Baru-baru ini kecoh mengenai kontroversi melibatkan ketua kumpulan Red Velvet iaitu Irene atau nama sebenarnya Bae Joo Hyun mempunyai sejarah sebagai kaki buli.
Pastinya peminat Red Velvet sendiri berasa terkejut dengan kontroversi yang terpalit pada ketua kumpulan idol popular ini,
Namun berikutan kontroversi buli ini telah mencapai pengakhiran, dengan permohonan maaf daripada bintang K-pop ini sendiri.
Ikuti rentetan kontroversi sejarah buli Red Velvet Irene, yang dilakukan kepada beberapa individu ini di bawah.
Editor Dan Stylist Luah Di Pernah Dibuli Oleh Irene
Pada 20 Oktober baru-baru ini editor merangkap stylist Kang Kook Hwa, telah berkongsi satu kenyataan di mana dirinya pernah menjadi mangsa buli secara lisan oleh seorang selebriti terkenal.
Editor tersebut berkongsi mesej luahan yang panjang mengenai terdapat individu berkuasa salah guna kuasa dan berkongsi mengenai eksiden yang berlaku tersebut dalam mesej panjangnya.
- Foto – Arkib Wanista
“Melihat sebuah artikel mengenai Heather Cho yang terkenal sebagai ‘sociopath’, bila mana wanita tersebut menjadi terkenal gara-gara kes kacang di dalam pesawat tersebut.
Wanita tersebut membuatkan 250 orang penumpang terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang, hanya kerana beberapa butir kacang.
Juga terdapat artikel yang mengenai anak perempuan sekolah rendah Bang Jung Ho (bekas presiden televisyen Chosun) yang merupakan seorang kanak-kanak yang ‘psychopathic’.
Di mana kanak-kanak perempuan tersebut menyalahgunakan kuasanya, dan menyumpah chauffer yang tua berusia 50 tahun.
Saya kadang-kala terfikir bagaimana individu dibesarkan hingga menjadi seseorang yang sebegitu rupa.
Saya yang terlalu memikirkan hal tersebut, dan kini saya menjadi salah seorang mangsa buli dan berada dalam situasi tersebut.
Ini membuktikan bahawa individu yang baru perkata kali berjumpa sebenarnya seseorang yang tidak layak menjadi manusia + hanya hidup sebagai boneka di sebalik topeng senyuman + diketahui sebagai seorang yang mesra + seorang anak dewasa yang kurang perwatakan + mementingkan gelaran + mempunyai kebodohan yang tak bertapis tatkala berjumpa dengan orang buat pertama kali.
Saya sepatutnya kena bersedia sebelum berjumpa dengan dia, apabila sudah mendengar pelbagai cerita mengenai dia, tapi hari ini saya terdiam dengan kata-kata yang keluar dari mulut dia yang umpama jarum elektrik.
Saya tiada pilihan tapi terpaksa berdiri atas kaki dan tangan sendiri, malah minda saya juga terikat sama.
Saya terpaksa berdiri di depan dia yang seperti orang histeria dan menghembur kata-kata di hadapan saya.
Saya terpaksa berdiri seperti orang bodoh tanpa boleh melakukan apa-apa, dan dia tidak memberi peluang kepada saya untuk memahami situasi yang berlaku atau cuba memberi pemahaman dari dia sendiri.
Dia langsung tidak memberi saya peluang untuk memberi penerangan kerana dia tidak mendengar apa-apa.
Saya mempunyai banyak pengalaman dan berjumpa dengan ramai orang selama 15 tahun berkecimpung dalam industri. Saya sangka dah lalui pelbagai pengalaman hidup, tetapi saya silap.
Pengalaman yang saya lalui selama 20 minit dalam bilik yang tidak diketahui merupakan neraka. Dia tidak menyapa dan kemudian terus mencaci maki di depan muka saya bersama telefon bimbitnya yang diarahkan kepada saya.
Orang ini merupakan seorang yang terlalu beremosi hinggakan saya dan semua orang yang berada dalam bilik, tak tahu dia memarahi saya atau semua orang yang ada dalam bilik tersebut.
Apa-apapun saya mengalami apa yang orang lain pernah lalui, dan ini juga adalah pengalaman bukan?
Kata-kata umpama pisau yang keluar dari mulutnya tidak berhenti sehinggalah saya di tikam berkali-kali dan mengalirkan air mata.
Saya berada dalam keadaan minda yang tidak stabil dan berasa malu dan air mata keluar mengalir dengan sendirinya.
Kenapa saya melakukan kerja ini? Kepada siapa saya melakukan kerja ini? Apa yang saya ingin tunjukkan? Adakah kerana untuk mencari duit? Siapa yang memilih saya? Adakah seseorang datang dan meminta bantuan saya? Kenapa saya harus lalui penghinaan sebegitu rupa?
Saya berfikir dalam-dalam mengenai hal ini tetapi tetap tidak dapat memahami tindakan dia. Saya bertenang dan cuba bercakap dengan dia seperti manusia normal yang biasa.
Dan saya mahukan permohonan maaf, tetapi dia menghilang macam itu saja. Saya rekod segalanya sebagai keselamatan diri kalau berlaku apa-apa yang tidak diingini.
Saya perlu mengambil tindakan terhadap wanita ini, saya akan menyatakan fakta menerusi perkataan saya sendiri.
Saya bekerja sebagai editor dan merupakan seorang penulis, saya akan menggunakan segala tenaga dan kudrat serta otak saya secara bijak mulai hari ini.
