Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14608

Pakai Ini Ketika Pertama Kali Jumpa, Confirm Bakal Mak Mentua Suka

$
0
0

Seronok sangat bila si dia beritahu mahu bawa kamu berjumpa dengan keluarganya. Tapi pada masa yang sama, adakah kamu risau?

Bukan apa penampilan pertama untuk bertemu dengan keluarganya terutamanya ibunya sangat penting! Jika main bedal saja pakai, ibunya tidak approve pula dengan hubungan kamu berdua.

Jangan pening-pening okay, team Wanista akan bantu kamu. Tak tahu nak pakai apa untuk pertemuan pertama dengan keluarga si dia, cepat scroll di bawah!

Lebih Sopan Dengan Tunic 

Sesuai untuk wanita bertudung yang tak mahu mengenakan dress, kamu boleh gantikannya dengan tunic.

Foto – Pinterest

Pilih tunic yang labuhnya pada paras lutut. Kemudian padankan dengan skinny jeans atau culottes.

Tampil Ringkas Dengan Blaus 

Kalau tak suka pakai dress, kamu juga boleh mengenakan blaus. Nampak lebih ringkas tapi masih elegan ye.

Foto – Pinterest

Pilih warna yang lebih lembut untuk nampak tidak terlalu sarat. Kalau material pula, satin lebih baik dan digabungkan pula dengan tailored pants.

Tips: Elak pakai blaus yang ada motif atau corak bunga besar. Nak pakai corak, pakai corak bunga kecil sahaja okay?

Penampilan Kasual ‘Is A Must’!

Tak kiralah bertudung atau tidak, kamu boleh mengenakan penampilan kasual. Tapi untuk yang bertudung, pilih material yang sesuai dan tidak panas.

Foto – Pinterest

Kamu boleh mencuba jubah moden, dress dipadankan dengan cardigan atau one piece outfit. Pastikan pilih warna yang lembut okay? Barulah nampak penampilan kamu nampak lebih ayu dan manis sahaja.

Cantik & Manis Dengan Midi Dress

Paling selamat dan paling senang! Tapi jangan pula pakai sembarangan midi dress ye, pilih potongannya yang berada di bawah lutut dan berlengan panjang atau paras siku.

Foto – Pinterest

Jangan sesekali pakai sleeveless midi dress atau see through midi dress okay?

Ingat lebih minimalist dan sopan, mak mentua lebih suka. Good luck!

The post Pakai Ini Ketika Pertama Kali Jumpa, Confirm Bakal Mak Mentua Suka appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14608