Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all 14627 articles
Browse latest View live

6 Transformasi Jaya Bachchan Dari Artis Muda Sehingga Menjadi Ahli Politik

$
0
0

Baru-baru ini pada 9 April, artis lagenda wanita Bollywood terkenal, Jaya Bachchan telah menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke 73 tahun.

Setelah sekian lama berada di dalam industri seni, isteri kepada pelakon lagenda Bollywood, Amitabh Bachchan kini lebih aktif sebagai ahli politik.

Kecantikannya sejak muda lagi hingga kini memang tidak dapat dinafikan walaupun usianya telah mencecah 70-an. Tidak hairanlah Amitabh Bachchan begitu setia pada isteri tercintanya ini.

Kami di Wanista ingin berkongsi 6 gambar transformasi Jaya Bachchan dari muda hingga kini.

Ketika Masih Muda

Gambar Jaya Bachchan ketika masih muda, namanya mula dikenali selepas menjadi salah seorang bintang dalam filem ‘Guddi’ arahan Hrishikesh Mukherjee pada tahun 1971.

Foto – Instagram @bollywooddirect

Gambar ini jelas menunjukkan Jaya Bachchan kelihatan begitu memukau dengan sari india kasual berwarna hijau. Dia juga mengenakan solekan yang sederhana pada mata dan sangat sesuai dengan wajahnya yang sememangnya cantik.

Bergandingan Bersama Amitabh Bachchan

Jaya Bachchan dan Amitabh Bachchan pernah digandingkan bersama dalam sebuah filem yang berjudul ‘Zanjeer’ pada tahun 1973.

Foto – Instagram @bollywooddirect

Penampilan Jaya Bachchan ketika itu kelihatan begitu memikat dengan rambutnya yang panjang dan dipadankan dengan pakaian kasual berwarna merah. Dia juga menggunakan winged eyeliner dan calitan lipstik yang nipis.

Penikahan Jaya Bachchan – Amitabh Bachchan

Foto – Instagram @bollywooddirect

Foto perkahwinan Jaya Bachchan dan Amitabh Bachchan dengan sepersalinan merah putih dilengkapi dengan aksesori india beserta selendang di kepala. Solekan yang sempurna juga membuatkan wajah Jaya Bachchan ketika itu kelihatan sangat anggun.

Bersama Anak-Anak Tercinta

Foto – Instagram @bollywooddirect

Gambar ini Jaya Bachchan bersama anak-anaknya, Abishek Bachchan dan Shweta Bachchan. Ibu kepada dua orang anak ini kelihatan begitu gembira dan bahagia bersama keluarga. Penampilannya ketika ini masih kelihatan sangat muda dan cantik.

Kabhi Kushi Kabhi Gham Filem Terkesan

Foto – Instagram @bollywooddirect

Jaya Bachchan masih aktif dalam dunia lakonan sehingga kini. Lakonannya dalam filem ‘Kabhi Kushi Kabhi Gham’ yang digandingkan bersama suaminya, Amitabh Bachchan, Shah Rukh Khan, Kajol, Kareena Kapoor dan juga Hritik Roshan dan lakonannya yang mantap sangat memberi kesan di hati penonton.

Ahli Politik

Foto – Instagram @bollywooddirect

Kini, Jaya Bachchan mula beralih ke bidang politik. Dia juga memilih untuk memberi tumpuan kepada perkhidmatan sosial politik di India.

Itulah antara 6 potret transformasi Jaya Bachchan yang dapat kami kongsikan bersama pembaca. Dari dirinya muda remaja, menjadi seorang artis sehinggalah kepada seorang ahli politik.

The post 6 Transformasi Jaya Bachchan Dari Artis Muda Sehingga Menjadi Ahli Politik appeared first on Wanista.com.


9 Tips Penjagaan Kebersihan Wanita Yang Perlu Diberi Perhatian

$
0
0

Wajarkah kebersihan feminin dipandang sambil lewa?

Ada wanita yang tidak pernah diberitahu bagaimana untuk menjaga bahagian peribadi mereka. Ini kerana ibu bapa menjangka perkara seperti ini adalah suatu hal yang akan diketahui secara semulajadi.

Dari stigma sosial yang dikumpulkan sejak beberapa generasi lagi, banyak anak gadis berasa malu untuk ke sekolah dan bukan hanya ini, ramai juga yang tidak mengambil peduli tentang kebersihan bahagian peribadi mereka sehinggakan mereka sendiri menghadapi masalah.

Sudah tiba masanya untuk kita ambil tahu dan menangani masalah ini kerana ianya amat penting untuk semua. Ini tips bagaimana untuk menjaga kebersihan bahagian peribadi anda dan jangan sesekali mengambil mudah akan perkara ini.

Berhenti Pakai Pakaian Yang Terlalu Ketat

Pakaian yang terlalu ketat seperti skinny jeans boleh menyebabkan jangkitan kuman pada saluran kencing jika ianya dipakai untuk jangka masa yang panjang.

Foto – hijabista.com.my

Pakaian yang ketat di bahagian pinggang juga boleh menyebabkan tekanan yang tidak normal pada organ dalaman. Jangan rosakkan kesihatan anda hanya kerana ingin terlalu bergaya dengan fesyen dan trend masa kini.

Basuh Bahagian Sulit Setiap Kali Selepas Membuang Air

Kebersihan yang dijaga dengan betul sangat penting untuk kesihatan wanita dan dapat mengurangkan risiko mendapat jangkitan dari kuman yang membiak dikawasan tersebut.

Foto – doktergenz

Membersihkan bahagian ini juga dapat mempercepatkan proses pemulihan dan mencegah gejala yang tidak menyenangkan seperti kerengsaan (gatal) dan penyakit keputihan.

Elak Seluar Dalam Yang Terlalu Nipis Dan Ketat

Pakaian dalam yang ketat dan terlalu nipis dapat menyerap kelembapan dan mudah menjadi tempat pembiakan bakteria.

Foto – DHgate.com

Pemilihan seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas amat baik dan ianya membolehkan kulit anda dapat bernafas dengan sempurna dan pastikan seluar dalam sentiasa ditukar secara berkala dan bersih.

Gunakan Menstrual Cups (Cawan Haid)

Penggunaan tampon atau tuala wanita yang tidak ditukar pada waktunya boleh menyebabkan sindrom toxic shock syndrome yang berpunca daripada toksin bakteria.

Foto – Healhtline

Bahan kimia berbahaya seperti dioxine yang digunakan pada tampon atau tuala wanita biasanya boleh menyebabkan kesan sampingan seperti radang pelvis, kerosakan sistem imun, barah ovari, penyakit kesuburan dan gangguan pada fungsi tiroid.

Oleh itu, adalah lebih baik jika anda memilih menstrual cups daripada tampon atau tuala wanita.

Gunakan Probiotik Yang Semulajadi

Probiotik dapat membantu untuk mengelakkan jangkitan. Bahan  ini juga dapat disediakan dalam pelbagai jenis menu makanan yang sihat dan dapat membantu anda kekal sihat dan cergas untuk jangka masa yang lebih panjang.

Foto – blogspot.com

Antara makanan probiotik semulajadi yang boleh kami cadangkan adalah seperti yogurt, tempe, kimchi, miso dan keju.

Elak Sabun Wangi Atau Kasar

Jangan sesekali menggunakan sabun wangi atau kasar untuk membersihkan bahagian peribadi anda. Elakkan juga menggunakan produk pencuci yang mengandungi bahan pewangi.

Foto – deenamik.com

Pastikan anda memilih pencuci yang bebas daripada sebarang bahan kimia. Sila baca dahulu bahan yang digunakan untuk mengekallkan pH dikawasan tersebut.

Tukar Tuala Wanita Setiap 3 Jam

Gantikan tuala wanita anda setiap 3 – 6 jam. Wanita yang mengalami aliran darah yang banyak digalakkan untuk menukar tuala wanita setiap 2 -3 jam, bagi yang kurang, tuala wanita boleh ditukar setiap 6 jam.

Foto – Hijabista

Penggunaan tuala wanita yang terlalu lama sangat tidak baik, kita akan sentiasa merasa basah dan bau busuk juga akan mula timbul.

Jaga kebersihan dengan mencuci tangan sebelum dan selepas menukar tuala wanita. Pemilihan pad yang sesuai juga sangat penting seperti tahap ketebalan, daya serap, bentuk, lebar dan gaya yang sesuai.

Kebersihan Sepanjang Tempoh Haid

Anda digalakkan untuk mencuci kawasan kemaluan dengan lebih kerap dan pastikan anda lebih kerap mandi sepanjang tempoh haid berlaku.

Foto – goodhouse.com.ua

Sekiranya anda tidak dapat mencucinya, pastikan lap bahagian tersebut dari depan ke belakang sehingga bersih. Sekiranya anda menggunakan menstrual cups, bersihkan terlebih dahulu.

Basuh sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan gantikan setiap 10-12 jam atau mengikut keperluan. Sebaiknya rebus atau sterilkan cawan haid di atas dapur atau boleh juga menggunakan microwave.

Lakukan Senaman Kegel

Senaman kegel adalah senaman yang paling sesuai kerana ianya amat mudah dan memberi kesan yang positif kepada tubuh badan dan dapat membina kekuatan otot pinggul. Senaman ini juga dapat membantu menguatkan otot di bahagian faraj, rahim, pundi kencing dan usus.

Foto – Times of India

Dengan mengamalkan senaman kegel secara teratur, anda dapat mengembalikan kawalan air kecil dengan menguatkan otot-otot yang terlibat.

Semoga tips ini bermanafaat kepada anda semua, dan kerap menjaga kebersihan.

The post 9 Tips Penjagaan Kebersihan Wanita Yang Perlu Diberi Perhatian appeared first on Wanista.com.

Suka Pakai Pink Maksudnya… Wanista Selongkar Rahsia Warna Baju Pilihan Lelaki

$
0
0

Ada lelaki lebih selesa menyarung baju dari satu warna saja. Sebagai contoh, Mark Zuckerberg dengan pilihan warna kelabu. Jaranglah kita nampak beliau mengenakan warna lain. Mungkin warna kelabu ada sentimental value.

Nak tahu maksud warna baju pilihan yang lelaki pakai, Wanista godek rahsia.

Merah

Foto – Arkib Wanista

Melambangkan sikap dominan, kuasa dan perhatian. Lelaki yang berbaju merah tidak takut untuk menonjolkan dirinya dikhalayak ramai. Juga turut dikatakan mempunyai tenaga seksual yang tinggi.

