Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14506

“Kena Hanyut Pun Tak Rosak”- Tupperware Jenama Kalis Banjir, Netizen Kongsi Isi Dalam Bekas Masih Elok!

$
0
0

Patutlah mak-mak sakan mengamuk dan naik angin bila bekas Tupperware mereka hilang, rupanya ada banyak kelebihannya yang ramai tak tahu.

Baru-baru ini tular di media sosial bila ramai orang berkongsi bekas Tupperware mereka tidak rosak akibat banjir.

Yang menariknya bila buka nak lihat isi di dalamnya, memang langsung tak rosak dan terjejas. Malah masih elok seperti sebelum banjir.

Netizen Kongsi Bukti Tupperware Jenama Kalis Banjir! 

Selain daripada kedap udara, bencana banjir yang dihadapi oleh mereka yang berada di Selangor dan Kuala Lumpur telah membuktikan jenama ini juga kedap air.

Dikongsi oleh Oh Malaysia Ku, beberapa netizen mengongsikan gambar terkini makanan mereka di dalam bekas Tupperware. Memang kekal elok dan tak rosak langsung!

Foto – Oh Malaysia Ku (FB)

“Orang JPAM yang tolong macam tak percaya”, kongsi pengguna Tupperware.

Foto – Oh Malaysia Ku (FB)
Foto – Oh Malaysia Ku (FB)

Malah keropok dan serbuk kunyit pun masih kekal elok seperti sebelum banjir berlaku di Kuala Lumpur dan Selangor.

Ada juga yang simpan dokumen penting dalam bekas Tupperware yang ada dan selamat daripada terkena air banjir.

Selepas diyakini tidak akan dimasuki air, memang ramailah yang akan beli bekas jenama Tupperware!

The post “Kena Hanyut Pun Tak Rosak”- Tupperware Jenama Kalis Banjir, Netizen Kongsi Isi Dalam Bekas Masih Elok! appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14506