Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14607

Dek Mekap Mata & Muka Putih, Ariana Grande Dituduh Persenda ‘Orang Asia’

$
0
0

Apa salah Ariana?

Penyanyi kelahiran Florida, Ariana Grande baru-baru ini bergambar dengan pakaian ala Asia untuk siri gambar yang diambil oleh jurugambar Katia Temkin, yang dikongsikan di Instagram.

Ariana memakai blazer kelabu oversized dan platform tumit tinggi hitam, rambutnya didandan dengan skaf putih dan leher diikat reben putih. Solekan pula menampilkan winged eyeliner dan wajahnya yang agak ‘putih’.

Dek mekap putih dan matanya, netizen menyelar Ariana Grande dengan mengatakan dia mempermainkan stail mekap yang dipanggil ‘Asian Fishing’.

Bentuk mata Ariana dalam gambar itu menjadi kritikan kerana ada yang mengatakan penyanyi itu telah mengubahnya supaya kelihatan lebih mirip seperti orang yang berketurunan Asia.

“Sebagai peminat, perkara ini tidak dinafikan agak mengecewakan.”

“Saya faham bahawa selebriti akan mengubah penampilan mereka dari semasa ke semasa, tetapi ini memberikan perubahan phenotype.”

Dipetik dari Sora News, ‘Asian Fishing’ ialah istilah yang digunakan apabila orang bukan Asia menggayakan diri mereka untuk kelihatan seperti Asia, terutama Asia Timur, melalui penggunaan pakaian, cara mekap atau penyuntingan foto.

Peminat Mempertahankan Ariana Grande, Itu Hanya Mekap Semata

Sebaliknya sebilangan peminat, termasuk orang Asia sendiri, langsung tidak peduli dengan penampilan baharu Ariana itu.

Untuk mengelakkan kontroversi, Ariana memadam siri gambar itu dari akaun media sosialnya sejurus selepas dikritik dalam talian.

The post Dek Mekap Mata & Muka Putih, Ariana Grande Dituduh Persenda ‘Orang Asia’ appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14607