Merah Jambu

Foto – Arkib Wanista

Biasanya mereka yang pakai baju warna merah jambu dikatakan lembut atau mat bunga. Tidak semestinya dan jangan nak kuno sangat. Kalau pasangan anda memakai baju merah jambu, mungkin dia mahu mencerminkan sifat dalamannya yang bagus, tenang dan pembersih.

Hitam

Hitam merupakan antara warna yang paling digemari dan popular dalam apa gaya sekalipun. Biasanya mereka yang suka memakai baju warna ini sukanya gaya yang elegen, mempunyai kuasa dan sokongan orang sekeliling.

Foto – Arkib Wanista

Warna hitam juga dikatakan kemas, simple dan versatile! Tapi ada juga negatif, di mana mereka ini dikatakan mementingkan diri dan tidak suka dikawal.

Putih

Foto – Arkib Wanista

Putih bermaksud bersih, suci dan tidak tercemar. Ada mengatakan bahawa mereka yang gemar memakai baju berwarna putih mempunyai status sosial yang tinggi kerana ia nampak mahal. Mungkin kerana warna putih adalah warna yang sukar untuk dijaga.

Biru

Warna biru menegaskan sikap pemakainya yang boleh dipercayai dan mudah mesra. Warna ini juga boleh mengubah penampilan si pemakai kepada lebih serius, matang serta menyerlahkan sisi intelektualnya.

Foto – Arkib Wanista

Lelaki yang suka pakai warna ini, dikatakan berjiwa lembut, mudah mengalah, tidak suka bergaduh dan sanggup buat apa saja untuk pasangannya.

Kuning

Foto – Arkib Wanista

Kuning dikatakan dapat merangsang visual dan pemikiran. Lelaki yang suka pakai warna ini dikatakan cuba memaparkan sikap optimistik, yakin terhadap kerjaya dan masa depan beliau.

Hijau

Foto – Arkib Wanista

Warna hijau sangat tidak asing dengan maksud warnanya yang tenang dan relaks. Mereka yang suka akan warna ini tidak mudah melatah, marah malah dikatakan bijak mengendalikan hal kewangan!

Coklat

Suatu masa dahulu, warna coklat dikaitkan dengan gaya yang tidak formal. Tetapi sekarang tidak lagi! Ianya sudah menjadi warna alternatif untuk ke pejabat selain warna hitam, putih dan kelabu.

Foto – Arkib Wanista

Bagi lelaki yang gemar mengenakan warna ini dipercayai selalu bersikap penyabar, tidak suka cakap besar, matang, bertanggungjawab dan merendah diri.

Kelabu

Foto – Arkib Wanista

Kelabu, a touch of class. Warna kelabu mudah di suai padan dengan sebarang warna lain. Ia memperlihatkan personaliti lelaki yang efisyen, bijak dan tegas. Tapi, lelaki yang gemarkan warna ini dikatakan sukar difahami dan perlahan dalam membuat keputusan.

Anda setuju ke dengan penerangan setiap warna berikut?

The post Suka Pakai Pink Maksudnya… Wanista Selongkar Rahsia Warna Baju Pilihan Lelaki appeared first on Wanista.com.

Kereta Terbalik Tiga Kali, ‘Beauty Guru’ Jeffree Star Kemalangan Teruk

$
0
0

Pada 17 April 2021 baru-baru ini, dunia media sosial dikejutkan dengan berita kemalangan YouTuber kecantikan Jeffree Star bersama kawan baiknya Daniel Lucas.

Bintang dunia kecantikan yang memiliki 16.5 juta pengikut di YouTube ini, berkongsi pengalaman ngerinya itu menerusi akaun Twitternya dengan memuatnaik beberapa foto dirinya dan Daniel yang terlantar di katil hospital dan menaip beberapa ciapan di Twitternya.

Nahas Dahsyat, Kereta Terbalik Sampai Tiga Kali

Foto – Twitter Jeffree Star

Berdasarkan perkongsian Jeffree Star menerusi akaun Twitternya @jeffreestar, YouTuber kecantikan ini menyatakan kemalangan kereta yang dihadapi sangat serius dan kereta terbalik sampai tiga kali selepas terlanggar ais hitam.

Jeffree Star Patah Tulang Belakang, Kawan Baik Alami Komplikasi Rawatan

Foto – Twitter Jeffree Star

Berdasarkan ciapan Jeffree Star di akaun Twitternya, dirinya menyatakan bahawa apa yang berlaku pada pagi kejadian merupakan pengalaman yang paling menakutkan dalam hidupnya.

Menerusi ciapan di Twitter, Jeffree memaklumkan bahawa dirinya mengalami kecederaan patah tulang belakang dan doktor memaklumkan kecederaannya itu akan mengambil masa beberapa bulan untuk putih sepenuhnya.

Foto – Twitter Jeffree Star

Manakala kawan baiknya Daniel Lucas mengalami cedera dalam dan menghadapi komplikasi dalam mendapatkan rawatan kerana kawan baiknya itu merupakan pesakit kolon yang berjaya melawan kanser tersebut sebanyak tiga kali.

Oleh itu, pihak hospital harus memantau Daniel 24 jam seminggu bagi memantau sebarang komplikasi dan organ dalamannya.

Bersyukur Pada Ketahanan Besi Kereta Rolls Royce

Foto – Twitter Jeffree Star

Selain itu, Jeffree turut menyatakan meski kemalangan yang dihadapi sangat teruk tetapi dirinya tetap bersyukur masih bernafas dan menyatakan syukur juga terhadap ketahanan besi kereta Rolls Royce miliknya yang mana menyelamatkan nyawanya dan Daniel dalam nahas dahsyat itu.

Foto – Twitter Jeffree Star
Foto – Twitter Jeffree Star

Jeffree Berehat Untuk Pulih Sepenuhnya, Daniel Terbang Ke Las Vegas

Foto – Twitter Jeffree Star

Hari ini di Twitternya Jeffree berkongsi berita terkini yang dirinya sedang berehat untuk pulih dari kecederaan kemalangan, dan dalam masa yang sama mengumumkan pelancaran warehouse Star Lounge miliknya secara rasmi telah dibuka hari ini dan sedia untuk perkhidmatan penghantaran.

Manakala kawan baiknya Daniel diterbangkan ke hospital pakar di Las Vegas untuk menjalani pembedahan di sana, dan Daniel juga sempat memberi ciapan di akaun Twitternya @daniellucasox yang dirinya ingin kembali sihat semula.

Kredit: Twitter Jeffree Star

The post Kereta Terbalik Tiga Kali, ‘Beauty Guru’ Jeffree Star Kemalangan Teruk appeared first on Wanista.com.

Jangan Terlebih, Dos Yang Betul Patut Kamu Ambil Suplemen Vitamin C

$
0
0

Vitamin C adalah nutrien dengan banyak fungsi penting dalam badan.

Ia terbukti membantu menguatkan sistem imun, membantu pengeluaran kolagen dan penyembuhan luka, dan bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi sel dari kerosakan radikal bebas.

Sumber makanan terbaik

Vitamin C merupakan vitamin larut air yang menyokong pertumbuhan dan perkembangan normal dan membantu badan menyerap zat besi. Kerana badan tidak menghasilkan atau menyimpan vitamin C, penting untuk memasukkan vitamin C dalam makanan.

Foto – Pinterest

Sumber vitamin C terbaik adalah buah-buahan dan sayur-sayuran. Contohnya, buah oren atau secawan strawberi, cili bengala, atau brokoli menyediakan cukup vitamin C untuk hari anda.

Vitamin C juga dikenali sebagai L-ascorbic acid atau ascorbic acid. Jumlah vitamin C yang diperlukan setiap hari bergantung pada usia. Sebagai contoh, seorang dewasa perlu mengambil lebih daripada 1,000 mg setiap hari, berbeza dengan wanita mengandung.

Foto – Medical Clinic

Pengambilan vitamin c dalam dos yang tinggi daripada yang sepatutnya, dapat menimbulkan kesan sampingan pada kesihatan.

Dos yang sepatutnya kamu ambil

Walaupun vitamin C secara keseluruhan mempunyai risiko toksik yang rendah pada individu sihat, tetapi pengambilan terlalu banyak boleh menyebabkan kesan sampingan gastrousus, termasuk kekejangan, mual, dan cirit-birit.

Dipetik dari Harvard Health Publishing, dos vitamin yang disyorkan setiap hari untuk wanita yang sihat adalah 75 mg sehari (120mg sehari untuk wanita yang sedang hamil atau menyusu).

Foto – Parenting

Bagi orang dewasa, upper intake level (UL) ialah 2,000 mg sehari (pengambilan harian tertinggi yang mungkin tidak menimbulkan risiko).

Berikut dos pengambil vitamin C mengikut usia:

  • 400 mg : 1-3 tahun
  • 650 mg : 4-8 tahun
  • 1,200 mg : 9-13 tahun
  • 1,800 mg : 14-18 tahun
  • 2,000 mg : 19 tahun dan ke atas

Dipetik dari Mayo Clinic, jika mengambil dos tinggi katakanlah, lebih daripada 2,000 atau 3,000 mg sehari – boleh menyebabkan cirit-birit, loya, muntah, pedih ulu hati, kekejangan perut, sakit kepala dan insomnia.

Untuk orang dengan keadaan hati atau pembentukan batu karang kronik, atau gout, tidak boleh mengambil lebih daripada 1,000 mg sehari.

Foto – VeryWell Health

Untuk mengelakkan kesan sampingan, jaga pengambilan vitamin C anda dalam UL yang ditetapkan.

RUJUKAN : 123

The post Jangan Terlebih, Dos Yang Betul Patut Kamu Ambil Suplemen Vitamin C appeared first on Wanista.com.

Trik Pelik Untuk Kekal Muda, Wanita Dedah Guna Susu Badan Saja!

$
0
0

Cuba beritahu Wanista, siapa sahaja yang tak mahu kelihatan awet muda sepanjang masa?

Dalam banyak-banyak trik, ada seorang wanita telah berkongsi mengenai trik pelik yang membuatkannya menarik dan lain daripada yang lain.

Seorang influencer iaitu Si Si Shoffman telah berkongsi di Instagram mengenai rahsianya kelihatan muda menggunakan bahan semula jadi.

Katanya hanya menggunakan susu badan (colostrum) sahaja?

Sapu Sahaja Susu Badan Di Muka 

Menerusi klip video pendek yang dikongsi, Si Si telah ‘menyuntik’ wajahnya dengan picagari yang mengandungi colostrum .

Kemudian dia telah menyapu colostrum di seluruh permukaan wajahnya sebelum menambahkan pelembap bagi mengekalkan kelembapan.

Foto – @sisishoffman (Instagram)

“Sebelum kamu gunakannya, keluarkan dari peti sejuk dan cairkan dahulu colostrum dalam picagari tersebut sekurang-kurangnya setengah jam sebelum guna.

