Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14486

Ada Orang Tindik Kelamin Untuk ‘Kepuasan’, Ini Risiko Perlu Anda Fahami

$
0
0

“Dah buang tabiat ke tindik dekat bahagian kelamin?”

Tapi bagi sesetengah kelompok masyarakat, tindik sudah menjadi sebuah budaya atau gaya hidup yang menggambarkan identiti seseorang. Mungkin tindik di bahagian telinga, hidung malah lidah sudah biasa kita dengar, namun bagaimana dengan tindik vagina atau penis?

Kenapa agaknya mereka memilih tindik di bahagian sulit? Tapi yang pasti proses penjagaan lebih terperinci dan penuh berhati-hati.

Dipetik dari Webmd, salah satu sebab utama ada wanita menindik bahagian sulitnya adalah kerana peningkatan seksual. Sesetengah wanita yang telah ditindik ‘di bawah sana’ berkata ia membantu mereka mencapai orgasme pertama mereka. Ada juga berkata tindikan ini membuatkan mereka berasa mencabar, mengujakan dan nakal.

Foto – Cosmopolitan

Pada wanita, bahagian kemaluan yang boleh ditindik ialah klitoris, selubung klitoris, bibir vagina bahagian dalam, atau bibir vagina bahagian luar.

Langkah-Langkah Yang Akan Profesional Lakukan Bila Tindik Kelamin

  • Sebelum tindik, organ seks anda yang dicukur akan dibersihkan dengan disinfektan khas untuk mengelakkan jangkitan.
  • Kemudian bahagian yang hendak dicucuk akan dilubangkan dengan jarum steril khas.
  • Selepas itu, melalui lubang, barang kemas yang anda pilih akan disemat dan ditutup.
  • Kawasan yang bertindik kemudiannya akan dibersihkan semula.

Berapa lama masa yang diambil untuk menyembuhkan tindik kelamin? Luka akibat tindik biasanya akan sembuh sepenuhnya selepas 1-2 bulan. Tindik di kawasan yang lebih sensitif, seperti bibir vagina dalaman mungkin mengambil masa yang lebih lama, sehingga empat bulan.

Risiko Kesihatan Tindik Kelamin Kena Tahu

  • Jangkitan bakteria

Apabila mana-mana bahagian badan anda tercedera, secara sengaja atau tidak sengaja, anda berisiko mendapat jangkitan kuman.

Gejalan jangkitan bakteria termasuk bengkak, kemerahan, demam dan pedih atau sakit, terutamanya semasa membuang air kecil.

  • Penularan penyakit

Jika anda tidak berhati-hati, alat yang digunakan mungkin tidak steril sepenuhnya dan baru. Ini boleh mendatangkan risiko penularan virus seperti HIV, hepatitis, tetanus, virus yang menyebabkan penyakit kelamin.

Foto – Elle
  • Pendarahan

Anda mungkin menjalani pendarahan ringan selepas tindik selama beberapa minggu selepas itu, terutamnya jika tindik anda bergesel dengan pakaian atau tempat duduk.

Walau bagaimanapun, pendarahan harus berhenti dengan sendirinya apabila luka telah sembuh. Jika pendarahan serius berlaku, dapatkan rawatan kecemasan dengan segera.

  • Alahan dan kerengsaan

Organ intim adalah kawasan yang sangat sensitif. Jadi, anda mungkin mengalami kerengsaan atau alahan kepada barang kemas atau alat yang digunakan untuk menindik.

Gejala alahan dan kerengsaan termasuk ruam, kemerahan, gatal, demam dan cecair jernih keluar daripada tindik.

Berikut Langkah Berjaga-Jaga Untuk Mengurangkan Risiko

  • Pilih barang kemas keluli tahan karat, niobium atau titanium untuk mengelakkan jangkitan atau tindak balas alahan.
  • Selepas anda ditindik, ikut semua arahan untuk memastikan kawasan itu bersih. Basuh kawasan itu dengan kerap dengan larutan garam yang dicairkan, sabun antibakteria dan air. Jangan gunakan alkohol, hidrogen peroksida, betadine, atau oitment.
  • Pakai pakaian yang longgar untuk mengelakkn terlalu banyak geseran di kawasan yang bertindik.
  • Jangan melakukan hubungan seks seksrang-kurangnya dua minggu selepas ditindik. Apabila anda melakukan hubungan seks, bersihkan kawasan yang dicucuk dengan larutan garam atau air bersih selepas itu.
  • Adalah perkara biasa untuk mengalami sedikit lelehan selepas anda tindik. Tetapi jika lelehan itu berwarna aneh (hijau) atau berbau busuk, anda mungkin dijangkiti.
Foto – iStock

Adalah perkara biasa untuk mengalami sedikit lelehan selepas anda mengalami tindikan. Tetapi jika lelehan itu berwarna luar biasa (hijau) atau berbau busuk, anda mungkin dijangkiti. Jumpa doktor jika anda memerlukan antibiotik untuk membantu jangkitan sembuh dengan lebih cepat.

The post Ada Orang Tindik Kelamin Untuk ‘Kepuasan’, Ini Risiko Perlu Anda Fahami appeared first on Miss Murai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14486