
“Siapa di sini memilih kawan baik sendiri sebagai pasangan hidup?”
Nak tahu, kajian mengesahkan bahawa perkahwinan antara kawan baik banyak mendatangkan faedah. Anda mengenali satu sama lain dengan baik, hubungan anda cukup matang untuk anda bercakap secara terbuka tentang perasaan, dan tidak ada isu kepercayaan atau rasa tidak selamat.
Kenapa persahabatan menjadikan perkahwinan lebih bahagia, ini yang dapat dikupas menerusi kajian pakar.
Pendedahan Psychology Today, menjelaskan bahawa pasangan suami isteri berasaskan persahabatan berasa lebih dekat dengan pasangan mereka, mempunyai lebih banyak kepuasan perhubungan, merasakan kepentingan hubungan yang lebih dirasakan dan lebih menghormati antara satu sama lain.
Perkahwinan mereka lebih tahan lama
- Foto – Redaksi
Penyelidikan dari Monmouth University bertanya kepada pasangan yang telah berkahwin lebih 15 tahun ‘apakah kejayaan usia panjang hubungan mereka’? Jawapan paling biasa di kalangan peserta ialah pasangan mereka merupakan kawan baik mereka.
Mereka lebih bahagia sepanjang hidup mereka
Persahabatan yang mendalam bukan sahaja membolehkan anda memperoleh kegembiraan dan kebahagiaan. Malahan juga menggalakkan kesihatan emosi, fizikal dan psikologi serta umur panjang.
Pasangan kawan baik adalah pasangan yang lebih baik untuk satu sama lain
Sage Journals menunjukkan bahawa perhubungan berdasarkan persahabatan, keselesaan, perasaan sayang dan minat bersama adalah lebih memuaskan pasangan berbanding hubungan berdasarkan cinta semata.
- Foto – True Love
Pokok pangkalnya, anda percaya bahawa persahabatan menjadikan perkahwinan lebih bahagia?
The post Pasangan Yang Kahwin Dengan Kawan Baik Sendiri Lebih Bahagia, Menurut Kajian Pakar appeared first on Wanista.com.