Apabila sudah cair, gunakan sebanyak separuh sahaja colostrum tersebut dan sejukkan bakinya untuk digunakan pada waktu malam pula.”

Menurut Si Si, dia telah menyediakan colostrum untuk wajahnya setiap hari dengan menyimpannya di dalam picagari berisipadu 1ml di dalam peti sejuk.

Susu Badan, Agen Anti Radang Semula Jadi 

“Saya telah menggunakan colostrum yang merupakan susu badan yang dihasilkan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan. Dan kesannya sangat positif.”

Di Instagram, Si Si telah berkongsi pelbagai kebaikan colostrim pada wanita dan salah satunya adalah anti radang.

Foto – @sisishoffman (Instagram)

Secara semula jadinya, anti radang ini mengandungi faktor pertumbuhan yang menjadikan kulit dihasilkan semula. Malah ia juga mengandungi sifat anti penuaan.

“Ia akan merangsang pengeluaran bakteria normal yang sihat di mana ia akan melawan bakteria yang bermasalah iaitu hampir seperti probiotik semula jadi.”

Untuk pengetahuan kamu, colostrom juga dapat membantu ketidakseimbangan horrmon ketika digunakan pada kulit wajah.

Apa Kata Kajian Pula?

Menurut kajian Indian Journal of Pediatrics, bovine colostrum (susu lembu) merupakan bahan anti penuaan yang sangat kuat. Di mana ia mengandungi tahap pertumbuhan epithelial yang tinggi berbanding dengan colostum manusia.

“Faktor pertumbuhan di dalam colostrum manusia sama seperti colostrum lembu.”

Foto – @sisishoffman (Instagram)

Jadi, colostrum manusia ini dapat merangsang pertumbuhan, membantu regeneration dan mempercepatkan pembaikan otot asli yang sudah tua, kolagen kulit, tulang dan tisu saraf.

Walaupun ianya bagus untuk kulit, tetapi lebih baik kamu utamakan bayi kerana colostrum mengandungi banyak manfaat baik kepada mereka.

Ramai Yang Teruja Dengan Trik Pelik Tersebut 

Melihatkan perkongsian klip video pendek tersebut, ramai pengguna Instagram lain berasa ‘teruja’ mengenai trik tersebut.

Foto – @sisishoffman (Instagram)
Foto – @sisishoffman (Instagram)
Foto – @sisishoffman (Instagram)
Foto – @sisishoffman (Instagram)

Menurut kamu pula macam mana? Sanggup menggunakan colostrum pada wajah?

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

The post Trik Pelik Untuk Kekal Muda, Wanita Dedah Guna Susu Badan Saja! appeared first on Wanista.com.

Aktres Cantik Ini Buktikan Bahan Dapur Pun Boleh Buat Muka Flawless

$
0
0

Cantik semulajadi ikut cara aktres Filipina Bea Alonzo, senang sangat!

Nama Bea tidak perlu diperkenalkan lagi. Aktif dalam dunia showbiz, banyak drama dan filem hebat Bea mendapat sambutan di Malaysia.

Bila tengok Bea, mulut kita mesti akan memuji kecantikan semula jadi wanita ini. Tidak lokek dalam berkongsi petua kecantikan yang diwarisi oleh ibunya, kini baru kita tahu rahsia Bea kekal glowing sepanjang hari, guna bahan-bahan dapur.

Dalam sebuah video yang dikongsi di saluran Youtube, By Bea, aktres cantik ini memberikan beberapa tutorial DIY tentang trik kecantikan yang dipelajarinya dari ibu selama ini.

Limau Kasturi

Salah satu rahsia Bea ialah menggunakan limau kasturi untuk memutihkan bintik-bintik hitam atau di bahagian siku, lutut, ketiak – bahagian yang berisiko untuk hitam.

Foto – By Bea/Youtube

Anda hanya perlukan sebiji limau kasturi yang dipotong dua, ambil sepotong dan aplikasi di bahagian yang hitam. Urut secara membulat, biarkan 30 minit dan basuh dengan air suam.

Putih Telur

Untuk muka berminyak sehingga naik jerawat, ini petua yang Bea amalkan. Putih telur dan madu dicampur bersama, boleh digunakan sebagai topeng muka.

Foto – By Bea/Youtube

Song Hye Kyo juga melakukan rutin yang sama untuk menegangkan kulit wajah dan awet muda.

Lidah Buaya

Bea menggunakan ekstrak lidah buaya asli untuk mengubati kulitnya yang terbakar akibat berjemur di bawah sinaran mentari. Caranya daun lidah buaya dicuci bersih, lalu dibelah menjadi dua, di dalamnya akan terdapat lendir seperti gel disapu pada kulit maka dalam masa 2-3 hari akan sembuh.

Foto – By Bea/Youtube

Lagi satu, untuk merawat rambut agar tidak mudah gugur dan mengurangkan kelemumur. Caranya daun lidah buaya digosok pada kulit kepala, lalu balut rambut dengan kain dan bilas keesokan harinya.

Oat & Madu

Semua orang mahukan kulit yang bersih dan bercahaya tetapi beberapa sebab seperi jerawat, pencemaran, sinaran matahari, jeragat dan kedutan mengehadkan kulit kita menjadi sempurna. Bea menggunakan kombinasi oat dan madu untuk mendapatkan kulit idaman.

Foto – By Bea/Youtube

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat skrub ini adalah barangan isi rumah yang murah dan mudah didapati, sekaligus memberi kulit lembut, licin dan sihat.

Mudahnya rahsia Bea, hanya guna bahan yang ada di dapur saja. Bolehlah cuba nanti, mana tahu sesuai untuk kulit. Selamat beramal!

The post Aktres Cantik Ini Buktikan Bahan Dapur Pun Boleh Buat Muka Flawless appeared first on Wanista.com.

‘Bersihkan’ Kawasan Intim Dengan Lakukan Brazilian Wax Di Sekitar KL

$
0
0

Sama ada brazilian wax, mencukur atau membiarkan sahaja bulu rambut di bahagian intim adalah pilihan peribadi seseorang individu.

Bagi kebanyakan perempuan mereka lebih gemar melakukan brazilian wax berbanding dengan mencukur.

Bukan sahaja mencabut bulu rambut dari akar, malah ia juga memerlukan masa sekurang-kurangnya 3 minggu ke 4 minggu untuk tumbuh kembali.

Untuk mereka yang mahu lakukan brazilian wax buat pertama kalinya atau mahu bertukar tempat, cuba kunjungi beberapa lokasi ini di sekitar KL.

Sakit Sangat Ke Brazilian Wax?

Bagi mereka yang pertama kali melakukannya, brazilian wax ini sedikit menyakitkan. Ini kerana ia mencabut bulu rambut dari akar di bahagian depan faraj, di bahagian luar sekitar faraj dan sekitar punggung.

Foto – Medium

Tetapi lama-kelamaan apabila kamu sudah terbiasa melakukan brazilian wax ini, ianya tidak menyakitkan seperti pertama kali. Malah kamu tidak akan menjadi panik dan hanya tenang sahaja.

Macam Mana Nak Kurangkan Sakit?

Selain itu, untuk mengurangkan rasa sakit ketika melakukan brazilian wax, kamu boleh lakukan beberapa perkara ini:

  1. Pastikan bulu rambut panjang sekurang-kurangnya 1/4 inci. Jika panjang lebih daripada 1/2 inci, trim terlebih dahulu.
  2. Exfoliate bahagian faraj dan punggung yang mempunyai bulu rambut.
  3. Elakkan pengambilan kafein sebelum melakukan brazilian wax
  4. Pakai pakaian dalam yang mempunyai fabrik kapas dan breathable untuk tidak memberikan tekanan pada bahagian intim.
  5. Boleh ambil ubat tahan sakit sekurang-kurangnya 30 minit sebelum melakukannya.

Boleh Ke Kalau Lakukan Brazilian Wax Ketika Datang Haid?

Untuk pengetahuan kamu, jangan sesekali melakukan brazilian wax ketika datang haid. Ini kerana badan kamu berada dalam mode keradangan dan sangat sensitif.

Foto – UT Southwestern Medical Center

Pada masa yang sama, terlalu banyak hormon dirembeskan daripada badan. Kesannya, bahagian intim yang sensitif ketika ini boleh membuatkan kamu mengalami kesakitan dua kali ganda berbanding biasa.

Lokasi Brazilian Wax Di Sekitar KL 

Jangan risau bagi mereka yang tidak tahu di manakah lokasi brazilian wax yang berbaloi dan best. Entri kali ini, Wanista akan kongsikan dengan kamu beberapa lokasi rawatan ini di sekitar KL.

  • STRIP Ministry Of Waxing 

Foto – @stripmalaysia (Instagram)
Foto – @stripmalaysia (Instagram)

Alamat: Lot T062, 3rd Floor Mezzanine, Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur

Tempah: [TEKAN SINI]

  • WAX CANDY 

Foto – Iman Abdul Rahim (Blog)
Foto – Reiko The Rainbow Girl (Blog) / @alizasara (Instagram)

Alamat: Faber Towers, Lot G5 Ground Floor,Podium, Jalan Desa Bahagia, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur 

Tempah: [TEKAN SINI]

  • BUBBLE GUM WAX 

Foto – Twitter
Foto – @nisa.j06 (Instagram) / @jazzy_fizzle_dj (Instagram)

Alamat: 1st Floor, No. 54, Jalan Maarof, 59100 Kuala Lumpur

Tempah: [TEKAN SINI]

  • BRAZILIAN PRO WAXING SALON 

Foto – Brazilian.com

Alamat: 11, Jalan Solaris 3, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tempah: [TEKAN SINI]

  • PINK PARLOUR MALAYSIA 

Alamat: Sunway Velocity Mall Wilayah Persekutuan, 55100 Kuala Lumpur

Tempah: [TEKAN SINI]

Tunggu apa lagi? Berhenti mencukur setiap minggu dan lakukan brazilian wax sekarang juga! Bagi mereka yang sudah lakukannya, kongsikan dengan Wanista apa pengalaman kamu.

RUJUKAN: 1, 2, 3

The post ‘Bersihkan’ Kawasan Intim Dengan Lakukan Brazilian Wax Di Sekitar KL appeared first on Wanista.com.


Dahsyat! Punggung Flawless Sebab Ikut Step Ini Saja

$
0
0

Memang kerut dahi apabila melihat kulit punggung yang penuh dengan bekas jerawat, kesan garukan, dan tompokan tona kulit yang tidak sekata di cermin mandi atau bilik tidur.

Apatah lagi setiap wanita bukan saja ingin miliki kulit wajah yang flawless, tetapi juga ingin miliki punggung yang flawless seperti Kim Kardashian.

