Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502

Elok Ke Makan Daging Medium Rare, Apa Hukum Dari Segi Islam?

$
0
0

Suka makan daging medium rare atau medium well, tapi adakah daging yang dimasak sebegini rupa halal di dari segi hukum Islam?

Rasanya ramai dikalangan kita tidak terfikir tentang isu ini, dan menganggap daging yang separuh masak seperti ini boleh di makan meski tidak merujuk kepada nas-nas atau dalil Al-Quran.

Jadi berbalik kepada soalan pokok, bolehkah orang Muslim memakan daging separuh masak menampakkan warna merah darah seperti medium rare atau medium well di restoran yang menyediakan menu seperti ini?

Ketahui jawapannya berdasarkan kupasan dalil dan pendapat ulama Islam, di bawah.

Halal Di Makan Jika Tiada Darah Mengalir Pada Daging

Foto – Taste Of Home

Imam al-Baghawi ada menyatakan dalam tafsirnya ‘Ma’alim al-Tanzil’ menjelaskan isu ‘Daman Masfuhan’ bermaksud darah yang mengalir dan mencurah pada daging dan isu memakannya.

Berkata Ibn Abbas, “Allah maksudkan ialah darah yang keluar daripada haiwan, yakni yang hidup, memiliki roh dan keluar daripada urat ketika penyembelihan.

Tidak termasuk hati dan limpa kerana keduanya darah beku (tidak mengalir), dan telah datang dalam ‘Syara’ akan halalnya kedua organ itu. Tidak haram juga daging bercampur dengan darah kerana ia tidak mengalir.”

Berkata Imran bin Hudair, ” Aku bertanya Abu Mijlaz tentang daging yang bercampur dengan darah, atau dalam periuk yang terdapat dalamnya merah-merah darah?’

Maka dia jawab, “Tidak mengapa, darah yang diharamkan hanyalah darah yang mengalir.”

Jadi Haram Apabila Terdapat Darah Mengalir Di Dalamnya

Foto – Healthy Food Guide

Berdasarkan dalil-dalil dari tafsir di atas, daging seperti medium rare atau medium well boleh di makan kerana tiada darah yang mengalir di dalamnya.

Tapi lain pula halnya jika dalam daging tersebut ada darah yang mengalir, maka makanan itu akan jadi haram untuk di makan.

Pendapat Dalam Mazhab Imam al-Syafie

Foto – Arkib Wanista

Dalam pendapat mazhab Imam Syafie, terdapat dua pandangan mengenai isu ini iaitu:

  • Suci – ini adalah pendapat Imam al-Nabawi seperti mana yang diputuskan daripada kalam beliau dalam al-Majmu’. Dan pandangan ini juga sependapat dengan Imam al-Subki.
  • Najis Tetapi Dimaafkan – bermaksud jika dimakan ia boleh dimaafkan dan hukumnya adalah halal. Tetapi jika bercampur dengan suatu yang asing seperti dijirus air, maka darah yang terdapat pada daging itu tidak lagi murni dan hukumnya najis yang tidak dimaafkan. Ini adalah muktamad dalam mazhab, adapun hidangan lauk daging yang tidak dipastikan bercampur darah atau tidak kerana tidak nampak dan sebagainya, maka hukumnya ia kekal suci.
Foto – Arkib Wanista

Berdasarkan penjelasan yang diambil dari Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan ini, lebih cenderung kepada pendapat Imam al-Nabawi dan Imam al-Subkri, yakni daging yang dimasak seperti medium rare atau medium well adalah suci.

Justeru itu, darah pada daging, urat dan tulang yang sudah dimasak adalah halal dan suci. Manakala jika memakan daging seperti itu boleh memudaratkan kesihatan dan doktor juga melarang, maka ia jadi haram atau makruh memakannya mengikut kadar mudarat.

Rujukan

The post Elok Ke Makan Daging Medium Rare, Apa Hukum Dari Segi Islam? appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502