Siapa yang menonton drama ‘Emily In Paris’ di Netflix, pastinya terpukau dengan fesyen mewah yang ditonjolkan di dalam drama tersebut.
Tapi adakah kamu perasan bahawa drama ini juga memaparkan persekitaran, budaya, asimilasi antara masyarakat yang agak cliche dari perspektif sebenar.
Dan drama ini juga mendapat kritikan yang hebat kerana apa yang dipaparkan di dalam ‘Emily In Paris’ bukanlah gaya hidup sebenar masyarakat di Paris.
Aspek Budaya
- Foto – Medium
Dalam drama ‘Emily In Paris’, jalan cerita yang ditunjukan kepada penonton adalah, budaya yang tidak sopan. Terdapat satu babak di mana kawan Emily menunjukan kepada Emily bahawa Paris adalah tempat yang menarik kecuali orang mereka (orang French).
Dari situ perspektif penonton terhadap budaya dan sikap sebenar orang French telah disalah ertikan dan ianya umpama suntikan bahawa semua orang French adalah tidak baik.
Kesenian Yang Disalahfahamkan
- Foto – Vulture
Rasanya ramai tahu salah satu budaya masyarakt French adalah memahami maksud seni lukis yang dilukis oleh pelukis.
Tetapi dalam ‘Emily In Paris’ terdapat satu babak di mana seorang pelukis bertanya tentang pengalaman di bilik tidur, seolah-olah dirinya baru pertama kali beraksi di ranjang.
Sambil menunjukan hasil lukisan abstrak brwarna merah, yang menggambar vagina dan warna kuning sebagai air kencing.
Konsep seni masyarakat French bukan seperti apa yang ditonjolkan di dalam ‘Emily In Paris’, ini membuatkan penonton menjurus kebanyakan pelukis French memiliki ‘otak kuning’.
Sexism Yang Tidak Benar
- Foto – Google
Kategori yang satu ini sememangnya telah nampak dari awal episod dalam ‘Emily In Paris’ lagi, cuma nak lagi jelas adalah di mana satu babak seorang model Serbian membuat posing sambil berbogel untuk iklan minyak wangi French.
Dalam babak tersebut menunjukan bahawa semua orang French berfikir ianya merupakan budaya yang bagus untuk wanita (berbogel begitu).
- Foto – Arkib Wanista
Manakala Emily yang berasal dari Amerika menganggap cara kerja seperti itu menunjukan betapa sexismnya masyarakat French terhadap perspektif pandangan mereka terhadap wanita.
Berbalik kepada kunci utama, betul ke masyarakat French ini sexism? Berdasarkan carian di Quora, budaya dan cara pemikiran yang ditunjukan dalam ‘Emily In Paris’ terhadap wanita, adalah tidak benar kerana masyarakat mereka menerima kedudukan wanita setaraf dengan orang lelaki.
Timing Bekerja Yang Tak Betul
- Foto – Fashionista
Melihat budaya kerja yang dipaparkan di dalam ‘Emily In Paris’ bikin sesiapa saja akan cemburu, masuk kerja pukul 10.30 dan ada tiga jam rehat merupakan impian semua orang yang bekerja di dunia ini.
Tapi jangan ingat apa yang dipaparkan itu merupakan waktu bekerja sebenar masyarakat di Paris, rata-rata waktu operasi bekerja di Paris bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 atau 7.00 petang dan hanya ada satu jam rehat, bukan seperti dalam drama.
Tidak Berapa ‘Open’ Sangat Bercakap Soal Seks
- Foto – Yahoo News Canada
Kaum lelaki di Paris bukanlah digembar gemburkan dalam drama yang mereka berani bercakap soal seks secara terang-terangan.
Kalau nak tahu kebanyakan mereka bersikap terbuka untuk berbual soal tersebut, hanya pada rakan terdekat dan mereka tidak suka terhadap pasangan yang curang.
Tapi lain pula dalam ‘Emily In Paris’ di mana soal seks dan hubungan, begitu lancar dibincang secara terbuka bersama orang yang tidak begitu rapat.
- Foto – Slate
Jadi secara jujurnya, bukan semua yang dipaparkan dalam ‘Emily In Paris’ melambangkan gaya hidup mahupun budaya sebenar masyarakat di French.
Sebaliknya ianya adalah perspektif point of view Emily wanita Amerika, menggambarkan cliche yang biasa terbayang dalam view masyarakat Amerika terhadap orang di French dalam drama ini.
Apa-apa pun masing-masing mempunyai pandangan dan perspektif yang beza dan cara penerimaan pun tak sama. Apa pandangan kamu, kongsikan bersama Wanista!
The post Betul Ke ‘Emily In Paris’ Tunjuk Sisi Gelap Orang French? appeared first on Wanista.com.