Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14500

DIVA Nak Suggest Krim Retinol Bawah RM100, Khas Untuk Wajah & Bawah Mata

$
0
0

Retinol bukan satu bahan yang asing lagi dalam produk kecantikan. DIVA sudah banyak membincangkan tentang kelebihan dan cara penggunaan retinol. Ia formula yang menjadi pujaan ramai terutamanya mereka yang sudah melangkaui status remaja.

Garis halus, tanda kedutan awal dan hiperpigmentasi boleh dikurangkan dengan sapuan harian retinol. Ia hadir dalam bentuk cecair mahupun krim, malah ada yang sudah dicampurkan dalam produk seperti pelembab dan serum. Namun, ia tidak memberi kesan yang mendalam seperti produk retinol semata.

Nah, bagi anda yang masih tercari-cari produk retinol yang terbaik dan dengan bajet bawah RM100. DIVA boleh bantu!

Berikut beberapa pilihan krim retinol untuk wajah dan bawah mata yang anda boleh dapatkan secara atas talian.

  • Good Molecules Gentle Retinol Cream 30ml [RM55]

Krim retinol yang tular di media sosial! Krim bebas pewangi dan sangat lembut pada kulit wajah. Ia boleh disapu pada keseluruhan wajah dengan manfaat melambatkan penuaan kulit dan memberi kesan anjal yang berkala. Apa yang jadi favourite pengguna, krim ini menghidrat kulit dan tidak meninggalkan sebarang iritasi.

Foto – Shopee Malaysia
  • Mamonde Bakuchiol Retinol Cream 30ml [RM49.50]

Jika anda memiliki kulit sensitif, boleh pilih krim retinol yang mild seperti krim Mamonde ini. Ia mengandungi 95% retinol yang dapat membantu merangsang kulit dari masalah kendur dan menghaluskan pori-pori wajah. Bagi yang mengalami masalah kekeringan kulit juga disekitar kedutan juga boleh dirawat dengan sempurna.

Foto – Mamonde
  • The Inkey List Retinol 30ml [RM76]

Antara produk best-selling dalam rangkaian jenama The Inkey List! Formulasi bersama vitamin A berupaya mengaktifkan semula kolagen dari dalam dasar kulit. Sekaligus memberi kesan pada kulit yang akan kelihatan lebih muda, tona kulit sekata dan memperbaiki tekstur kulit yang bermasalah.

Foto – The INKEY List
  • SOMEBYMI Retinol Intense Advanced Triple Action Eye Cream 30ml [RM81.44]

Kombinasi retinol dan retinal menjadi dwi-fungsi hebat yang bukan sahaja membasmi kedutan, mencerah dan menegangkan kulit bawah mata. Ia juga boleh disapu pada keseluruhan wajah dan anda boleh target pada kawasan yang bermasalah seperti dahi, garis senyuman dan leher. Hanya sapu sedikit dan boleh dipakai setiap hari.

Foto – Glam Story
  • NRC Cosmetics Retinol Eye Cream Skin Science Solution 15ml [RM59]

Dari jenama tempatan, NRC Cosmetics beri dua pilihan krim mata retinol untuk siang dan malam. Krim mata retinol siang digabungkan SPF 30 bagi memberi perlindungan kulit. Kedua-dua krim ini bukan sahaja menghilangkan garis halus malam menaikkan seri mata dengan mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.

Foto – Lazada
  • Olay Eyes Pro-Retinol 15ml [RM79.90]

Jenama Olay sudah kita ketahui menyediakan pilihan produk penjagaan wajah untuk kulit matang. Namun, ramai yang tak tahu Olay mempunyai krim mata khas yang menjamin mengurangkan kedutan dan sembab bawah mata dalam masa 4 minggu. Siapa yang ada deep wrinkle wajib pakai.

Foto – Guardian

Selamat membeli-belah!

The post DIVA Nak Suggest Krim Retinol Bawah RM100, Khas Untuk Wajah & Bawah Mata appeared first on Diva MY.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14500