Jangan terkejut pula ada dikalangan wanita yang tak nak ada anak, biarpun dah mendirikan rumahtangga tetapi ada sesetengah wanita tak mahu ada anak.
Jadi bagaiman nak respond terhadap wanita yang tak mahu memiliki cahaya mata sendiri dalam hidup mereka?
Cuba Memahami Sebab Kenapa Tak Nak Ada Anak
- Foto – Faithit
Selain sang suami, pastinya ibu, ibu mertua, adik-beradik dan rakan terdekat selalu bertanya soal cepu emas kepada pasangan yang dah berkahwin.
Soalan seperti “bila nak dapat anak, cepat-cepatlah dapat anak” dan kemudian soalan tersebut di balas dalam intonasi acuh tak acuh, “tak naklah ada anak” pasti terdiam dibuatnya bukan?
Apa yang boleh dilakukan adalah, cuba memahami pasti ada sebab mengapa wanita tersebut tidak mahu ada anak. Mungkin ketidakmahuan tersebut hanya bersifat sementara, dan akan datang mungkin ianya boleh berubah.
Hormati Keputusan Yang Di Pilih
- Foto – 90 Minute Marriage Miracle
Ada sesetangah wanita berkongsi dan menerangkan mengapa diri mereka tidak mahu ada anak, ada juga yang tidak mahu memberi penjelasan kerana ianya adalah soal peribadi.
Tak kira apapun sebab mengapa mereka memilih tidak mahu ada anak, hormati keputusan mereka dan jangan menuduh sembarangan.
Mungkin ada kekangan yang kita tak tahu kan?
Pilihan Adalah Hak Masing-Masing
- Foto – Parents
Untuk memiliki cahaya mata dalam kehidupan pasangan suami isteri, boleh dikatakan ianya merupakan impian kebanyakkan pasangan di dunia ini.
Tapi bagi pasangan yang tak mahu ada anak lagi dalam kehidupan mereka sendiri, ianya bukanlah satu hal yang besar kerana untuk memilih mempunyai cahaya mata merupakan pilihan dan hak masing-masing.
Tiada isu salah dan betul dalam perjalanan membina keluarga bahagia mengikut perspektif masing-masing. Jadi tak perlu pandang serong pada wanita yang tak mahu ada anak dalam kehidupan mereka.
- Foto – Parade
Jadi jika ada dikalangan keluarga atau rakan yang memilih untuk tidak mahu memiliki anak dalam kehidupan mereka, janganlah pula kamu mengkritik atau mencemuh mereka.
Sebaliknya cuba memahami dan berfikir mungkin ada kekangan atau masalah lain yang kita tak tahu pun mempengaruhi sebab kenapa mereka tidak mahu ada anak.
Apa-apapun doakan yang baik-baik, agar ketidakmahuan itu bertukar mahu memiliki anak suatu hari nanti.
The post Bila Wanita Kata Tak Mahu Ada Anak, Nak Beri Respond Macam Mana? appeared first on Wanista.com.