
Persoalan kesihatan dan kecantikan tubuh badan acap kali dilupakan. Lebih lagi pada bahagian yang sulit. Mungkin biasa kita bercerita tentang kesihatan vagina dan sebagainya. Tapi bagaimana pula dengan payudara terutamanya puting payudara. Yakni juga bahagian sensitif, sulit dan sensual bagi seorang wanita.
Malah, puting boleh memberitahu tentang kesihatan dalaman seperti hormon dan risiko kanser payudara. Jadi sebaiknya kenali puting payudara anda dan ambil berat tentang kesihatan mereka.
#1 Puting tumbuh bulu?
Usah khuatir jika ada beberapa helai bulu tumbuh sekitar areola puting anda. Ia sebenarnya normal atas beberapa sebab perubahan hormon. Namun jika ia tumbuh terlalu lebat sehingga anda rasa tidak selesa. Berkemungkinan anda mempunyai tanda menghidapi PCOS (Sindrom Ovari Polisistik). Nasihat DIVA dapatkan nasihat doktor dan lakukan pemeriksaan segera.

#2 Saiz puting boleh berubah-ubah
Uniknya tentang puting dan areola ia boleh berubah mengikut situasi pada diri anda. Atas punca akil baligh, kehamilan, haid, atau penyusuan. Kecil atau besar saiz puting bukan perkara untuk anda risaukan.

#3 Puting terbalik atau kedalam
Pasti ada yang memiliki bentuk puting yang tidak menonjol, ia masuk kedalam sebagai contoh. Ransangan untuk menaikkan puting boleh dilakukan dengan perubahan suhu yang sejuk. Para ibu masih boleh menyusukan bayi anda kerana puting tetap akan keluar dan kemungkinan ia akan tidak akan lagi terbalik.
#4 Sekitar puting ada bintik-bintik
Rasa tak cantik bila sekitar areola ada bintik-bintik seperti jerawat diwajah. Ia sebenarnya normal dan dipanggil sebagai kalenjar Montgomery. Namun anda kena semak adakah ia bintik atau benjolan. Jika terdapat benjolan kemungkinan ini boleh jadi ketulan kanser.

#5 Sakit pada puting boleh terjadi
Biasa kita dengar hanya para ibu sahaja mengalami sakit puting ketika menyusu. Terutamanya apabila teknik menyusu tidak tepat. Selain itu, puting juga boleh cedera akibat faktor lain seperti perubahan hormon ketika menstruasi, alahan kulit dan kesan pemakaian bra sukan.

Jangan malu untuk membincangkan tentang perkara sulit terutamanya bab-bab kesihatan. Ia boleh jadi seperti luka, jika lama disimpan akan lebih parah. Jumpa pakar, jika anda berasa sangsi dengan keadaan atau bentuk puting payudara.
Selamat beramal!
The post Fakta Tentang Puting Payudara Yang Sering Kita Lupa, Mari Semak Sama-Sama… appeared first on Diva MY.