
Tak ada orang yang tak sukakan jajan dan minuman ringan.
Betul tetapi kalau ambil terlalu banyak, kulit kamu boleh berubah menjadi kering dan kusam tanpa disedari.
Kalau tak mahu wajah menjadi kering dan terlalu kusam, apa kata kamu elak daripada makan jajan dan minuman ringan berikut;
Roti
Wanista percaya setiap orang suka makan roti, betul? Walaupun sedap dan mudah untuk dimakan ketika sibuk atau malas nak masak, roti boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan kusam.
Untuk pengetahuan kamu, roti diperbuat daripada tepung yang mengandungi gula dan karbohidrat yang tinggi.
Malah roti juga boleh meningkatkan insulin dan merosakkan kolagen. Bila kolagen rosak, mulalah kulit nampak kering dan berkedut.
Kopi
Menjadi minuman yang ‘wajib’ jugalah untuk setiap orang, kopi sebenarnya mengandungi kafein yang tinggi yang boleh merosakkan kulit kamu.
Ambil kafein terlalu banyak boleh menyebabkan badan mengeluarkan cecair dengan banyak, malah kamu juga boleh hadapi dehidrasi. Akibatnya kulit akan menjadi kering, kusam dan berkedut.
Kerepek & Makanan Bergoreng
Kerepek dan makanan bergoreng merupakan makanan yang mengandungi banyak garam.
Kandungan garam yang terlalu tinggi dalam jajan ini boleh menyebabkan kulit dehidrasi kerana terlalu banyak air yang diserap.
Makanan manis
Pengambilan gula-gula yang terlalu banyak boleh membuatkan badan menjadi dehidrasi. Bila terlalu banyak ambil makanan manis seperti gula-gula, kek, coklat dan sebagainya, kulit berpotensi untuk menjadi kering kerana kandungan gula yang berlebihan.
Pada masa yang sama, kolagen dalam kulit boleh rosak dan menyebabkan penuaan awal berlaku.
Air bergas
Air bergas memang sedap untuk diminum tetapi adakah kamu tahu kandungan kafein dan gulanya sangat tinggi?
Bila ambil terlalu banyak, ia akan melemahkan daya tahan kulit dan sel kulit mula kekurangan cecair. Kesannya susah untuk kulit kamu kekalkan kelembapan semula jadinya.
Kalau masih lagi ambil makanan dan minuman ini, slowly elakkan okay?
The post Bila Elak Ambil Jajan & Minuman Ini, Confirm Wajah Jadi Tak Kering & Kusam appeared first on Wanista.com.