Tapi hakikatnya berapa wanita dapat miliki kulit licin sebegini tambahan lagi, ramai wanita merasakan bukan mudah untuk mendapatkan punggung yang licin seperti para selebriti ternama. Jadi ada cara lain ke?

@trulybeauty

🍑 #SkinCare101 #ZodiacSign #acne

♬ In Love With You – BLVKSHP

Langkah Pertama: Skrub Punggung

Foto – Truly Beauty

Untuk mendapatkan punggung yang licin kamu perlukan menggunakan skrub badan atau punggung untuk menanggalkan sel kulit mati, daki dan dalam masa yang sama mengekalkan kelembapan pada kulit punggung.

Antara produk yang boleh digunakan:

  • Truly Beauty: Buns Of Glowry Smoothing Butt Polish [Tekan Sini]
  • First Aid Beauty: KP Bump Eraser Body Scrub [Tekan Sini]
  • Coco & Eve: Glow Figure Bali Buffing Sugar Exfoliator [Tekan Sini]
  • Indie Lee: Coconut Citrus Scrub [Tekan Sini]
  • Ouai: Scalp & Body Scrub [Tekan Sini]

Langkah Kedua: Pencuci Tubuh Berjerawat

Foto – Truly Beauty/Pinterest

Kemudian setelah menggunakan skrub pada punggung, gunakan pencuci jerawat badan bagi menangani sebarang masalah jerawat pada punggung dan dalam masa yang sama dapat merawat sebarang masalah iritasi pada kulit.

Antara produk yang boleh digunakan:

Langkah Ketiga: Serum Badan

Foto – Truly Beauty/Pinterest

Setelah menggunakan pencuci badan tibalah masa menggunakan serum badan pula, jangan ingat muka saja kena gunakan serum. Punggung dan seluruh tubuh yang lain juga memerlukan serum bagi menjaga kesihatan serta keanjalan kulit.

Antara produk yang boleh digunakan:

  • Truly Beauty: Black Jelly Blemish Treatment Body Serum [Tekan Sini]
  • Clarins: Renew-Plus Body Serum [Tekan Sini]
  • Cosmoderm: Vitamin E Body Serum [Tekan Sini]
  • Biore: UV Body Serum Extra Moist [Tekan Sini]
  • Susanne Kaufmann: Toning Body Serum [Tekan Sini]

Langkah Keempat: Pelembap Badan

Foto – Truly Beauty/Kiehl’s

Dan akhir sekali adalah menggunakan pelembap badan yang mana dapat memberi kelembapan dan hidrasi pada punggung. Bukan itu saja, kulit punggung juga tampak lebih sihat, anjal dan licin sepanjang masa.

Antara produk yang boleh digunakan:

  • Truly Beauty: Buns Of Glowry Tighen & Glow Smoothing Butt Butter [Tekan Sini]
  • QV: Intensive Body Moisturizer For Extremely Dry Skin [Tekan Sini]
  • Neutrogena Hydro Boost Body Gel Cream Moisturiser [Tekan Sini]
  • Kiehl’s: Creme De Corps Soy Milk & Honey Whipped Body Butter [Tekan Sini]
  • Cetaphil: Pro AD Derma Skin Restoring Body Moisturizer [Tekan Sini]

Amalkan Secara Konsisten

Dengan mengikuti langkah-langkah ini dengan konsisten, tak mustahil untuk kamu miliki punggung yang flawless macam Kim Kardashian. Yang penting kena rajinlah sikit lagi pun “Beauty is pain” bukan sekadar peribahasa kosong, nak cantik kenalah bersusah-payah dahulu!

Selamat beramal♥

The post Dahsyat! Punggung Flawless Sebab Ikut Step Ini Saja appeared first on Wanista.com.

Sedapnya Makan Puding Sejuk-Sejuk, Aneka Resepi Mudah Boleh Cuba

$
0
0

Berbuka hari ini makan apa?

Setiap hari celik saja mata, soalan itu bermain di minda. Kita tidak dapat lari daripada membuat perancangan menyediakan juadah berbuka yang memikat selera.

Kalau bercakap juadah manisan, puding antara yang menjadi perhatian. Bayangkan dimakan sejuk, dengan tekstur lembut, manis dan lemak berkrim, puding serius terbaik!

Disebabkan itu, penulis senaraikan aneka resepi puding serba ringkas dan enak boleh buat di rumah.

Puding Cocktail Eina Azman

Bahan-bahan yang diperlukan ialah tepung kastard, air, susu cair, gula, cocktail buah-buahan campuran, dan tepung jagung.

Puding Milo Lapis Oreo

Foto – Facebook Resepi Enak

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 10gram serbuk agar-agar
  • 750ml air
  • 150g gula
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • 3/4 cawan milo
  • Satu bungkus oreo (135g) – patahkan

Cara membuat:

  • Masak serbuk agar-agar dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.
  • Bahagikan 2 bahagian dan 1 bahagian dicampurkan milo dan kacau hingga sebati.
  • Bahagikan 1 bahagian milo kepada 2 bahagian. Masukkan 1 bahagian milo ke dalam acuan.
  • Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo.
  • Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dengan suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk.
  • Potong dan Hidangkan.

Puding Karamel Tanpa Telur

Foto – Facebook Resepi Enak

Bahan A gula hangus:

  • 2 sdb gula pasir

Bahan B puding:

  • 10gm serbuk agar-agar
  • 4 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 tin susu cair
  • 3 sdb tepung kastad
  • 1 sdk esen vanila

Cara-cara:

  • Mula-mula buat gula hangus seperti biasa. Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil. Masak hingga gula menjadi perang. Kemudian ketepikan.
  • Satukan semua bahan-bahan B. Kacau di atas api. Adunan mesti dikacau selalu supaya tepung kastad tidak bergentel.
  • Apabila menggelegak dan adunan sedikit pekat, tutupkan api. Tapis dan tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.
  • Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk hingga puding mengeras. Terbalikkan dan bolehlah dihidangkan.

Puding Pisang Goreng Bersos Kastard

Foto – Linda Zaid/Facebook Resepi Kuih Raya Viral

Bahan-bahan yang perlu disediakan:

  • Sos kastard
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin air
  • 1 biji kuning telur
  • 2 Sb tpg kastard
  • 2 Sb gula pasir
  • sehelai daun pandan disimpul
  • Pisang nangka digoreng dengan sedikit Planta.

Cara membuat:

  • Masak semua bahan sehingga pekat.
  • Dah suam masukkan ke dalam peti ais.
  • Letakkan pisang yang digoreng tadi ke dalam piring. Tuangkan sos kastard dan taburkan sedikit kismis.

Puding Jagung Kuning Tergoda

Foto – Viral Muafakat Johor

Bahan-bahan yang perlu disediakan:

  • 1 tin jagung
  • 1 tin gula
  • 1 tin tepung kastad
  • 2 tin santan pekat
  • 2 tin santan cair
  • Secubit garam
  • Sedikit pewarna kuning

Cara penyediaan sangat mudah. Satukan kesemua bahan dalam kuali, kacau sebati dan masak dengan api sederhana sehingga pekat berkilat dan mendidih. Make sure kacau sentiasa supaya adunan tak bergentel. Bila dah siap, masuk dalam acuan dan sejukkan.

Puding Buah Naga Mengaum

Foto – Viral Muafakat Johor

Bahan yang perlu disediakan:

  • 20 gm serbuk agar-agar
  • 750 ml air
  • 310 gm gula
  • 1 biji buah naga merah – kisar
  • 250 ml air – kisar
  • 1 biji jus limau nipis

Cara penyediaan:

  • Kisar buah naga dan air hingga hancur.
  • Masak agar-agar dengan air, biarkan hingga hancur.
  • Masukkan gula dan gaul rata.
  • Kemudian masukkan buah naga yang telah dikisar dan kacau rata.
  • Tuangkan air limau nipis dan biarkan selama 15 minit.
  • Kacau rata dan tuangkan adunan ke dalam acuan. Sejukkan. Sedia dihidang.

Puding Roti Kukus Berkuah Sos Kastard

Foto – Facebook Norhafifah Ibrahim

Bahan-bahan yang perlu disediakan:

  • 5 keping roti gardenia
  • 2 biji telur
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu butter
  • Kismis

Cara nak memasak puding:

  • Masukkan telur, gula, esen vanila ke dalam satu bekas, mixer sampai sekata / kembang.
  • Masukkan susu cair, kacau sekata.
  • Ambil roti, sapukan butter depan dan belakang, susun dalam loyang bagi comel-comel.
  • kemudian, tuang ke semua adunan ke atas roti dalam loyang, dan tabur kismis.
  • Kukus selama 20-25 minit.

Bahan sos kastard:

  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 sudu besar gula
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu kecik esen vanila

Puding Mangga Manis

Foto – FB Senangnya Masak

Bahan-bahan perlu disediakan:

  • 20g agar-agar tali
  • 7 cawan air
  • 1 cawan gula
  • Sedikit gula batu
  • 3/4 cawan susu tepung (guna susu tepung fernleaf calciyum wangi)
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna kuning telur
  • 3 biji mangga

Cara-cara menyediakan puding mangga:

  • Masak agar-agar bersama 7 cawan air hingga larut agar-agar. Tuang gula dan gula batu. Kacau-kacau. Kemudian tuang susu tepung dan sedikit garam kacau-kacau bagi sekata/sebati. Masak sehingga mendidih. Tutup api.
  • Ambil 2 cawan agar-agar tadi, tuang dalam blender serta 1 biji mangga potong2, tepung kastard dan sedikit pewarna kuning telur blend hingga hancur halus.
  • Basahkan loyang. Tuang 2 cawan agar-agar yang bersusu tadi dalam loyang. Biarkan agar-agar mengeras sedikit. Boleh susun mangga yang dipotong dadu atas permukaan agar-agar tadi. Susun separuh dulu mangga. Selepas itu tuang sedikit agar-agar. Selebihnya mangga susun semula dan lebihan agar-agar tadi tuang habis. Biarkan agar-agar mengeras sekejap
  • Bila dah beku agar-agar, tuang agar-agar yang dikisar tasi tadi perlahan-lahan atas agar-agar susu. Biarkan sejuk.
  • Boleh simpan dalam peti sejuk. Selepas 3 jam bolehlah dipotong puding ikut suka.

Mudahkan? Selamat Mencuba!

The post Sedapnya Makan Puding Sejuk-Sejuk, Aneka Resepi Mudah Boleh Cuba appeared first on Wanista.com.

Tak Boleh Balik Beraya? 5 Airbnb Ini Beri Suasana Beraya Di Kampung

$
0
0

Agak-agak kamu hari raya nanti boleh ke balik ke kampung seperti sebelum ini?

