
Orang dulu-dulu kata kalau nak elak kaki melecet selepas pakai kasut baru, kamu kena gigit bahagian belakang kasut terlebih dahulu.
Memang pedih bila kaki melecet terutamanya di bahagian hujung jari atau belakang tumit. Lagi-lagi kalau kaki jenis kembang, memang mudahlah nak melecet.
Selain daripada gigit kasut sebagai penyelesaian untuk kurangkan melecet pada kaki, apa kata kamu cuba 4 petua terbaik ini untuk kekal bergaya dengan boots baru kamu.
Plaster Luka
Jimat dan murah, kamu boleh gunakan plaster luka untuk elakkan kaki daripada melecet ketika pakai boots baru.
Caranya adalah lekatkan plaster luka di bahagian yang sering melecet seperti di jari kaki, tepi kaki dan belakang kaki.
Alkohol & Kertas
Untuk petua ini, semburkan alkohol pada bahagian kasut yang kamu rasa ketat ketika pakai. Kemudian masukkan kertas yang direnyuk ke dalam boots sehingga ia memenuhi keseluruhan ruang.
Biarkan semalaman dan keluarkan kertas renyuk di awal pagi dan pakai supaya dapat membentuk kaki kamu.
Pengering Rambut
Bukan sahaja boleh guna rambut, guna untuk boots baru kamu pun boleh. Turn on pengering rambut kamu dan halakan ke seluruh kasut.
Info untuk kamu, udara panas daripada pengering rambut akan membuatkan material pada boots menjadi longgar dan meninggalkan ruang di kaki.
Pelindung Jari Kaki
Menjadi trend sekarang, ramai yang gemar memakai kasut atau boots tanpa stokin. Tapi kalau tak pakai stokin, melecetlah kaki betul tak?
Jangan risau kerana kamu boleh gunakan pelindung jari kaki. Pelindung ini direka khas bagi melindungi kaki kamu daripada melecet semasa memakai boots.
Wanista berharap petua di atas boleh mengelakkan kaki kamu daripada melecet ketika memakai boots baru. Selamat beramal!
The post 4 Petua Terbaik Untuk Elak Kaki Melecet Ketika Pakai Boots appeared first on Wanista.com.