Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14607

“Patutlah Slow”- Nak Tahu Wi-Fi Kena Curi Atau Tak, Cuba Buat Macam Ini

$
0
0

Nak kata tak bayar bil Wi-Fi, dah pun bayar. Tetapi kenapa slow semacam je ni?

Kalau kamu pernah alami situasi di atas, ketahuilah bahawa Wi-Fi kamu sebenarnya ‘dicuri’ iaitu digunakan oleh orang lain tanpa diketahui.

Jadi macam mana nak tahu sama ada Wi-Fi di rumah kamu kena curi atau tak? Cepat scroll sampai bawah;

#1 Periksa status lampu router Wi-Fi

Pertama sekali tutup atau setkan gajet kamu pada mod kapal terbang. Kemudian terus periksa status lampu router Wi-Fi.

GIF – Imgur

Untuk info kamu bila tiada gajet yang connect dengan Wi-Fi, lampu di router tidak akan berkelip. Tapi kalau masih juga berkelip, maksudnya ada orang guna Wi-Fi kamu.

#2 Muat turun aplikasi imbas Wi-Fi 

Seterusnya kamu juga boleh tahu Wi-Fi ‘dicuri’ dengan memuat turun aplikasi imbas Wi-Fi. Tujuan aplikasi ini adalah untuk scan rangkaian dan memberikan senarai gajet yang connect dengan Wi-Fi kamu.

Foto – Pinterest

Wanista syorkan kamu untuk muat turun aplikasi WiFi Guard kerana aplikasi ini memberikan kamu senarai gajet yang connect. Jadi kamu boleh semak sama ada gajet tidak dikenali turut menggunakan Wi-Fi kamu.

WiFi Guard: Android [TEKAN SINI

#3 Log in ke panel kawalan admin 

Sekiranya #1 dan #2 tidak berjaya dilakukan, kamu boleh cuba langkah terakhir ini iaitu log in ke panel kawalan admin di internet. Cara-caranya adalah:

Foto – Pinterest
  1. Username admin: Kebiasaannya ramai yang akan mengekalkan username yang sama iaitu “Admin” selepas pasang Wi-Fi. Untuk keselamatan dan elak daripada ‘dicuri’, tukar username admin kepada nama lain seperti nama kamu, pasangan atau apa sahaja.
  2. Kata laluan: Jika kamu tidak pernah menukar kata laluan dalam jangka masa yang lama, silalah tukar kata laluan dengan segera. Lebih baik kalau tukar 2 kali setahun.

Tips: Cara elak Wi-Fi ‘dicuri’

Kalau kamu nampak ada beberapa gajet yang connect dengan Wi-Fi kamu, ada dua cara untuk kamu ‘buang’ mereka iaitu;

Foto – Pinterest
  1. Bila ternampak pengguna tidak dikenali dalam aplikasi imbas Wi-Fi atau panel kawalan admin, kamu perlu tekan entru untuk peranti tersebut. Kemudian pilih sama ada untuk block, ban atau eject peranti itu.
  2. Seperti yang dikongsi di atas, kamu boleh elak Wi-Fi daripada ‘dicuri’ dengan menukar kata laluan yang lebih rumit atau hanya kamu sahaja yang tahu.

Jadi kalau rasa macam Wi-Fi kena curi, cuba langkah-langkah di atas okay?

RUJUKAN

The post “Patutlah Slow”- Nak Tahu Wi-Fi Kena Curi Atau Tak, Cuba Buat Macam Ini appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14607