
Memang tak dapat dinafikan, walaupun mengundang bahaya, ada sebilangan wanita sanggup mengetepikan kesan sampingan demi memiliki kulit yang putih. Lebih mengejutkan, ada yang sanggu berhabis duit bagi mendapatkan produk yang mampu memutihkan kulit mereka.
Tapi, agak membimbangkan jika mereka menggunakan produk kecantikan yang tidak mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Manakan tidak, jika salah guna, ia boleh buatkan kulit jadi rosak dan memudaratkan kesihatan.
Nekad Nak Putih Selepas Kena Reject
Hal ini telah menjadi bualan hangat dikalangan pengguna TikTok. Ia bermula selepas video seorang gadis yang nekad melakukan perubahan pada wajahnya selepas menyatakan dirinya ditinggalkan kekasih oleh kerana kulitnya gelap.
Video berdurasi 15 saat itu dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi TikTok bernama @cikbettx memaparkan perubahan ketara wajahnya berbanding yang dahulu.
@cikbettx Balas kepada @xadeqyuyuxx Orang yang takut putih jangan cuba cuba consume
#glowup #fypシ #masukberanda #challenge #tipsputih #jerungmerahniboss
Jika anda menonton video ini, anda pasti terkejut malah seriau melihat tangan gadis ini terlalu putih sampai nampak urat biru. Difahamkan gadis itu mengamalkan sebuah produk yang dikatakan sebagai vitamin C untuk mendapatkan kulit yang bersinar-sinar.
Apa yang lebih merisaukan adalah pengambilan vitamin C tambahan yang sekiranya diambil secara berlebihan, ia mampu memudaratkan kesihatan tubuh dan memberikan penyakit.
Reaksi Netizen
Hasil tinjauan kami di ruangan komen, rata-rata netizen bimbang melihat keadaan kulit wanita itu yang dianggap terlalu putih sehingga menampakkan urat.
- Sumber: Akaun TiktTok @cikbettx
- Sumber: Akaun TiktTok @cikbettx
- Sumber: Akaun TiktTok @cikbettx
- Sumber: Akaun TiktTok @cikbettx
- Sumber: Akaun TiktTok @cikbettx
Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih dari 200,000 jumlah tontonan serta mendapat 341k tanda suka. Apa pandangan anda, adakah memiliki kulit yang putih boleh membuatkan diri anda lebih dihargai?
The post Urat Tangan Sampai Nak Tembus! Gadis Ini Nekad Nak Putih Selepas Kena ‘Reject’ appeared first on Wanista.com.