetik jenama ‘Rare Beauty by Selena Gomez’ telah berada di pasaran, dan rata-rata ramai pakar kecantikan memberi respon yang cukup memuaskan.
Apa lagi yang menarik tentang mekap milik Selena Gomez ini, jom lihat di bawah.
48 Shades Foundation Paling Ringan
- Foto – Arkib Wanista
Rare Beauty menampilkan 48 koleksi pilihan warna foundation untuk wanita di seluruh dunia, krim foundation ini sangat ringan, kulit boleh bernafas dengan mudah dan paling penting ia mudah meresap masuk ke dalam kulit dan sekaligus membuatkan si pemakai miliki kulit baharu!
260N – Light Medium bersama neutral peach undertones Beli
- Foto – Arkib Wanista
270N – Light Medium bersama neutral beige undertones Beli
- Foto – Arkib Wanista
400W – Medium deep bersama warm golden undertones Beli
- Foto – Arkib Wanista
12 Lip Souffle Matte Paling Hot
- Foto – Arkib Wanista
Serius sumpah lawa koleski warna-warna gincu Rare Beauty by Selena Gomez ini, gincu souffle matte ini tahan lama, rasa ringan ketika pakai di bibir dan paling penting ianya tampil dengan 12 warna pilihan yang hot!
Bright Red Beli
- Foto – Arkib Wanista
Deep Fuschia Beli
- Foto – Arkib Wanista
Motivate – Watermelon Pink Beli
- Foto – Arkib Wanista
Transform – Deep Wine Beli
- Foto – Arkib Wanista
Fearless – Deep Mauve Rose Beli
- Foto – Arkib Wanista
8 Shades Light Liquid Lumnizer
Bagi yang mencari lumnizer baru, light liquid lumnizer Rare Beauty wajib ada dalam senarai pencarian. Ini adalah kerana lapan warna lumnizer yang ditawar cukup memikat dan berkilauan, sekaligus membuatkan wajah jadi glowing dan menarik.
Aneka Koleksi Mekap
- Foto – Arkib Wanista
Rare Beauty juga memiliki rangkaian koleksi lip balm yang cukup menarik dan sangat berkesan, untuk melembapkan bibir agar tampak lebih sihat.
Selain itu, jenama kosmetik ini juga mengeluarkan aneka rangkaian concealer, blusher, primer, bedak kompak (touch-up kit), eyeliner, eyebrow, berus mekap dan span mekap eksklusif.
Mekap Kosmetik Berbaloi Untuk Dimiliki
- Foto – Arkib Wanista
Rangkaian harga produk kosmetik Rare Beauty ini dalam lingkungan US$ 5 – US$ 29 atau RM 20 – RM 120 sahaja, harga yang cukup berbaloi untuk produk bermutu dan berkualiti.
Tambahan lagi, semua produk kosmetik milik Selena Gomez ini ada vegan, bermakna ianya adalah produk bebas dari sebarang penggunaan haiwan dan juga bebas kekejaman dari ujikaji haiwan.
Senang cerita produk kosmetik ini selamat untuk wanita gunakan tanpa perlu rasa ragu-ragu.
Hanya Di Sephora!
Bagi yang tak sabar nak mencuba dan dapatkan produk kosmetik dari Selena Gomez ini, boleh dapatkannya di laman sesawang Sephora sini.
Bagi yang kurang yakin nak cuba, ramai pakar kecantikan memberikan maklumbalas yang positif setelah menggunakan produk dari Selena Gomez ini, kerana mekap yang dikeluarkan mampu membuatkan diri wanita berasa lebih berkeyakinan dan jelita.
Nak jadi cantik macam Selena, guna Rare Beauty!
The post Mekap Selena Gomez ‘Rare Beauty’ Dah Keluar, Sumpah Lawa! appeared first on Wanista.com.