Dengan kes naik mendadak setiap hari, peluang untuk merentas negeri semakin tipis. Tetapi jangan risau!

Tak boleh balik ke kampung pun tak apa, sebab kamu boleh rasai pengalaman beraya seperti di kampung dengan book beberapa Airbnb ini.

Dengan reka bentuk tradisional di seperti di kawasan kampung, memang dapatlah kamu lepaskan rindu beraya di kampung selepas ini.

#1 Sawah Padi Villa, Kedah 

Airbnb yang dikelilingi dengan kawasan sawah padi dan beberapa ekor kerbau di sekitarnya memang buatkan kamu rasa seperti balik ke kampung.

Foto – Airbnb
Foto – Airbnb
Foto – Airbnb
Foto – Airbnb

Vila yang terpencil ini memang sesuai untuk kamu yang mahukan reka bentuk moden dan tradisional pada satu masa.

TEMPAH [DI SINI]

#2 Classic Malay House, Selangor 

Memang sama sangat seperti rumah orang dulu-dulu. Dengan reka bentuk yang klasik dan suasana di kampung, memang best sangat!

Foto – Airbnb
Foto – Airbnb
Foto – Airbnb
Foto – Airbnb

Dan paling tak disangka, rumah ini terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur. Lokasi yang tersembunyi ini memang patut diterokai oleh kamu dan juga keluarga.

TEMPAH [DI SINI]

#3 Laman Tamara, Negeri Sembilan 

Rumah yang dibina pada tahun 1960-an ini telah dilengkapi dengan kolam renang peribadi, dapur dan tempat berbabeku.

Foto – Airbnb
Foto – Airbnb
Foto – Airbnb
Foto – Airbnb
Foto – Airbnb

Kamu juga boleh menerokai kawasan kampung dengan menunggang beberapa basikal yang disediakan oleh pihak Airbnb.

TEMPAH [DI SINI]

#4 Kuang Kampung Retreat, Selangor 

Boleh memuatkan sehingga 8 orang, Kuang Kampung Retreat ini terletak di kawasan yang sedikit terpencil di Sungai Buloh, Selangor.

Foto – Airbnb

Reka bentuk rumah yang berkayu seperti di kampung, rumah ini dilengkapi dengan peralatan berbarbeku di tengah rumah.

Foto – Airbnb
Foto – Airbnb

Lokasi ini juga sesuai untuk berkumpul dengan keluarga mahupun rakan.

TEMPAH [DI SINI]

#5 100-Year-Old Wooden Villa, Pahang 

Buka sahaja tingkap bilik dan rumah, kamu dapat menikmati pemandangan alam semula jadi secara langsung dengan tingkap kaca tinggi yang diperbaharui.

Foto – Airbnb
Foto – Airbnb
Foto – Airbnb
Foto – Airbnb

Yang menariknya, rumah ini terletak berhampiran dengan sungai dan juga kolam kecil. Malah tandasnya juga terletak di luar rumah, memang feeling seperti di kampung!

TEMPAH [DI SINI]

Memang cantik-cantik sangat Airbnb ini. Sangat mengembalikan memori pulang ke kampung sempena perayaan.

Jadi tunggu apa lagi, book dengan segera sebelum terlambat. Jangan lupa untuk kongsikan dengan Wanista ♥

RUJUKAN: 1, 2

The post Tak Boleh Balik Beraya? 5 Airbnb Ini Beri Suasana Beraya Di Kampung appeared first on Wanista.com.

10 Tanda Tunjuk Lelaki Nak Satu Benda Dari Wanita, Jaga-Jaga!

$
0
0

Wanita biasanya apabila sedang hangat bercinta, kadang-kala tidak sedar yang sebenarnya hati dan mata telah dikaburi dengan cinta palsu sang jejaka.

Tipu helah lelaki yang pakar memerangkap jiwa dan perasaan wanita, membuatkan ramai wanita sanggup pertaruhkan apa saja demi menguatkan hubungan dan itu termasuklah mahkota diri sendiri.

Oleh itu, penting untuk kaum wanita membuka mata dan hati nurani sebesar-besarnya dan lihat tanda-tanda ini. Jika lelaki tersebut menunjukan tanda-tanda ini, bermakna dia hanya inginkan satu benda iaitu mahkota berharga kamu!

Perhatikan tanda-tandanya di bawah.

@thequshayry

10 Tanda Yang Lelaki Just Nak Satu Benda je dari awak #fyp #learnontiktok #datingtips

♬ original sound – qush – qush

Tidak Isytihar Hubungan

Foto – Pinterest

Ini yang paling ketara sekali, bila mana lelaki yang kamu jalinkan hubungan itu tidak mahu mengesahkan secara umum yang kamu adalah pasangan dia.

Bila berhadapan dengan orang sekeliling, si dia bertindak berdiam diri atau tersenyum tanpa beri penjelasan apabila orang sekeliling bertanyakan siapakah kamu dan apakah status hubungan kamu berdua.

Tidak Pernah Telefon

Foto – Eat This Not That

Bukan itu saja, hints yang ketara juga adalah dia tidak pernah ambil inisiatif untuk telefon dan bertanya khabar serta perihal kamu. Sebaliknya kamu pula yang terkejar-kejar selalu menelefon dan menghantar video atau pesanan ringkas kepada si dia.

Tidak Konsisten

Foto – Canopy Health

Selain itu, dia juga bersikap acuh tidak acuh dengan kamu dan sering kali tidak konsisten terhadap hubungan yang terjalin antara kamu dan dia.

Jarang Keluar Dating

Foto – Love Devani

Walau sesibuk mana pun pasangan, pasti akan diperuntukan jua waktu untuk menghabiskan masa bersama insan tersayang untuk mengeratkan hubungan kasih dua hati.

Tapi jika si dia memang sengaja tidak mahu keluar atau mengelak untuk keluar dating dengan kamu, maka ketahuilah ada sesuatu yang dia inginkan sebenarnya.

Selalu Jumpa Last Minute

Foto – Life In A Balance

Biasanya apabila pasangan sedang hangat bercinta perkara yang ingin dilakukan kalau boleh adalah ingin berkepit 24 jam setiap hari dengan buah hati tercinta.

Tapi jika si dia sebenarnya tidak serius dalam perhubungan pasti si dia akan mengajak kamu berjumpa di saat-saat akhir, ibarat bila dia perlukan kamu saja baru si dia teringin membawa kamu keluar berdua.

Selalu Mengelak Bila Sentuh Soal Masa Depan

Foto – iStock

Apabila dalam fasa menyulam perasaan cinta, pastinya soal masa depan acap kali dibualkan bersama pasangan yang benar-benar berkongsi matlamat untuk hidup bersama selamanya dalam ikatan yang sah.

Tapi jika si dia sering kali lari dari topik perbualan mengenai soal masa depan kamu berdua, ketahuilah itu adalah hints si dia tidak pernah mahu menjadikan kamu sebagai suri hatinya dan hanya mempermainkan perasaan kamu sahaja.

Tak Pernah Bawa Jumpa Keluarga Dan Kenalkan Dengan Kawan Baik

Foto – The Economic Times

Satu lagi situasi yang ketara adalah si dia tidak pernah bawa kamu berjumpa dengan kedua ibu bapanya, kamu perlu fikir secara rasional jika si dia ingin memperisterikan kamu, perkara penting yang akan dilakukan biasanya adalah memperkenalkan kamu kepada ibu bapanya.

Tetapi setelah lama berkenalan si dia tidak pernah membawa kamu berjumpa ibu bapa, bukan itu saja si dia juga tidak pernah bawa kamu jumpa dengan kawan baik dia yang lain.

Tak Pernah Tunjukan Gambar Bersama Di Sosial Media

Foto – Zoosk

Yang ini paling mudah untuk di kesan, pernahkah kamu bertanya kenapa gambar kamu tak pernah ada dalam sosial media si dia.

Seolah-olah ingin menunjukan bahawa dia masih solo, sedangkan kamu telah menjalin hubungan berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya.

Emosi Tidak Stabil

Foto – Medical News Today

Petanda lain yang menunjukan si dia tidak serius dalam menjalin hubungan dengan kamu adalah emosi si dia kerap kali kelihatan tidak stabil.

Kadang-kala hawa nafsu yang cuba disembunyikan terkeluar sedikit demi sedikit sewaktu emosinya tidak menentu itu, dari situ terang-terang si dia bukanlah jejaka yang seperti apa kamu bayangkan.

Banyak Menyimpan Rahsia

Foto – Elite Daily

Dan yang terakhir adalah kamu perhatikan sebenarnya si dia banyak menyimpan rahsia, tiap kali kamu meminta ingin melihat telefon bimbit dan aplikasi yang ada dalam telefon tersebut si dia akan berikan pelbagai alasan.

Dari situ kamu dah boleh agak yang banyak benda yang si dia rahsiakan dari kamu, dan mungkin apa yang si dia katakan sebelum ini pada kamu disaluti dengan tipu muslihat bagi menutup rahsianya.

Jadilah wanita yang bijak menilai hati dan sikap lelaki baik secara luaran mahupun dalaman, jangan biarkan diri kamu menjadi mangsa nafsu lelaki.

Selamat beramal!

The post 10 Tanda Tunjuk Lelaki Nak Satu Benda Dari Wanita, Jaga-Jaga! appeared first on Wanista.com.

Rawatan Dermaplaning Trending Di TikTok & YouTube, Lihat Apa Pakar Kata

$
0
0

Sebelum itu, Wanista nak tanya kamu pernah mencukur rambut halus di wajah yang dikenali sebagai rawatan dermaplaning?

Kalau kamu nak tahu, kaedah ini membantu ramai wanita dalam mendapat kulit yang mereka mahukan di samping membuang rambut-rambut halus di wajah.

Hasil rawatan ini akan membuatkan mekap kamu kelihatan lebih sempurna, kulit menjadi flawless dan lembut seperti kulit bayi.

Menjadi trending di YouTube dan TikTok, lihat apa yang pakar kata mengenai rawatan dermaplaning dalam entri kali ini.

Terpengaruh Dengan Trend Yang Makin Popular 

Melihatkan perkongsian di YouTube dan TikTok, ramai yang menunjukkan hasil yang berbaloi dan menakjubkan.

Ada yang mengatakan mencukur rambut di wajah menjadikan pemakaian mekap lebih lancar dan sempurna berbanding sebelumnya.

