Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502

Breakout Sebab Mask! Gadis TikTok Guna Timun Beku Setiap Hari, Lihat Kulit Dia Sekarang

$
0
0

Muka bengkak, breakout kerana pemakaian pelitup muka, semuanya boleh diatasi dengan timun beku. Ini yang gadis TikTok amalkan, dan sekarang kulit dia bersih, gebu dan bebas cela. Ya, hanya aplikasi timun beku sahaja!

Kata pengguna TikTok @emmafreece, dia menjadikan timun beku sebagai rutin skincare. Setiap kali kulit breakout akibat pelitup muka, dia akan melakukan trik ini. Setiap hari, dia gembira melihat perubahan seperti parut jerawat mulai hilang.

@emmafreece

Reply to @emimacevedo & it gives your skin radiance! I am obsessed 💚 #frozencucumberhack #frozencucumber #skinbenefits #skinhack #skincare #fyp

♬ vlog type beat – Fleeky

Macam mana caranya guna timun beku? Trik timun beku sangat simple. Ia melibatkan timun yang sudah disejukkan, potong hujung timun dan menggosok di permukaan rata muka dalam gerakan membulat.

Trik ini menjanjikan untuk menghilangkan kedutan dan menghidrat muka, lingkaran gelap bawah mata dan mengurangkan jerawat yang meradang.

Bunyi Macam Cool, Tapi Berkesan Ke?

Betul ke guna timun beku berkesan? Jawapannya ya! Timun bila disejukkan benar-benar boleh membantu untuk menghidrat dan menyerikan kulit. Penampilan kulit menjadi licin, gebu dan terhidrat.

Untuk pengetahuan kamu, timun mempunyai pelbagai manfaat penjagaan kulit. Berikut adalah empat perkara utama bagaimana timun sama ada yang sejuk atau biasa boleh lakukan untuk kulit.

@emmafreece

Here’s the sign you need to do your self-care & take that extra time to take care of your skin ✨ #selfcare #skin #frozencucumberhack #cucumber #fyp

♬ Smoothie – Sevvans

  • Boleh mengurangkan bengkak

Timun mengandungi vitamin C dan asid folik, yang melawan sebarang bengkak dan inflasi. Teknik pembekuan meningkatkan faedah ini.

  • Mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan

Komponen utama timun seperti vitamin K merangsang pertumbuhan sel dan meningkatkan keanjalan pada kulit.

  • Boleh menenangkan kulit yang merengsa dan berjerawat

Kajian menunjukkan bahawa sifat anti radang pada timun boleh menyuburkan dan menenangkan mana-mana kawasan yang merengsa, contohnya selaran matahari.

  • Meningkatkan penghidratan

Timun dipenuhi dengan dengan banyak air terdiri daripada 95 air, yang secara semula jadi menghidratkan kulit kering. Jadi timun berfungsi sebagai penggalak kelembapan.

@alexaraeloebel

Bye bye dark circles and pimples 👋🏻😍 #fyp #skincare #skincareroutine #skincaretiktok #dailyvlog #myroutine #TikTokGGT #skincarehack

♬ Run Free (feat. IVIE) – Deep Chills

Berapa Lama Nak Gosok Timun Beku?

Kamu hanya perlu menggosok timun beku ke muka tidak lebih daripada 5 hingga 10 minit setiap kali.

“Pastikan bahawa kamu memberi perhatian yang teliti kepada bagaimana kulit kamu bertindak balas dan ambil perhatian cebaran perubahan kerana trik ini mungkin tidak berfungsi untuk semua orang.

“Jika kamu mengalami lebih banyak jerawat atau mengalami reaksi buruk, seperti kulit kering yang luar biasa atau sebarang tindak balas alahan, lebih baik hentikan trik ini.”

Ingat, kalau tak berkesan… hentikan segera!

The post Breakout Sebab Mask! Gadis TikTok Guna Timun Beku Setiap Hari, Lihat Kulit Dia Sekarang appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14502