Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14520

“Ish, Flight Delay Pula?!”- Tak Payah Tidur Di Lantai Atau Kaki Lima, Jom Check-In Di Capsule Transit KLIA2!

$
0
0

Penulis percaya bila lama sangat tunggu penerbangan yang ditangguhkan atau penerbangan pagi, ramai yang akan menghabiskan masanya di lapangan terbang.

Tambah-tambah lagi bila menunggu di waktu malam, ada yang akan tidur di kaki lima, kerusi-kerusi dan lantai di lapangan terbang. Memang tak selesa dan memenatkan.

Entri kali ini penulis nak kongsikan satu tempat yang kamu boleh habiskan masa di lapangan terbang dengan selesa sementara menunggu penerbangan seterusnya.

Check-In Di Capsule Transit KLIA, Lebih Selesa! 

Sementara nak naik penerbangan seterusnya, kamu boleh berehat dan menuggu di Capsule by Container Hotel di Transit KLIA2.

Foto – Booking
Foto – Booking

Hotel ini menawarkan kira-kira 120 bilik tidur kapsul pada mereka yang mahu check-in untuk 3 jam, 6 jam atau 12 jam pada harga yang berpatutan.

Selain daripada katil kapsul, harga yang dibayar akan termasuk untuk khidmat pelanggan 24/7, loker, bilik mandi, akses lounge, perpustakaan dan pertukaran buku, air minuman dan Wi-Fi.

Foto – Booking
Foto – Booking

Untuk menempah Capsule ini, kamu boleh memilih beberapa pilihan tempat tidur seperti:

  • Female Single Capsule (untuk seorang)
  • Mixed Single Capsule (untuk seorang)
Foto – Booking
  • Queen Capsule (untuk dua orang)
  • Private Capsule Suite (untuk tiga orang)
Foto – Booking

Info untuk kamu, Capsule by Container Hotel ini terletak di aras 1 pusat beli belah Gateway@KLIA2 iaitu pada aras yang sama dengan Hab Pengangkutan.

Yang menariknya Capsule ini juga terletak 8 minit berjalan kaki dari Balai Berlepas sahaja, jadi memang mudah untuk pengunjung menaiki penerbangan selepas berehat di Capsule Transit KLIA2.

Foto – Booking

Tempah Capsule Transit KLIA2 boleh dilakukan di Booking atau Agoda. Jika kamu lebih memilih untuk walk-in sahaja pun boleh juga. Selamat mencuba!

The post “Ish, Flight Delay Pula?!”- Tak Payah Tidur Di Lantai Atau Kaki Lima, Jom Check-In Di Capsule Transit KLIA2! appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14520