
Pernah tak kamu rasa macam kurang sesuatu bila tengah layan filem di tengah malam? Ye betul, kekurangan popcorn! Hmm… Tapi kalau nak mencari tengah malam, memang tak bolehlah sebab tiada kedai yang menjualnya.
Jangan risau okay, sebenarnya kamu boleh sediakan popcorn sendiri di rumah. Tak guna banyak bahan pun, hanya 5 bahan sahaja. Prosesnya memang cepat dan paling penting popcorn homemade kamu sedap seperti Garrett Popcorn!
Guna 5 Bahan Saja Untuk Popcorn Ala-Ala Garrett Popcorn!
Bahan-bahan:
- Bertih jagung – 1 cawan
- Minyak masak – 5 sudu besar
- Mentega – 125 gram
- Soda Bikarbonat – 1 sudu kecil
- Gula perang – 1 cawan
Cara penyediaan:
#1 Masukkan minyak dan gunakan api yang kecil. Bila minyak sudah panas, masukkan bertih jagung dan kacau sebelum tutup periuk.
#2 Tunggu bertih jagung ‘meletup’ kesemuanya. Bila bunyi ‘pop’ sudah habis, keluarkan bertih jagung dan ketepikan.
#3 Ambil kuali, masukkan gula perang dan kacau sehingga larut. Kemudian masukkan mentega dan kacau sehingga sebati.
#4 Masukkan soda bikarbonat dan kacau sehingga warna gula perang dan mentega berubah menjadi cerah. Kemudian, tutup api.
#5 Dalam mangkuk besar, masukkan bertih jagung dan tuang karamel di atasnya. Gaul sehingga karamel rata dan kena semua bahagian bertih jagung.
#6 Kemudian masukkan bertih jagung digaul tadi ke dalam loyang. Bakar pada suhu 150°C selama 30 minit.
(P/s: Sepanjang 30 minit, keluarkan setiap 5 minit dan gaul bertih jagung dalam loyang supaya tak jadi berketul)
Dan siap Garrett Popcorn kamu! Mudah sahaja, betul tak? Lepas ini buat sahaja sendiri, tak perlu beli di kedai lagi. Selamat mencuba!
The post Senang & Sedap! 5 Bahan Buat Popcorn Ala-Ala Garrett appeared first on Miss Murai.