Ethan Peters, individu berpengaruh dalam kecantikan, dikenali sebagai Ethan Is Supreme di Youtube meninggal dunia akibat mengambil dadah berlebihan.
Berita kematian mengejut anak muda 17 tahun itu disahkan oleh bapanya sendiri.
Beauty Youtuber Yang Dihormati
Ethan Peters telah mengumpulkan lebih dari 500K pengikut di Instagram dan 140K di Youtube dengan menyiarkan tutorial mekap, ulasan produk kecantikan, dan vlog gaya hidup.
Dia juga baru-baru ini melancarkan jenama pakaian, Hellboy, yang digambarkan sebagai “like a gay hottopic or something.”
- Foto – Arkib Wanista
Pengambilan Dadah Berlebihan Di Usia Muda
Walaupun penyebab kematian masih dalam siasatan dan tidak dapat disahkan, baik ayah Peters dan rakannya, Ava Louise menjelaskan bagaimana anak muda itu berjuang dengan penagihan dadah sejak di usia muda lagi.
Ava Louise tweet;
“Sekiranya ada sesiapa yang berkata negatif tentang penagihan, saya akan membalas dendam dan tidak lagi bertoleransi. Jadi, katakan seseuatu yang positif tentang Ethan. Dia seorang artis penuh inspirasi. Sangat berbakat.”
Dilaporkan, Ethan Peters juga mengalami tekanan setelah dituduh perkauman dan transphobia pada masa lalu.
Influencer Manny MUA juga tweet sebagai tanda sokongan, “Saya tahu dia telah melakukan banyak kesalahan… tetapi untuk mengatakan bahawa kematiannya patut berlaku adalah tidak perikemanusiaan. Saya berdoa untuk keluarga dan orang yang disayanginya.
- Foto – Arkib Wanista
Dibuli Hanya Kerana Menjadi Gay
“If you don’t have something nice to say, don’t say anything at all.” Inilah yang terjadi pada jejaka muda, rakan dan sekolah tanpa sedar membuli hanya kerana status seksualiti.
Dalam sebuah video yang disiarkan di Youtube bertajuk “why my school kicked me out for being gay,” Ethan mendedahkan bahawa dia adalah gay.
Ethan kemudian menyatakan bahawa menjadi gay melanggar peraturan di sekolahnya, oleh itu, dia terpaksa meninggalkan institusi tersebut. Namun, dia masih berjaya mencipta karier dengan usaha dirinya sendiri, yang bukan hanya membawanya wang tetapi juga kemasyhuran.
RIP Ethan Peters!
The post Youtuber 17 Tahun Mati Kerana Mengambil Dadah Berlebihan appeared first on Wanista.com.