Selena Gomez menerusi video skincare routine yang dikongsikan Vogue ada beritahu, ketika remaja dia tidak mengambil berat akan soal penjagaan wajah. Tapi apabila meningkat usia dewasa, dia agak sensitif dan lebih arif akan produk yang betul-betul bagus untuk kulit wajahnya.
Sepanjang menonton video, terpesona dengan kulit Selena yang flawless, dan ternyata rahsia Selena adalah produk kelahiran negara matahari terbit, Jepun.
Rahsia Flawless Selena Gomez
Menurut Selena, dia mempunyai kulit kering di kawasan tertentu dan juga berminyak, jadi dia akan menyesuaikan rutinnya untuk memastikan kulitnya mendapat apa yang diperlukan.
“Saya fikir ketika saya masih muda, saya tidak kisah menjaga kulit. Saya bekerja sejak berusia tujuh tahun dan memakai mekap, dan langsung tidak memikirkan semua itu.
“Saya juga mempunyai jerawat, dan biasanya dekat T-Zone. Saya cuba untuk tidak menyentuhnya tapi kadang-kadang sukar,” katanya.
Selepas pembersihan, dia akan melembap dengan Tatcha Dewy Skin Moisturizer. Pelembap ini menjadi kegemarannya kerana tekstur yang tebal dan yummy, selesa bila diaplikasi ke wajah.
Tatcha Dewy Skin Moisturizer
Krim yang kaya dengan penghidratan dan beras ungu Jepun penuh dengan antioksidan untuk kulit lebih glowing dan dewy, idaman setiap wanita.
Sesuai untuk kulit kering, tetapi boleh digunakan pada kulit normal bagi mereka yang lebih suka tekstur yang lebih kaya.
Kenapa bagus? Krim ini menghidrat dan seal dengan melembap, membantu untuk merawat dan memberi kilauan segera. Penapaian makanan superfood yang kaya anti-penuaan, seperti teh hijau, beras dan alga – membantu kulit kelihatan lembut, sihat dan cantik pada usia apa pun.
- Foto – Business Insider
# Japanese Purple Rice
Kaya dengan antosianin, antioksidan, membantu kulit pulih dan melindungi daripada tekanan, pencemaran, dan kerosakan UV untuk kulit yang lebih sihat.
# Okinawa Algae + Hyaluronic Acid
Campuran alga Okinawa dan asid hyaluronik untuk membantu mengisi kelembapan semula jadi kulit, dengan serta-merta menjadikan kulit lembut, selesa, dan sangat berkhasiat.
# Ekstrak Botani
Gabungan ekstrak dan minyak dari ginseng, wild thyme, dan sweet marjoram untuk menyuburkan kulit, mengekalkan kelembapan yang perlukan dan kesan dewy dan glow.
Seterusnya adalah bahagian yang paling penting, krim pelindung matahari. Selena menggunakan Drunk Elephant Umbra Sheer Sunscreen SPF 30.
- Foto – Arkib Wanista
Tak jemu lihat kecantikan kulit wajah Selena Gomez, love sangat! Ingat untuk sentiasa ambil peduli akan skincare routine kerana first impression sangat penting.
The post Rahsia Muka Flawless Selena Gomez Cuma Guna Pelembap Jepun appeared first on Wanista.com.