Setelah sekian lama saya merasakan untuk membalas dendam #psycho #monster”
Mesej panjang yang diluahkan oleh editor ini, membuatkan ramai orang membuat spekulasi bahawa wanita yang dimaksudkan oleh editor tersebut mungkin dikalangan ahli kumpulan Red Velvet sendiri.
Kerana hashtag #psycho #monster merupakan lagu yang dikeluarkan kumpulan idol tersebut.
Bekas Trainee Juga Pernah Jadi Mangsa
Berikutan kenyataan dan mesej yang dikongsikan oleh editor merangkap stylist Kang Kook Hwa, bekas pelatih syarikat SM Entertainment pula tampil memberi kenyataan bahawa dirinya juga pernah dibuli oleh Irene.
- Foto – Koreaboo
Pada 23 Oktober 2020, Mone Fukuhara memuatnaik mesej di laman Twitternya dengan menyatakan dirinya juga pernah dibuli oleh Irene. Dan apabila dirinya dibuli oleh Irene, Seulgi lindungi Mone dari dibuli oleh ketua kumpulannya itu.
- Foto – Koreaboo
Mone menjelaskan terma ‘buli’ yang dilaluinya sangat luas, dan menerusi mesej ringkas di Twitter itu membuatkan kontroversi yang terpalit pada Red Velvet Irene membuka mata semua orang di sebalik wajah jelita wanita ini tersembunyi sejarah kaki buli.
Mone yang dulunya bekas pelatih SM Entertainment, kini menjadi YouTuber kecantikan di YouTube.
Irene Mengaku Salah Dan Memohon Maaf
- Foto – Arkib Wanista
Melihat kontroversi buli yang semakin hebat diperkatakan di sosial media, Irene tampil membuat permohonan maaf secara bertulis mengenai perbuatannya menerusi akaun Instagramnya pada 22 Oktober 2020.
“Ini adalah Irene.
Saya secara ikhlas memohon maaf kerana menyakiti stylist dengan sika, perkataan serta tindak tanduk bodoh saya.
Saya berada di posisi yang saya ada sekarang ini adalah atas bantuan ramai orang yang bekerja bersama dengan saya. Tetapi tindakan tidak matang saya menyebabkan kelukaan pada orang lain dan saya menyesali tindakan itu dan saya akan merenung semula kesalahan saya.
Saya melihat kembali hal yang berlaku di masa silam, membuatkan saya berasa sangat malu di atas kata-kata dan tindakan yang saya lakukan terhadap staf.
Di masa akan datang saya akan jadi lebih berhati-hati agar ianya tidak berlaku lagi. Saya benar-benar meminta maaf kepada peminat yang menyokong saya dan kepada semua orang yang merisaukan saya kerana hal ini.”
Selain permohonan maaf terhadap editor tersebut Irene juga telah memohon maaf kepada Mone, di mana menurut Mone dirinya telah menerima permohonan maaf dari selebriti itu.
Syarikat SM Entertainment Memohon Maaf Atas Kesilapan Artis Naungannya
- Foto – The Korea Herald
Artis tak akan berani buat perangai jika syarikat mentegahnya bukan? Melihat tingkah-laku Irene yang bebas menyakiti orang lain secara lisan, menunjukan bahawa syarikat SM Entertainment sendiri pejam mata atas perangai dan sikap buruk Irene.
Ekoran hal kontroversi yang melanda, SM Entertainment tampil memberi kenyataan maaf.
“Ini adalah SM Entertainment.
Kami ingin memberi kenyataan berkenaan mesej yang di post oleh stylist secara dalam talian mengenai Irene.
Irene telah berjumpa dengan stylist tengah hari ini dan memberi permohonan maaf dengan ikhlas, kerana menyakiti stylist tersebut dengan kata-kata yang beremosi dan tindak tanduk yang dilakukan Irene kepada stylist tersebut.
Agensi kami berasa bertanggungjawab terhadap perkara yang berlaku ini dan kami juga tidak lupa kepada staf-staf yang bekerja bertungkus-lumus bersama syarikat kami dan artis kami.
Kami akan bekerja keras agar hal seperti ini tidak berlaku lagi kepada orang lain di masa akan datang.
Sekali lagi kami memohon maaf kerana menyebabkan kerisauan ramai orang.”
Dengan permohonan maaf yang dikeluarkan oleh Irene dan syarikat SM Entertainment, mesej posting yang di muatnaik oleh editor Kang Kook Hwa telah dipadam dari akaun Instagramnya.
Editor Terima Permohonan Maaf Dan Harap Irene Benar-Benar Berubah
Pada 23 Oktober 2020, editor Kang Kook Hwa menerima permohonan maaf Irene dan berharap agar Irene benar-benar berubah dan tidak melakukan hal yang sama di masa akan datang.
- Foto – Arkib Wanista
Kang Kook Hwa juga menjelaskan di Instagram storiesnya, tujuan dirinya menulis luahan pengalaman buli yang dialaminya adalah untuk menegakkan keadilan untuk dirinya dan maruahnya sebagai seorang manusia.
- Foto – Arkib Wanista
Kang Kook Hwa juga memohon maaf kepada staf syarikat SM kerana menyebabkan kerja yang memenatkan berlaku, dan Kang Kook Hwa berharap hal ini berhenti di sini kerana dirinya telah mencapai objektif yang dingini iaitu permohonan maaf dari orang yang terlibat.
Macam-macam kisah panas dalam industri hiburan Korea ini.
The post Di Sebalik Kejelitaan Red Velvet Irene, Sembunyi Sejarah Sebagai Kaki Buli? appeared first on Wanista.com.