Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14536

Viral Dr Morita Hyaluronic Acid Essence Mask, Boleh Pakai Ke Tak?

$
0
0

Ingat tak Dr. Morita Hyaluronic Acid Essence Mask ini pernah menjadi viral di media sosial terutamanya Twitter dulu?

Memang ramailah beauty influencer promosi dan beri reviews yang baik mengenai mask ini.

Boleh dikatakan sesuai untuk individu yang mempunyai kulit kering, mask ini membuatkan kulit sentiasa hydrated dan kekal lembap untuk tempoh yang lama.

Tapi baru-baru ini kecoh pula apabila ramai yang mengatakan mask ini tidak boleh dipakai. Kenapa ye?

Mask Ini Ada Bahan Sake?

Menurut perkongsian yang dibuat oleh Maisarah Mahmud di Instagram, Dr. Morita Hyaluronic Acid Essence Mask ini mengandungi bahan sake.

Foto – @maisarahmahmud (Instagram)

Bagi kamu yang tidak tahu, Sake atau “Rice Ferment Filtrate” ini merupakan wain beras Jepun iaitu minuman berakohol yang diperbuat oleh penapaian beras.

Menurut laman Mufti Wilayah Persekutuan, sake merupakan minuman arak yang dibuat dalam kalangan bangsa Jepun.

Foto – Mufti Wilayah Persekutuan

Penapaian kanji beras ini telah digilap untuk keluarkan dedak beras. Selain itu, ia melalui proses pembiran seakan bir di mana kanji ditukarkan kepada gula sebelum ia menjadi alkohol.

“Cenderung untuk kami mengatakan ia adalah sejenis arak dan haram menggunakannya.”

Pada masa yang sama menerusi Laman Mufti WP, sebagai individu Islam kita tidak boleh mengambil manfaat daripadanya sama ada untuk tujuan makanan, minuman, perubatan kosmetik, minyak wangi dan lain-lain.

Kenapa Dulu Tak Ada, Sekarang Baru Ada?

Jika kamu perasan Dr. Morita Hyaluronic Acid Essence Mask ini tidak pernah mengandungi bahan sake pada tahun sebelum-sebelum ini.

Kebelakangan ini ia telah upgrade bahan seperti “Rice Ferment Filtrate” atau sake di dalamnya bagi memberikan kesan yang lebih efektif kepada penggunanya.

Foto – @maisarahmahmud (Instagram) / Twitter

Untuk pengetahuan kamu sake sebenarnya beri manfaat yang bagus untuk kulit seperti:

  • membersihkan kulit dengan lembut
  • kurangkan kerosakan akibat matahari
  • mengurangkan bintik-bintik hitam pada wajah
  • membantu kurangkan tanda penuaan
  • mengelakkan wajah daripada rosak terkena radikal bebas
  • menjadikan wajah lebih cerah.

Ramai Yang Sedih Kerana Terpaksa ‘Ban’ 

Melihat perkongsian yang dibuat oleh Maisarah, ramai yang menyatakan rasa sedih mereka kerana ada yang baru memakainya dan ada juga yang menjadi peminat setia mask ini.

Walaupun produk ini sangat best digunakan tetapi perkara haram perlulah ditinggalkan dengan segera selepas mengetahuinya, betul tak?

Foto – Twitter
Foto – Twitter
Foto – Twitter

Jadi selepas ini, tidak kiralah produk Dr. Morita mahupun mana-mana produk kecantikan yang lain, pastikan kamu melihat bahan-bahannya terlebih dahulu.

Ingat, nampak sahaja “Rice Ferment Filtrate” atau sake, elakkan daripada membelinya.

Selamat beramal!

The post Viral Dr Morita Hyaluronic Acid Essence Mask, Boleh Pakai Ke Tak? appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14536