Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14526

Kawaii! Jom Ikut Tips Dan Trik Ini Untuk Jadi Seperti Gadis Jepun

$
0
0

Kalau tengok drama atau filem Jepun, mesti tertanya-tanya sama ada pelakonnya bersolek atau tidak.

Berbeza dengan makeup trend negara Barat dan Asia, gadis Jepun tampak ringkas dengan natural look dan sedikit blusher di pipi.

Foto – Arkib Wanista

Jadi tunggu apa lagi? Jom ikut tips dan trik ini!

# Lightweight foundation atau cushion

Untuk base make up, anda boleh menggunakan asas yang sangat ringan. Anda hanya perlu dab secara perlahan dan lembut di permukaan wajah.

Foto – Arkib Wanista

Bagi mereka yang mempunyai kulit kering, anda hanya perlu menggunakan cushion. Dan untuk mereka yang kulit wajah berminyak, anda perlu menggunakan sedikit translucent powder di bahagian T-zone selepas meletakkan foundation.

# Blusher

Blusher sangat popular di kalangan gadis Jepun. Mereka sangat menyukai warna pink-red blush di mana ia membuatkan wajah menjadi lembut dan muda.

Foto – Arkib Wanista

Tips: Sapu blusher anda di bawah garis bulu mata dan di atas tulang pipi seperti sambungan dari eyeshadow di bawah mata.

# Pensel kening

Menggunakan pensel kening bagi membentuk kening, anda hanya perlu melukis secara lembut. Gunakan kapas untuk blend warna kening sehingga hujungnya.

Foto – Pakutaso

# Eyeshadow

Untuk mata, gadis Jepun lebih menyukai mata yang besar. Gunakan warna coklat sebagai base mata. Anda juga boleh gunakan liner pencil berwarna putih untuk melukis di bawah garis bulu mata yang menampakkan mata kelihatan besar.

Foto – Shopee

# Lip gloss

Di Jepun, pemakaian lipstick tidak akan memenuhi keseluruhan bibir. Mereka akan fokus kepada pemakaian lip gloss dan menampakkan warna bibir asal. Penggunaan lip gloss menjadikan bibir kelihatan plump.

Foto – Arkib Wanista

Senang juga kan untuk solek seperti gadis Jepun. Tidak menggunakan banyak alatan dan ringan pada muka sememangnya lebih baik!

 

RUJUKAN 

The post Kawaii! Jom Ikut Tips Dan Trik Ini Untuk Jadi Seperti Gadis Jepun appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14526