@chloemorello

No, it doesn’t grow back thicker! I used the @drunkelephant facial oil with @revlon brow razor #beautyhacks #makeuphacks #makeuptips #beautytips

♬ original sound – ChloeMorello

@tryjill

my skincare game changer! This is your sign to start 🪒 #lifehack #lifehacks #dermaplaning #skincaretips #skincare101 #skincareroutine #fyp

♬ Ultimate life hacks – Kelly – The Life Bath

 

@helin.dxski

How I remove peach fuzz! All products linked on my Instagram 🦋 No I dont break out & it does not grow back thicker!! #fyp #dermaplaning #homemade

♬ No Idea (DJ Purpberry Chopped and Screwed) – Don Toliver

@bauerbeauty

Thank u for 300k🙏🏻💜 #dermaplaning I don’t do this too often maybe once every 3/4 months #skintok #estheticiantips #skincare #bauerbeauty #peptides

♬ original sound – barrier queen

@rikkisandhuu

SHAVING MY FACE AS A WOMAN 🤩💪🏼Please do your own research before doing this huns xxx #skincaretips #hairremoval #dermaplaning #foryou

♬ Photo ID – Remi Wolf

Malah ada yang berkongsi wajah mereka kelihatan lebih muda, cerah dan lebih menarik.

Rawatan Dermaplaning Dan Manfaatnya

Dipetik daripada Healthline, rawatan dermaplaning ini adalah satu prosedur kosmetik yang menghilangkan lapisan pada atas kulit wajah.

Bagi mereka yang menjalani rawatan ini, ia bertujuan untuk menghilangkan kedutan halus, parut jerawat yang dalam dan menjadikan kulit lebih lembut serta flawless.

Foto – YouTube

Menggunakan pisau exfoliating, rawatan ini menghakis bagi membuang sel kulit mati dan rambut pada wajah.

Selain itu, ada beberapa manfaat lain mengenai rawatan dermaplaning seperti:

  • kulit wajah menjadi lebih halus
  • wajah menjadi lebih muda dan berseri
  • parut luka di wajah boleh pudar dan hilang
  • boleh meratakan dan hilangkan bekas luka di wajah

Pada masa yang sama, rawatan ini hanya berkesan sekurang-kurangnya 3 minggu sahaja sebelum rambut tumbuh semula di wajah.

Ada 2 Jenis Rambut Muka

Untuk pengetahuan kamu, rambut di wajah mempunyai dua jenis iaitu rambut vellus dan rambut terminal.

Berbeza bagi setiap individu, mereka yang mempunyai rambut vellus mempunyai rambut yang kurang kelihatan seperi buah pic iaitu halus.

Foto – Healthline

Rambut ini kebiasaannya menutupi sebahagian besar wajah dan badan. Fungsi rambut jenis ini adalah untuk mengatur suhu badan dan menyejat peluh.

Foto – Trend Hunter

Manakala rambut terminal pula adalah rambut yang gelap, tebal dan ketara. Bagi sebilangan wanita, mereka mempunyai rambut jenis ini di bahagian sepanjang bibir atas dan bawah, celahan leher, leher, dan dagu.

Bagi melakukan proses membuang rambut ini, kaedah rawatan dermaplaning sesuai untuk dilakuan pada kedua-dua jenis rambut ini.

Pakar Kata Tak Salah Buat Rawatan Ini Tapi…

“Memiliki rambut halus di wajah adalah normal dan kita tak sepatutnya tertekan melihat orang lain mencukurnya. Tidak boleh sembarangan lakukannya, kamu perlu dapatkan nasihat daripada pakar profesional”, ujar Dr. Ross Perry dari Cosmedics.

Walaupun kaedah yang semakin popular ini tidak salah untuk dilakukan, tidak menyakitkan dan menjadikan kulit lebih flawless daripada sebelumnya.

Tetapi ada beberapa individu yang tidak boleh lakukannya, antaranya adalah mereka yang mempunyai masalah kulit seperti jerawat dan eczema.

Foto – Pinterest

Individu yang mempunyai masalah kulit seperti ini akan mengalami wajah yang lebih sensitif, keradangan yang teruk dan pigmentasi.

“Mencukur boleh menumpulkan bahagian tepi rambut sama seperti kamu mencukur bulu kaki. Rambut akan terasa kasar dan lebih tebal.”

Pada masa yang sama, Dr. Ross juga menyatakan mencukur wajah di rumah boleh menyebabkan penumbuhan rambut yang lebih tebal dan cepat.

Kalau kamu nak melakukan rawatan ini di rumah terutamanya bagi mereka yang baru mahu mencuba, lebih baik dapatkan khidmat nasihat daripada pakar profesional terlebih dahulu.

Bukan apa takut nanti kalau tersilap kaedah, boleh luka dan wajah menjadi lebih teruk berbanding sebelumnya.

RUJUKAN: 1, 2, 3

The post Rawatan Dermaplaning Trending Di TikTok & YouTube, Lihat Apa Pakar Kata appeared first on Wanista.com.

Hebat 13 Cara Kamu Boleh Guna Bio-Oil, Yang Selama Ini Tak Tahu

$
0
0

Solekan hari raya terus cantik sempurna dengan beberapa titisan Bio-Oil.

Mesti ramai tak tahu, banyak sebenarnya kegunaan Bio-Oil bukan sekadar untuk menghilangkan parut, melembapkan kulit kering atau penuaan, kulit sensitif dan banyak lagi ingin dikupas hari ini.

Bio-Oil, Minyak Pelbagai Guna Penuh Ajaib

Bio-Oil dirumus secara unik daripada 7 bahan – ekstrak tumbuhan seperti Kalendula, Lavender, Rosemary dan Kamomil serta Vitamin A & E, dan bahan unggul PurCellin Oil™, yang membantu kulit menyerap khasiat dengan cepat agar kulit sentiasa halus dan lembut tanpa kesan melekit.

13 Cara Bijak Kamu Boleh Gunakan Bio-Oil

  • Minyak Muka

Foto – L’Officiel USA

Bio-Oil merupakan non-comedogenic, yang bermaksud ia tidak menyumbat liang pori. Kandungan vitamin A yang tinggi memberi khasiat yang bermanfaat kepada sel-sel kulit. Jadi, ia pilihan yang baik dan lembut uituk rutin kecantikan diri.

  • Untuk Memudarkan Parut Jerawat

Ini sebab biasa orang menggunakan Bio-Oil di wajah. Sekiranya anda masih tertanya-tanya adakah Bio-Oil berfungsi untuk parut?

Ketahuilah bahawa dalam percubaan klinikal tahun 2012, 90% peserta melaporkan peningkatan ketara pada warna parut je rawat setelah menggunakan minyak ini.

  • Stretch Mark

Pakar dermatologi berkata walaupun stretch mark tidak dapat hilang secara kekal, Bio-Oil dapat berfungsi untuk mengurangkan penampilan dengan berkesan.

Foto – Today

Semua ini kerana bahan yang terkandung, Bio-Oil mengandungi mineral oil, sunflower seed oil, vitamin E, chamomile oil, lavender oil, rosemary oil, marigold extract dan soybean oil. Minyak ini kaya dengan asid lemak dan antioksidan untuk menyokong dan melindungi kulit.

  • Hilangkan Parut

Sebelum menggunakan Bio-Oil, pastikan luka sembuh sepenuhnya dan parut tidak mengalami jangkitan, terasa lembut atau mempunyai keradangan.

Walaupun parut yang muda dan baru mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk diperbaiki, kajian menunjukkan parut boleh mendapat manfaat daripada penggunaan Bio-Oil yang kerap.

  • Selepas Manicure

Foto – The Healthy

Kunci untuk menjaga penampilan manicure? Ada pada kutikel. Titisan Bio-Oil adalah salah satu perapi terbaik untuk kulit yang rapuh ini, cuba gosok (setelah kuku kering), dan lihat perubahan kuku lebih cantik dan makin sihat.

  • Sebagai Rawatan Sebelum Bercukur

Kulit rasa kering selepas cukur, Bio-Oil boleh menjadi penyelamat anda. Sapukan pada kaki kering sebelum cukur untuk hasil yang lebih licin, lembap dan tidak timbulnya strawberry leg (kaki berbintik-bintik).

  • Untuk Tanggalkan Solekan

Foto – Medium

Terbaik untuk teknik double cleansing. Bio-Oil dengan mudah dapat menangggalkan semua benda yang kalis air, melekit dan serbuk.

  • Solekan Tambah Berseri

Campurkan serbuk bedak asas dengan beberapa titik minyak Bio Oil. Minyak Bio Oil akan menjadikan kulit muka tidak kering dan membantu membaik penampilan warna kulit yang tak serata.

Bio Oil tidak akan meninggalkan kesan berminyak pada wajah kerana ia akan diserap mudah ke dalam kulit anda untuk melembapkan kulit wajah anda.

  • Menenangkan Bulu Kening Selepas Dipantis

Foto – Brow

Rasa sakit-sakit selepas pantis? Bio-Oil berkesan untuk menenangkan kulit dan kemerahan, jadi sangat sesuai untuk digunakan setelah selesai. Tips gunakan ekstrak lidah buaya untuk menenangkan kerengsaan dan kemudian sapu Bio-Oil.

  • Untuk Bersihkan Berus Solekan

Caranya dengan merendamkan dalam air bersama titisan Bio-Oil. Berus terus terlihat baru dan bersih untuk digunakan kembali.

  • Melembutkan Rambut

Foto – Femina

Bagi mereka yang mempunyai tekstur rambut kasar dan kusut, Bio-Oil adalah pilihan yang baik untuk melicin dan melembutkan rambut, bahkan untuk menghidrat hujung yang kering.

  • Kulit Kepala Gatal

Sekiranya kulit kepala anda terasa sangat kering, titiskan Bio-Oil di syampu akan membantu mengurangkan kegatalan dan mengelupas.

  • Elak Kulit Mengelupas

Letak Bio-Oil di tempat sunburn dan urut untuk mengelakkan pengelupasan dan membantu kulit anda sembuh.

Foto – Kamini

Hebatkan Bio-Oil! Macam-macam benda kita boleh guna dan manfaatkan fungsinya yang miliki banyak ramuan menakjubkan itu.

Semoga tips di atas bermanfaat dan anda dapat praktikkan.

The post Hebat 13 Cara Kamu Boleh Guna Bio-Oil, Yang Selama Ini Tak Tahu appeared first on Wanista.com.

Faktor Utama Berat Badan Naik Mencanak Walau Berpuasa

$
0
0

“Eh kau… orang makin susut, ini makin naik pula berat badan.”

Cuba lihat sendiri kesilapan kamu ketika imsak dan iftar. Semak semula tabiat semasa bulan puasa. Jangan biarkan ianya menjadi satu misteri, berat naik bulan puasa memang mengecewakan.

Baju raya dah beli, confident akan turun tapi aduhhh…

Terdapat tiga faktor utama yang menyebabkan berat seseorang naik mencanak pada bulan puasa.

