Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14523

6 Punca Ini Mungkin Penyebab Kenapa Payudara Makin Lama Makin Kendur

$
0
0

Hello! Tak semestinya bila payudara kendur tu sebab tak pakai bra okay.

Mitos semata-mata apabila ada yang mengatakan tak pakai bra boleh menyebabkan payudara menjadi kendur.

Sebenarnya ada banyak sebab kenapa payudara boleh menjadi kendur walaupun sudah pakai bra sepanjang hari. Nak tahu apakah penyebabnya, scroll sampai habis.

#1 Graviti 

Macam kelakar tetapi ianya betul! Graviti boleh menjadi salah satu punca kenapa payudara menjadi kendur. Payudara yang bersaiz besar akan mudah menjadi kendur berbanding saiz kecil.

Foto – Pinterest

Apabila payudara ‘ditarik’ ke bawah oleh graviti, lama kelamaan ia akan menjadi lebih longgar dan kendur.

#2 Genetik 

Jangan terkejut kenapa payudara kamu kendur jika ada ahli keluarga lain memilikinya.

Payudara kendur boleh terjadi disebabkan oleh keanjalan kulit, saiz payudara dan ketumpatan tisu yang memainkan peranan penting dalam mengubah rupa payudara dari semasa ke semasa.

#3 Merokok 

Sekiranya kamu gemar merokok, perbuatan ini boleh menjadi salah satu penyebab utama kenapa payudara kamu kendur.

Foto – Pinterest

Kandungan nikotin dalam rokok boleh menyebabkan elastin dalam badan menjadi rosak sehingga kulit menjadi ‘lemah’ dan mula membuatkan payudara kendur.

#4 Tempoh Kehamilan & Menyusu

Penting untuk kamu tahu semasa tempoh hamil, payudara kita akan membesar daripada kebiasaannya.

Foto – Pinterest

Ia terjadi kerana tisu payudara mula meregang dan ligamen menjadi longgar sehingga tidak dapat menampung berat payudara.

#5 Tiada ‘Sokongan’ Ketika Bersenam

Ketika kamu bersenam atau bersukan, adakah kamu memakai bra yang betul dan sesuai untuk menyokong payudara kamu?

Foto – Pinterest

Jika tidak bra yang salah boleh menyebabkan payudara melantun sehingga menyebabkan ligamen berubah. Kesannya ia akan menjadi longgar dan membuatkannya menjadi kendur.

#6 Hormon Berubah Ketika Menopaus 

Untuk info kamu, wanita menopaus kebiasaannya akan mempunyai payudara yang kendur.

Foto – Pinterest

Keadaan ini berlaku kerana adanya penurunan tahap estrogen dalam badan sehingga menyebabkan tisu payudara hilang keanjalannya.

Kalau ada yang mengatakan payudara kendur disebabkan oleh tak pakai bra, percayalah ia adalah mitos semata-mata.

The post 6 Punca Ini Mungkin Penyebab Kenapa Payudara Makin Lama Makin Kendur appeared first on Wanista.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14523