Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14553

Wanita Rasa Lelaki Paling Seksi Bila Lakukan 10 Perkara Ini, Yeke?

$
0
0

Seksi sangat subjektif untuk setiap individu. Seksi tidak hanya bergantung kepada fizikal atau penampilan si dia, tapi seksi boleh juga tergambar dari segi tingkah laku dan perbuatan yang dilakukannya.

Pada wanita lelaki kelihatan seksi bila mereka melakukan 10 perkara berikut.

Bila lelaki melakukan kerja rumah

Foto – Business Insider

Sangat tak seksi bila lelaki langsung tak tahu melakukan kerja rumah. Contoh seperti menolong isteri di dapur, menyapu sampah, mengemas rumah, tolong menjaga si anak bila isteri sedang sibuk, antara perbuatan yang cukup menyenangkan mata wanita.

Bergurau senda dengan kanak-kanak

Foto – The Mercury News

Tiada yang lebih seksi bila melihat si lelaki memang erat bayi kecil, ataupun bergurau senda dengan kanak-kanak. Moment tersebut memberi senyuman di bibir wanita bila lelaki ada ciri-ciri family man idaman. Tahukah, lelaki yang kurang mesra dengan kanak-kanak cenderung untuk dijauhi wanita.

Memasak

Foto – Arkib Wanista

“Seksinya dia, fokus bila memasak…” Lelaki nampak seksi dan menarik sangat bila bertungkus lumus di dapur. Kajian ada membuktikan lelaki yang hebat di dapur amat seksi di mata wanita. Lagi pula kalau memasak untuk orang yang tersayang, nampak mereka bersungguh-sungguh dan ikhlas.

Memegang stereng kereta dengan sebelah tangan

Foto – Dodge Canada

Bunyi macam pelik, tapi memang ada kes macam ini. Wanita kata lelaki yang memegang stereng kereta dengan sebelah tangan memperlihatkan keseksian yang unik. Ini menunjukkan dirinya adalah seorang cekap, yakin dan tidak gentar.

Selepas mandi

Foto – medical bae

Siapa sahaja bila keluar dari kamar mandi akan terlihat segar dan seksi sekali. Wanita kata lelaki seksi jika tubuh mereka masih basah, rambut kusut dan bertuala. Ditambah pula dengan wangian sabun yang masih harum ternyata bikin wanita cair.

Menggulung lengan baju

Foto – Arkib Wanista

Nak tahu perbuatan ini sering kali diperhatikan wanita. Tambahan pula di saat cuaca terik dan masih terdapat kesan peluh di lengannya, sudah cukup mencairkan hati wanita yang melihat.

Pakai t-shirt polos

Foto – Best

Tak kisah hitam atau putih, pada wanita lelaki nampak macho dan seksi bila memakai t-shirt polos. Lagi pula bila si lelaki miliki bidang yang luas dan berfizikal sasa memang bikin wanita meruntun jiwa.

Saat bertentang mata

Foto – Herway

Bagi wanita, saat lelaki memandang dan bertentang mata tanpa rasa malu, segan atau kekok adalah antara perkara seksi yang tidak boleh dilepaskan. Walaupun sekejap, ia sudah cukup menandakan kepercayaan dan harapan dalam perhubungan tersebut.

Main dengan pets

Foto – I Stan

Bila lelaki bermain, bergurau, memeluk dan berseronok dengan binatang peliharaan, nampak ciri-ciri kelembutan pada mata wanita. Orang kata, dalam hati ada taman, wanita boleh jatuh cair melihatnya.

Setuju tak dengan pilihan Wanista?

The post Wanita Rasa Lelaki Paling Seksi Bila Lakukan 10 Perkara Ini, Yeke? appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14553