Makan Banyak Ketika Sahur

Logik makan lebih banyak bererti kenyang lebih lama. Tak hairan ramai orang yang makan banyak kemiska sahur dengan tujuan memberi rasa kenyang lebih lama hingga saat buka puasa.

Foto – Toronto Star

Tahu tak ia bukan jaminan untuk seseorang berasa kenyang sepanjang hari jika semua makanan dimakan itu tiada nilai untuk sistem tubuh.

Walhal sepatutnya kita perlukan makanan yang cukup nutrisi. Sebagai contoh, protein dan serat adalah dua komponen yang sangat berpengaruh terhadap rasa kenyang.

Tidur Semula Selepas Sahur

Memandangkan sahur dilakukan di pertengahan waktu tidur, ada yang akan kembali ke tempat tidur selesai makan sebelum memulakan kegiatan dan tugas seharian.

Foto – Sarawak Voice

Tahukah faktor ini paling memberi kesan kepada penambahan berat badan. Setelah makan, sistem pencernaan di dalam badan memerlukan masa beberapa ketika untuk mencerna makanan serta dalam masa yang sama menyerap kandungan nutrien makanan ke dalam badan.

Ketika tidur, lebih-lebih lagi dengan posisi yang terlentang, sistem pencernaan menjadi sulit dan lambat bekerja. Pedih ulu hati dan rasa sakit dada akan terasa kerana kesan daripada gangguan sistem dalam badan.

Minum Banyak Air Manis

Ada orang ketagih kafein dan minuman dengan kandungan gula yang tinggi kerana mampu membuat diri lebih bertenaga. Perbuatan itu hanya akan meningkatkan kadar kalori, di samping kesan buruk kepada kesihatan secara keseluruhan.

Foto – Malaysia Gazette

Pengambilan minuman manis yang berlebihan sememagnya tidak baik untuk kesihatan kerana ia boleh menyebabkan berat badan naik yang kemudian menyumbang kepada masalah kawalan gula dalam darah. Berat badan berlebihan adalah satu faktor risiko diabetes Jenis 2.

Nota : Diabetes Jenis 2 merupakan jenis kencing manis yang dialami oleh majoriti masyarakat iaitu sebanyak 90-95% daripada jumlah kes-kes kencing manis. Kebiasaannya pesakit tergolong daripada golongan dewasa atau warga emas tua serta kebanyakan pesakit adalah pesakit yang obes.

Antara faktor-faktor penyumbang kepada penyakit ini ialah kegemukan atau obesiti yang berpunca daripada gaya hidup tidak sihat dan diet yang tidak seimbang.

Foto – Sehat

Jika kamu lakukan kesalahan ini, jangan hairan kalau berat badan makin bertambah dan mengecewakan kamu di pagi hari raya nanti.

Ingat, bila berbuka dan sahur sila beringat dan berpada-pada. Jangan main bantai semua makanan.

RUJUKAN : 12345

The post Faktor Utama Berat Badan Naik Mencanak Walau Berpuasa appeared first on Wanista.com.


Wanista Dah Cuba! FENTY BEAUTY Eaze Drop Blurring Skin Tint Memang Best

$
0
0

Kamu sudah mencuba rangkaian terbaru Fenty Beauty iaitu Eaze Drop Blurring Skin Tint?

Apa yang Wanista boleh katakan, memang tak rugi dan berbaloi untuk kamu mencuba dan membeli rangkaian ini.

Sesuai untuk mereka yang gemar mengenakan solekan minimal atau less is more. Skin tint ini memang berikan hasil akhir yang semula jadi dan menyegarkan.

Nak tahu lebih banyak mengenai rangkaian terbaru ini, Wanista akan kongsikan dengan kamu menerusi entri kali ini.

Apa Yang Menarik Mengenai Skin Tint?

Untuk pengetahuan kamu, skin tint ini merupakan rangkaian pertama yang menawarkan coverage dari light-to-medium. 

Foto – Arkib Wanista

Dan sebaik sahaja memakainya, kamu dapat melihat kesan flawless filtered yang segera, semula jadi dan soft blur finish seolah-olah kulit tidak memakai apa-apa.

Pada masa yang sama, rangkaian ini juga sama seperti koleksi sebelum-sebelum ini. Iaitu pemakaiannya berkesan dalam jangka masa yang panjang walaupun teksturnya lebih ringan.

Formulasi Yang Digunakan Oleh Skin Tint

Selain daripada tekstur yang ringan dan kemasan yang memuaskan, rangkaian ini juga berupaya ‘menyembunyikan’ kedutan serta liang pori ketara menggunakan “Quickblur Complex” Fenty Skin.

Mengandungi formulasi sodium hyaluronate, skin tint ini berupaya untuk menyuburkan, membuatkan kulit menjadi lebih lembut dan kekal terhidrat.

Pada masa yang sama, skin tint ini mempunyai ketahanan untuk keadaan berpeluh, lembap, tidak mudah berpindah dan paling penting tidak komedogenik iaitu menyumbatkan pori.

Berapa Pilihan Shades Yang Ada?

Dengan coverage yang lebih ringan berbanding dengan foundation, rangkaian Eaze Drop Blurring Skin Tint ini boleh didapati dalam 25 pilihan shades yang fleksibel.

Foto – Arkib Wanista

Melalui shades dalam Pro Filt’r, kamu boleh tentukan shade skin tint menerusi panduan berikut:

  •  LIGHT (Pro Filt’r Shades 100-170): Shade 1-3
  • LIGHT MEDIUM (Pro Filt’r Shades 180-250): Shade 4-8
  • MEDIUM (Pro Filt’r Shades 255-340): Shade 9-13
  • MEDIUM DEEP (Pro Filt’r Shades 345-420): Shade 14-19
  • DEEP (Pro Filt’r Shades 430-498): Shade 20-25

[Review] Wanista Sudah Cuba Pakai!

Bagi penulis, berbanding dengan foundation, skin tint ini lebih sesuai untuk dipakai setiap hari.

Dengan tekstur yang ringan dan menghidratkan, skin tint ini rasa seolah-olah seperti pelembap kerana wajah akan rasa lembap sahaja sepanjang masa.

Foto – Fenty Beauty

Malah kalau berpeluh sekali pun, skin tint ini kekal di tempat yang sama tanpa nampak bercapuk walaupun tidak touch-up selepas itu.

Dari segi pembungkusannya pula, ia ringkas tetapi sangat berbeza dengan produk di pasaran. Muncungnya yang kecil membantu penulis untuk dapatkan jumlah yang diperlukan tanpa tepercik dan kotor.

Foto – Fenty Beauty

Penyerapan skin tint ini memang sempurna. Penulis hanya sapukan dalam sekali sahaja menggunakan jari. Walaupun coverage hanya light-to-medium, tetapi sangat berpuas hati!

Nak dapatkan FENTY BEAUTY Eaze Drop Blurring Skin Tint ini, kamu boleh layari laman web rasmi Sephora atau kunjungi kedai-kedai Sephora.

[BELI : RM 132]

The post Wanista Dah Cuba! FENTY BEAUTY Eaze Drop Blurring Skin Tint Memang Best appeared first on Wanista.com.

5 Hijab Bawah RM100 Dari Bazaarlokal, Cantik Dan Berkualiti Saja!

$
0
0

Baju raya baru dah ada, sekarang nak cari pula hijab. Biar pagi hari raya cantik manis serba baru.

Entry kali ini, Wanista kongsikan beberapa hijab menarik untuk dimiliki Aidilfitri 2021, dari jenama Arianna Rose by Lisa, Kamoora, dan Argania Scarves. Semua boleh didapati di Bazaarlokal dan masing-masing berharga bawah RM100!

Semua hijab dengan rekaan yang minimalis tapi masih cantik dan dari fabrik yang berkualiti. Confirm akan terpikat bila melihatnya.

Basic Argania Scarves, Argania

Aidilfitri lebih ceria dengan tudung Argania, ada pelbagai warna untuk dipilih seperti Lilac Lemonade, Cream Puff, Sugar Plum, dan banyak lagi yang cantik menarik.

Foto – Bazaarlokal

Dapatkan Tudung Argania Asas dengan harga MYR59.00 sahaja! Menggunakan material matte satin 100%, tudung ini sangat ringan, selesa dan sesuai untuk cuaca panas di Malaysia. Tambahan pula, tudung ini juga sangat sesuai untuk penampilan minimalis setiap hari.

Shawl Malika, Arianna Rose by Lisa

Shawl Malika ini tidak perlu diseterika dan menggunakan material seakan-akan jersi, menjadikan tudung kelihatan lebih kemas dan tersusun.

Foto – Bazaarlokal

Dengan kristal yang menutupi jilbab, Shawl Malika ini menampilkan look yang mewah dan anggun. Harga sehelai ialah RM89, tetapi beli 3 dengan harga RM250.

Rose Satin Silk Shawl, Kamoora

Foto – Bazaarlokal

Rose Satin Silk Shawl daripada Kamoora dibuat dengan menggunakan material sutera satin yang selesa dipakai, lembut, senang dibentuk dan dipertingkatkan lagi dengan rekaan yang eksklusif. Berharga RM99, ini adalah satu shawl yang wajib anda miliki!

Floral Silk Shawl, Kamoora

Floral Silk Shawl daripada Kamoora diperbuat dari material satin silk yang selesa dipakai, lembut, mudah dibentuk dan diserikan lagi dengan rekaan yang ekslusif dan cantik.

Foto – Bazaarlokal

Dengan jahitan baby seam, shawl ini menjadi salah satu pilihan terbaik untuk penampilan Hari Raya Aidilfitri anda tahun ini! Harga RM99.

Argania Printed Scarves, Argania

Argania Printed Scarves adalah satu pilihan bagi mereka yang sukakan corak atau print. Merupakan tudung yang sempurna untuk dipadankan dengan baju kurung plain atau simple.

Foto – Bazaarlokal

Lagi satu, ada ciri-ciri istimewa di mana ia mengawal bau dan antibakteria. Dapatkan sekarang dengan harga RM89 sahaja!

Sebenarnya banyak lagi yang menarik ada di Bazaarlokal. Pergi laman Facebook dan Instagram Bazaarlokal, di mana anda boleh dapatkan kod-promo bernilai RM1,000 yang boleh digunakan untuk berbelanja di Bazaarlokal.

The post 5 Hijab Bawah RM100 Dari Bazaarlokal, Cantik Dan Berkualiti Saja! appeared first on Wanista.com.

Nak Mengorat Lelaki? Jangan Sesekali Hantar Mesej Begini

$
0
0

Orang gelarkan kamu sebagai ‘perigi cari timba’ gara-gara kamu mahu mengorat lelaki terlebih dahulu?

