Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14486

Viral! Wanita Kongsi Rahsia, Kaki Tak Sakit Walaupun Pakai Heels Seharian

$
0
0

Sumpah turn off sangat bila pakai heels, terus sakit kaki walaupun pakai tidak sampai setengah jam. Sebab itulah ramai yang memilih untuk pakai flat, sneakers dan juga sport shoes.

Tapi kalau kamu nak juga pakai heels, mari Wanista kongsikan satu rahsia untuk elakkan kaki kamu daripada sakit. Jom scroll di bawah.

Hanya Perlu 1 Langkah Sahaja!

Seorang pendandan rambut yang dikenali sebagai Christy berkata dia telah lama menggunakan trik ini untuk menghilangkan rasa sakit pada bahagian kakinya lebih daripada 6 jam apabila memakai heels.

https://www.tiktok.com/@christyclips/video/7000172526814891269

Menerusi perkongsian videonya, dia hanya memerlukan satu langkah sahaja iaitu menyembur Aspercreme Pain Relieveing Creme with Lidocaine pada bahagian kakinya. Ujarnya fungsi alat ini adalah untuk menyekat saraf daripada menghantar isyarat sakit pada otak.

Ramai Yang Suka Dengan Trik Ini

Melihatkan semburan ini berkesan, rata-rata pengguna di TikTok berasa terkejut dan menyukai akan trik ini. Malah ada yang mahu terus mencubanya.

Foto – @christyclips (TikTok)

Tetapi ada juga segelintir pengguna tidak berapa menyukainya dan bimbang akan merosakkan saraf di bahagian kaki.

Foto – @christyclips (TikTok)

Tak Bahaya Ke Guna Lidocaine?

Dipetik daripada Poison.org, lidocaine topikal adalah selamat. Tetapi jika digunakan secara berlebihan atau tidak seperti yang disyorkan, lidocaine boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan yang serius dan juga kematian.

Foto – @christyclips (TikTok)

Penggunaan lidocaine juga boleh menyebabkan rasa kebas pada mulut dan tekak sehingga menyebabkan masalah untuk menelan serta tercekik. Selain itu jika badan diliputi dengan sejumlah besar penggunaan lidocaine, ianya boleh menyebabkan penyerapan ke dalam aliran darah untuk mempengaruhi beberapa organ penting terutamanya otak dan jantung.

Foto – Pinterest

Pada masa yang sama, penggunaan lidocaine juga dapat menganggu kemampuan zat besi dalam sel darah merah yang dikenali sebagai methemoglobinemia. Kesannya ia boleh mengancam nyawa.

Apa-apa pun sebelum menggunakan lidocaine ini, lebih baik kamu dapatkan khidmat nasihat daripada profesional okay? Selamat beramal!

The post Viral! Wanita Kongsi Rahsia, Kaki Tak Sakit Walaupun Pakai Heels Seharian appeared first on Miss Murai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14486