
Isu pemakaian burqa telah lama dipertikaikan, ia menjadi salah satu isu sensasi dan kritikan di beberapa buah negara sekitar Asia Tenggara dan Eropah.
Kini semakin banyak negara mula menunjukan ‘perasaan’ sebenarnya mereka, dengan melarang wanita Muslim yang tinggal di negara mereka dari memakai burqa.
Pemakaian Burqa Di Ban
- Foto – NPR
Rata-rata kebanyakan negara memilih untuk ban pemakaian burqa adalah kerana, konsep berlitup seluruh muka di lihat sebagai ekstremis keagamaan oleh masyarakat dunia.
Apatah lagi faktor Islammophobia juga dikaitkan dengan pemakaian burqa, lantas membuatkan ramai orang menentang wanita Muslim memakai burqa di tempat awam.
Negara Mana Ban Wanita Pakai Burqa?
- Foto – DW/Detik
Sebenarnya banyak negara-negara di Asia Tenggara dan Eropah, telah mengeluarkan arahan larangan memakai tudung, niqab, dan burqa ke atas wanita Muslim.
Berikut antara negara-negara yang ban pemakaian burqa:
Sri Lanka
Baru-baru ini, Sri Lanka membuat keputusan untuk ban wanita Muslim minoriti di negara tersebut dari memakai burqa di negara mereka.
Menteri Keselamatan Awam Sri Lanka, Sarath Weerasekera telah menandatangani larangan memakai burqa bagi wanita Muslim di negara tersebut.
Perancis
Perancis merupakan negara Eropah pertama yang mengeluarkan larangan memakai burqa di tempat awam, semua wanita Muslim yang tinggal di Perancis harus mematuhi perintah yang dikeluarkan jika tidak mahu disaman.
Jerman
Pemakaian burqa telah di ban di Jerman, dan undang-undang berkaitan pemakaian tudung, niqab, dan burqa telah banyak kali digubal dan diubah.
Separuh dari 16 negeri di Jerman melarang pemakaian tudung, niqab dan juga burqa kepada wanita Muslim dan ini termasuklah pekerja awam kerajaan negeri tersebut.
- Foto – BBC
Austria
Pada tahun 2017, kerajaan Austria telah bersetuju untuk melarang pemakaian niqab dan burqa ke atas wanita Muslim di tempat awam dan tindakan undang-undang akan diambil jika melanggar larangan tersebut.
Belgium
Selain Perancis, Belgium juga telah mengeluarkan perintah ban pemakaian burqa bagi wanita Muslim pada tahun 2011.
Dan perintah larangan tersebut kekal sehingga ke hari ini, pihak berkuasa Belgium akan mengambil tindakan bagi yang melanggar perintah.
Itali
Itali masih membenarkan wanita Muslim di negara itu memakai tudung dan skarf, kecuali niqab dan burqa. Wanita yang melanggar peraturan akan dikenakan penalti oleh pihak berkuasa Itali.
Denmark
Pada tahun 2018 kerajaan Denmark meluluskan perintah larangan pemakaian burqa ke atas wanita Muslim dan kerajaan juga melarang pemakaian bersifat politik dan keagamaan.
- Foto – Hizbut Tahrir Malaysia
Dek Stigma ekstremis keagamaan dan propaganda politik, membuatkan kebanyakan negara-negara ini memilih untuk melarang pemakaian burqa ke atas wanita Muslim di negara mereka.
Pemakaian yang pada asalnya demi menutup aurat dan mencari keredhaan Sang Pencipta, diputar-belitkan oleh ahli politik dunia.
The post Selain Sri Lanka, 6 Negara Ini Turut Ban Wanita Pakai Burqa appeared first on Wanista.com.