Ramai pasangan tidak berapa tahu tentang satu fakta ini iaitu bercium atau melakukan french kiss boleh membuatkan kalori dibakar. Betul ke?
Bercium mulut ke mulut dengan pasangan bukanlah sekadar bersentuhan bibit tetapi ia meliputi elemen bermain lidah, bertukar air liur, bersentuhan dan berpelukan. Dalam erti kata lain, foreplay sangat penting dalam hubungan suami isteri.
“Jika lebih banyak pasangan itu bercium, tahap keserasian di antara mereka lebih tinggi dalam perhubungan. Perlakuan itu merupakan sesuatu yang boleh menimbulkan suasana cinta yang romatis.”
Bakar Kalori
Perlakuan bercium sesama pasangan adalah aktiviti fizikal yang boleh meningkatkan degupan jantung, melepaskan hormon dan membakar kalori. Walaupun bercium secara santai boleh membakar sekitar 2 kalori per minit.
Jika anda melakukan pelbagai perbuatan di samping bercium, seperti menggunakan tangan atau melakukan tarian romantis dianggarkan sebanyak 5 sehingga 26 kalori per minit dibakar.
Manfaat lain yang perlu pasangan tahu
# Hormon Kegembiraan
Bercium dengan penuh nafsu bersama pasangan dapat merembeskan hormon-hormon kegembiraan seperti oksitoksin, dopamin dan serotonin. Selain memberikan rasa seronok dan gembira kepada individu, ia juga mempu menurunkan kadar kortisol iaitu hormon stress dalam tubuh
# Meningkatkan dorongan seks
French kiss yang sensasi semestinya akan menaikkan nafsu syahwat dan mendorong untuk melakukan hubungan intim. Ini kerana testosteron dalam air liur dapat meningkat tahap dorongan seks individu. Lebih banyak dan lama bercium, lebih tinggi testosteron diremebeskan.
# Otot bersenam
Bercium melibatkan pergerakan 2 sehingga 34 otot pada muka dan leher. Dianggap sebagai bonus dalam bercium, anda juga boleh melakukan senaman untuk otot-otot muka dan leher sekiranya dalam teknik yang betul. Jadi untuk anda yang malas bersenam, mungkin french kiss solusi terbaik untuk anda bersenam?
Secara umumnya, manfaat bercium sangat penting untuk tubuh badan kita, jadi anda tidak perlu berasa malu untuk meminta bercium dengan pasangan okay?
The post Bakar Kalori Melalui French Kiss, Betul Ke? appeared first on Wanista.com.