Abaikannya kerana tak salah untuk mulakannya terlebih dahulu berbanding menunggu lelaki melakukannya.

Tetapi ada beberapa perkara yang kamu perlu tahu dan elak. Terutamanya jika kamu mahu mengorat menerusi mesej, jangan sesekali buat begini!

“Kenapa tak balas mesej balik?”

Bukan tak boleh tanya, tetapi dalam proses mengorat kamu perlu elakkan sehabis mungkin. Walaupun hati meronta-ronta mahu bertanya, kamu perlu bersabar terlebuh dahulu.

Foto – Elite Daily

Bukan apa kalau kamu tanya begitu, si dia boleh menjadi annoy dengan kamu dan ambil langkah untuk block!

Kerap tanya lokasi si dia

Kamu perlu tahu bahawa kamu dengan si dia tidak mempunyai sebarang ikatan lagi. Jadi tak perlu untuk tanya di mana si dia berada.

Foto – Lifewire

Melainkan si dia dengan rela hati memberitahu lokasinya kepada kamu. Kalau kamu tanya, si dia boleh rasakan seperti kamu cuba untuk mengongkong dirinya.

Mode stalker “ON”

Ramai perempuan lakukan ini. Wanista faham selagi si dia belum menjadi milik kamu, perasaan ingin tahu dan keinginan untuk stalk itu makin menjadi-jadi.

Foto – MIC

Sebagai contoh, jika kamu beritahu yang kamu ternampak si dia di satu-satu tempat, pasti si dia berasa gerun dan rimas kerana rasa seperti kamu mengikutinya sepanjang masa.

Berhati-hati kerana kamu boleh melangkaui batas dan membuatkan si dia lari daripada kamu.

Tiba-tiba berubah tingkah laku 

Pada awal hari kamu mesej si dia dengan suasana yang ceria dan gembira. Tetapi bila waktu petang atau malam berubah menjadi moody dan sebagainya.

Foto – Inside Hook

Tidak konsisten dalam tingkah laku boleh buatkan si dia berasa rimas dan meluat dengan kamu.

Walaupun kamu dapat menarik perhatian si dia, tetapi jika mempunyai perangai ini si dia mungkin berfikir lebih baik untuk tidak meneruskannnya.

“Adakah kamu masih berhubungan dengan bekas kekasih?”

A big no! Jangan sesekali kamu berani bertanyakan hal ini pada si dia. Bukan apa, si dia mungkin merasakan kamu melampaui batas dan mencuba untuk mencampuri urusan peribadinya.

Foto – Freepik

Walaupun si dia ada berhubungan, tetapi ia tidak bermakna si dia mahukan bekas kekasihnya semula. Mungkin juga dia hanya mahu bertanya khabar dan sebagainya.

Tanya sama ada si dia suka kamu atau tidak 

Kamu baru sahaja mahu mengorat dan sudah bertanya hal itu? Perkara itu boleh membuatkan si dia menjadi turn off dengan perangai kamu.

Foto – Timeless

Cukuplah kamu tahu jika si dia mahu dan sanggup meluangkan masa dengan kamu berjam-jam itu bermakna si dia menyukai kamu.

Terlalu banyak emoji 

Kalau boleh lebih daripada satu emoji mahu diletakkan di dalam sebuah mesej, betul tak?

Foto – Pinterest

Jika kamu sering lakukannya, lebih baik elakkan selepas ini. Bukan apa, lelaki lebih gemar untuk membaca teks berbanding melihat emoji yang terlalu banyak.

Boleh gunakan emoji tetapi hanya gunakan sekitar satu hingga dua emoji sahaja. Ingat ya, take note semua tips ini.

Jangan sesekali mesej si dia begini kalau kamu mahu mengorat. Good luck! 

RUJUKAN: 1, 2, 3

The post Nak Mengorat Lelaki? Jangan Sesekali Hantar Mesej Begini appeared first on Wanista.com.

Lizzo Tolak Tepi Beauty Standard, Pamer Foto Tak Berbaju Tanpa Edit

$
0
0

Nama Lizzo sekali lagi naik di sosial media, tapi kali ini bukan mengenai isu tayang punggung tetapi mengenai sebuah foto yang dimuatnaik di akaun Instagramnya hari ini.

Foto yang dimuatnaik Lizzo hari ini di akaun Instagramnya mengejutkan netizen, sebuah foto dirinya tanpa seurat benang dan tanpa sebarang edit membuatkan orang ramai tergamam.

Tolak Tepi Beauty Standard, Kecantikan Asli Lebih Benar

Lizzo yang sangat dikenali sebagai seorang wanita yang positif dan sering berkongsi hal-hal berkaitan wanita bersaiz besar di sosial medianya, menangkis beauty standard yang masyarakat tetapkan dengan caranya yang tersendiri.

Menerusi foto yang dimuatnaik itu, Lizzo ingin berkongsi kepada wanita bersaiz besar di luar sana agar tampil berkeyakinan pada diri sendiri kerana kecantikan asli adalah kecantikan yang sebenar.

Respond Netizen Terhadap Foto Tidak Berbaju Lizzo

Melihat foto Lizzo tanpa seurat benang itu membuatkan ramai pengikutnya di Instagram terpegun dan ramai yang bersorak memberi sokongan kepadanya kerana berani tampil dengan kecantikan asli tanpa mengedit fotonya.

Foto – Instagram Lizzo
Foto – Instagram Lizzo

Kongsi Nasihat Di TikTok, Jangan Pernah Rasa Down Dengan Saiz Badan!

@lizzo

From one fat girl to y’all. With love 😘

♬ original sound – lizzo

Bukan itu saja, Lizzo juga cukup aktif memberi kata-kata semangat, pandangan positif dan nasihat di TikTok menerusi akaunnya @lizzo.

Dengan pengikut sebanyak 14.7 juta di TikTok, Lizzo gunakan platform ini untuk berkongsi nasihat dan pandangan positif kepada pengikutnya terutama kepada wanita bersaiz besar.

Dalam salah satu videonya Lizzo menyatakan bahawa tidak semua wanita milik bentuk tubuh badan yang sama, setiap wanita adalah berlainan.

Foto – Instagram Lizzo

Meski dah cuba ikut diet pemakanan yang sihat dan rajin melakukan senaman, bukan semua wanita bersaiz besar boleh menjadi kurus dan dapat miliki six-packs pada badan mereka.

Oleh itu, Lizzo bersuara agar wanita di luar sana terutama yang berbadan besar tidak berasa down kerana tubuh itu adalah diri mereka sendiri ketepikan segala komen serta pandangan negatif orang ramai kerana ini adalah diri kita sendiri.

Respond Netizen Terhadap Pandangan Positif Lizzo Di TikTok

Ramai pengguna TikTok yang lain bersetuju dengan pandangan yang dikatakan oleh Lizzo, setiap wanita adalah berlainan dan wanita bersaiz besar juga memiliki kecantikan serta keunikan mereka yang tersendiri.

Foto – TikTok Lizzo
Foto – TikTok Lizzo

Tabiklah pada Lizzo memang lain dari yang lain dan berusaha menyebarkan bahawa wanita plus size juga mempunyai kecantikan yang tersendiri, dan bukan boleh di label menerusi beauty standard yang ditetapkan oleh masyarakat dunia semata.

Rujukan

The post Lizzo Tolak Tepi Beauty Standard, Pamer Foto Tak Berbaju Tanpa Edit appeared first on Wanista.com.

Jadi Trend Di TikTok, Wanita Hasilkan Hair Bun Guna Penutup Bekas Air McD

$
0
0

Cuba kamu scroll media sosial setiap hari, memang ramai sangat orang berkongsi trik-trik yang pelik, menarik dan berguna.

Kali ini Wanista nak kongsi dengan anda mengenai satu trik pelik yang menjadi trending di TikTok.

Anda pernah dengar orang lakukan hair bun menggunakan penutup bekas minuman McDonald? Kalau tak pernah langsung dan ingin tahu bagaimana caranya, teruskan baca kupasan di bawah ini.

Pelik! Buat hair bun guna penutup bekas air McD?

Menerusi perkongsian @quintymirjam, dia telah menggunakan penutup bekas minuman milkshake bagi menghasilkan separuh hair bun yang cantik.

Video yang menggunakan kapsyen “McDonalds hair hack” itu, dia telah menggunakan 4 barangan seperti penutup bekas minuman milkshake, getah rambut, sikat dan bobby pins.

@quintymirjam

Mcdonalds hair hack! 😱♥ #hair #hairstyles #hairhacks #hacks #tiktokhacks #girlythings #hack #hairhack #catchyou #haircut #mywedding #fyp #fy

♬ Memories (Drinks Bring Back) – Ajay Stephens

Langkah yang mudah seperti ABC 

Untuk melakukan trik ini, @quintymirjam telah menyikat dan mengikat separuh rambutnya menjadi ponytail.

Foto – @quintymirjam (TikTok)

Kemudian, penutup bekas milkshake diletakkan betul di atas ponytail. Selepas itu, dia menarik rambut menggunakan getah rambut melalui lubang di bahagian atas penutup tersebut.

Foto – @quintymirjam (TikTok)

Seterusnya, dia menutup penutup tersebut menggunakan ponytail dan secure dengan getah rambut sehingga membentuk seperti donut.

Apabila sudah terbentuk seperti donut, rapikan separuh hair bun tersebut. Lebihan rambut yang terjuntai itu, anda lilitkan di bawah hair bun.

Foto – @quintymirjam (TikTok)

Bagi langkah terakhir, ambil bobby pins dan secure lebihan rambut yang dililit tersebut. Rapikan penampilan akhir dan siap!

Bagaimana pula dengan kata pengguna TikTok yang lain? 

Melihatkan video pendek ini telah membuatkan ada yang memberi komen yang positif dan ada yang tidak menyetujui trik ini.

“Saya suka idea awak!”

Foto – @quintymirjam (TikTok)

“Rambut keriting saya cakap tidak.”

Foto – @quintymirjam (TikTok)

“Bayangkan tengah bergaduh tarik rambut dan mereka menjumpai ini.”

Foto – @quintymirjam (TikTok)

“Ia comel tapi saya tak akan letak penutup bekas minuman di atas rambut.”

Foto – @quintymirjam (TikTok)

Anda pula bagaimana, mahu mencuba trik ini? Kalau sudah mencuba trik ini nanti, cuba kongsikan dengan Wanista.

Selamat mencuba!

The post Jadi Trend Di TikTok, Wanita Hasilkan Hair Bun Guna Penutup Bekas Air McD appeared first on Wanista.com.

Viewing all 14627 articles
Browse latest View live