Melihat Koleksi Musim Luruh Sejuk 2020 daripada Triumph Malaysia, Triumph menampilkan gaya yang memenuhi keperluan wanita untuk pakaian dalam yang selesa, sesuai dan bergaya.
Fit Smart 2.0
Dicipta dengan menggunakan teknologi 4D inovatif dan sentuhan kewanitaan seperti renda yang ditempa khas serta bahagian kait yang menyokong dan mengikut bentuk tubuh badan.
Tidak menggunakan dawai, coli ini menyokong dan memusatkan payudara dalam membentuk dan memberi sokongan yang sempurna. Tali kancing khas yang digunakan membolehkan wanita bergaya dengan bentuk silang belakang.
Sistem ukuran yang ringkas seperti S, M, L dan XL, anda boleh mendapatkan Fit Smart 2.0 dalam warna Dusty Pink, Twilight Grey dan Black dengan harga RM 249 bersama dengan celana dalam mini sepandan RM 79.90.
Koleksi Aqua
Menyokong pelbagai jenis generasi wanita yang meminati coli push up, kini mereka boleh mendapatkan:
# Aqua Finesse
Untuk penampilan yang menawan, koleksi ini mempunyai garis leher berbentuk V yang mendalam. Sokongan tambahan dan sayap jaring regangan tinggi, membuatkan perincian ini dihasilkan dengan kemasan yang halus.
Boleh didapati dalam pilihan warna seperti Shadow Grey, Black dan Grey dalam jenis push up berdawai atau tidak.
# Aqua Rosie
Menampilkan sulaman feminin dan perincian bunga mawar yang diinspirasikan daripada bunga mawar berusia seribu tahun di Jerman. Sangat selesa dipakai, bra ini dilapik dengan Aqua ringan yang bersepadu dan lapisan modal yang sangat lembut.
Boleh didapati dalam warna Feather Grey dan Mauve (RM 249) bersama celana dalam mini yang sepandan (RM 79.90 – 89.90).
Sculpt Rosanne & Astra Embroidery
# Sculpt Rosanne
Renda berhias pada mangkuk coli memberikan gaya berdekorasi dan tali coli yang diperbuat daripada elastik jacquard yang halus ini diperkemaskan dengan loket diamante halus. Tali silang dalam dan luar coli serta sayap sisi jaring yang kuat membuatkan sokongan coli ini selesa dan kemasan yang rata.
Coli dalam rekaan berlapik mangkuk separuh dawai atau push up berdawai rekaan butterfly, anda boleh mendapatkannya dalam pilihan warna Grey dan Wild Raspberry bersama celana dalam hipster yang sepadan.
# Astra Embroidery
Inspirasi daripada bunga mawar berkembang penuh, coli ini boleh didapati dalam warna Black dan Bordeaux. Laris di pasaran, coli berlapik dan berdawai ini menciptakan bentuk feminin yang cantik.
Gaya koleksi ini dijual pada bulan November 2020 pada harga RM279 – 299 bersama celana mini sepadan, RM89.90 – 99.90.
Koleksi Musim Luruh Sejuk Triumph 2020 dijual di butik-butik Triumph, pusat beli belah utama negara dan melalui laman web rasmi Triumph. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari Facebook atau Instagram Triumph.
The post Rasa Seksi Dan Bergaya Dengan Koleksi Musim Luruh Sejuk 2020 Triumph appeared first on Wanista.com.