Memakai produk kecantikan melambatkan proses penuaan tetapi secara dalaman anda juga perlu jaga apa yang dimakan. Makanan memainkan peranan terbesar untuk memberikan kesan terbaik atau tidak kepada kulit dan badan.
Untuk melambatkan proses penuaan, ini 10 makanan nutrisi yang wajib diambil.
#1 MADU MANUKA
Madu ini telah lama digunakan untuk meremajakan kulit dan meningkatkan imuniti. Ia juga merangsang pengeluaran cytokine yang melindungi tubuh badan daripada pathogens dan jangkitan.
#2 KEKACANG
Sumber protein dan kaya dengan Vitamin B, kekacang membantu dalam mengurangkan risiko kanser dan kolestrol.
Tetapi kekacang yang perlu diambil secara berkala ialah kacang hijau, kacang hitam, kacang merah, peas, kacang soya dan badam.
#3 AIR KELAPA
Mencerahkan kulit secara semula jadi, air kelapa juga mengandungi hormon estrogen dan penting dalam pembentukan kolagen dan elastin.
#4 BUAH BERI
Buah beri yang kaya dengan Ellagic Acid melindungi kulit daripada sinaran UV. Mengandungi Vitamin C, buah beri dapat melawan radikal bebas dan merangsang pengeluaran kolagen pada kulit.
#5 BUAH DELIMA
Kaya dengan antioksidan dan Vitamin C berbanding dengan teh hijau, buah delima dapat membuatkan kulit menjadi lebih berseri dan bebas daripada penuaan pramatang.
#6 LOBAK MERAH
Lobak merah yang kaya dengan vitamin dan mineral seperti beta-carotene, kalsium, potasium, iron termasuklah Vitamin A, C dan E yang dapat melawan sel kanser juga.
#7 SALMON
Ikan salmon kaya dengan Omega-3 fatty acids yang bagus untuk kesihatan sendi dan memori serta mata. Vitamin D dalam ikan salmon melindungi kulit daripada sinaran UV.
#8 BIJIRIN PENUH
Karbohidrat yang terkandung dalam bijrin penuh mengandungi zat anti penuaan yang tinggi seperti polyphenols dan carotenoids termasuk serat makanan, vitamin, mineral yang mengurangkan risiko sakit jantung, darah tinggi dan sembelit.
#9 TEH HIJAU
Teh hijau membantu dalam mengekalkan anda awet muda kerana ia melindungi sel daripada rosak dan mengurangkan tekanan. Mempunyai antioksidan yang tinggi, teh hijau dapat melambatkan proses penuaan.
#10 ALPUKAT
Kaya dengan fatty acids dan mono-fatty acids yang dapat melembapkan kulit. Dalam mengatasi kedut di wajah, alpukat juga mengandungi Vitamin A, D dan E yang merupakan antioksidan yang tinggi.
Jadi adakah anda telah mengambil salah satu makanan nutrisi yang telah disenaraikan? Jika belum, cepat lakukannya untuk melambatkan proses penuaan anda!
The post Melambatkan Proses Penuaan, Makan 10 Makanan Ini! appeared first on Wanista.com.