Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14509

3 Langkah Mudah Untuk Dapatkan Fake Fillers Dalam 60 Saat

$
0
0

Kalau bercakap pasal bibir, tiada wanita yang tak mahu bibir mereka mungil. Bagi yang mempunyai bibir mungil, mereka sangat bertuah! Tetapi bagi mereka yang menginginkannya, jangan risau anda boleh mendapatkannya. Jika takut nak buat fillers, anda boleh menggunakan kontur dan highlighter untuk mendapatkan bibir mungil.

Dalam masa seminit, anda boleh mendapatkan bibir mungil menggunakan beberapa alat solek sahaja.

#1 Conceal & Kontur 

Menggunakan teknik yang sama apabila conceal dan kontur tulang pipi, cara ini boleh membuatkan bibir menjadi mungil.

GIF – Giphy

Conceal

Sebelum menggunakan lipstick, sapu full coverage foundation di bibir. Langkah ini bukan sahaja memberikan permukaan bibir lembut, malah base yang sempurna untuk kontur bibir.

Kontur 

Mula kontur di bahagian Cupid’s bow dan teruskan di sepanjang garis bibir. Di bahagian bawah bibir pula, buatkan bayangan halus dan blend kesemua tempat yang anda kontur. Kontur ini bertujuan untuk jadikan bibir anda kelihatan instant fuller.

#2 Overline Pada Bibir 

Rahsia terbesar makeup artis! Penting untuk anda ingat, overline secara kecil-kecilan dan beransur, jika tidak ia nampak tidak asli. Untuk beginner, mula dengan warna nude seakan-akan kulit anda dan mula menggariskan pada bibir sedikit demi sedikit seperti langkah berikut.

Foto – Pinterest

Langkah 1: Prep 

Exfoliate bibir anda dengan gula dan tuala lembap, dan letak sedikit lip balm selepas itu.

Langkah 2: Prime 

Letakkan foundation di seluruh permukaan bibir.

Langkah 3: Define 

Lukiskan ‘X’ di Cupid’s bow dan mula gariskan di seluruh bibir. Berhati-hati supaya tidak jauh daripada garis bibir asal. Pastikan garisan itu sama rata dan simetri.

Langkah 4: Fill 

Dari garis yang dibuat, ambil liner anda dan warnakan secara memudar ke bahagian tengah. Dan anda boleh pilih untuk pakai lipstick yang seakan warna seperti liner atau warna yang lebih muda daripada liner.

#3 Highlight & Gloss

GIF – Giphy

Letakkan sedikit highlighter dan gloss akan membuatkan hasil akhir bibir anda kelihatan mungil. Gunakan highlighter di bahagian Cupid’s bow dan bahagian tengah bibir yang membuka bibir anda. Untuk gloss pula, anda boleh ratakan di seluruh permukaan bibir anda.

Dah siap! Tak perlu lagi nak keluarkan duit yang banyak untuk buat fillers. Selamat mencuba!

RUJUKAN

The post 3 Langkah Mudah Untuk Dapatkan Fake Fillers Dalam 60 Saat appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14509