
Ramai yang mula mengeluh bila tiba hujung tahun. Mana tidaknya musim hujan berterusan dan kadar cuaca yang tidak menentukan menyebabkan ramai yang jadi lesu. Malah sebarang aktiviti riadah terpaksa dihadkan sebentar mengikut perubahan cuaca.
Bagi yang sentiasa kekal bergaya tentu terasa sedikit tersepit dengan pemilihan pakaian yang ada. Sudah tentu material atau fabrik kalis air jadi taruhan utama bukan? Namun adakalanya option tidak banyak terutamanya dalam jenama high fashion.
Kurang tepat sebenarnya…mari lihat idea-idea jenama mewah yang DIVA tayang sebagai idea koleksi simpanan fesyen musim hujan.
- Chanel Handbag Raincoat
Jadi kejutan ramai ketika dilancarkan! Baju hujan mewah untuk beg tangan, idea yang unik.

- Chanel AW22 Wellies
Antara boot getah yang baru dilancarkan Chanel. Minimalis, selesa dan sangatlah bersahaja.

- Balenciaga Opera Raincoat
Sebagai ‘penguasa’ high fashion street wear sudah tentulah Balenciaga ada baju hujan rekaan tersendiri. Gah dengan logo Balenciaga dibelakang jubah.

- Balenciaga Chunky Troopers Rainboot
Tiada apa yang mampu DIVA hujahkan lagi dengan rekaan but ini. Serius futuristik!

- Christian Dior Hooded Anorak
Antara raincoat paling glamor dan menjadi favorit influencer fashion.

- Burberry Oversized Rain Hat
Bosanlah kalau pakai topi yang biasa-biasa. Sementara Burberry kembalikan semula topi potongan klasik mereka ini, baik grab. Barulah stunning ketika hujan.

Tak sangka kan, ada sahaja fesyen mewah yang mencetuskan gaya musim hujan. Jadi bukan alasan lagi untuk tidak mengekalkan status fashionista anda. Ayuh!
The post Gaya High Fashion Musim Hujan, Baru Kekal Classy Dengan Baju Hujan Hingga… appeared first on Diva MY.