
Jika kamu peminat k-drama dari zaman tok kaduk lagi, mesti pernah melihat Son Ye Jin beraksi dalam drama Summer Scent, sebuah drama tragis bersama Song Seung Heon, tahun 2003 dahulu.
Percaya tak kalau DIVA beritahu Son Ye Jin sekarang 40-an. Tak mungkin… sebab dia nampak flawless dan awet muda di samping ‘glass skin’ yang lembap dan bersih sepanjang hari. Sedap mata kita memandang.
Apa rahsia dia? Kata Son Ye Jin, dia tak percaya dengan trend k-beauty yang menggunakan lebih 8 langkah untuk menjaga muka.
DIY Topeng Muka Timun
- Foto – Pinterest
Son Ye Jin mendedahkan bahawa dia membesar melihat ibunya amalkan topeng muka daripada timun yang dibuat sendiri. Topeng muka timun bagus untuk menenangkan serta melembapkan kulit muka, dan mengurangkan lingkaran gelap bawah mata dengan menyejukkan timun yang dihiris dan meletakkannya di atas mata.
Tidak Percaya Pada Rutin Penjagaan Kulit 10 Langkah
Dia merasakan ia sangat mustahil dan merepek, dan lebih suka rutin penjagaan kulit yang tidak merumitkan.
- Foto – Modavracha
“Saya rasa ia bergantung kepada jenis kulit seseorang… tetapi dalam kes saya, saya lebih suka sesuatu yang mudah, hanya dua hingga tiga langkah cukup,” jelasnya.
Gilakan Topeng Muka
Orang Korea dan topeng muka memang tak boleh dipisahkan, dan Son Ye Jin tidak terkecuali. Kata Ye Jin, dia memakai topeng muka hampir setiap hari, terutamanya sebelum shooting untuk memastikan kulitnya berada pada keadaan terbaik.
- Foto – The Seattle Times
“Topeng muka adalah salah satu item yang harus dibawa setiap kali ke luar negara. Saya mempunyai kulit berminyak, jadi memakai terlalu banyak produk tidak baik untuk kulit, oleh itu saya hanya guna produk jenis hydrating sahaja,” katanya.
Tapi untuk anda yang miliki kulit sensitif, tidak disarankan guna topeng muka setiap hari. Dikhuatiri memberi reaksi kepada kulit. Sebaiknya rujuk dengan pakar untuk mendapatkan kepastian.
Sangat Teliti Tentang Cleansing
Kita semua cenderung menjadi malas untuk membuang mekap selepas seharian tapi tidak pada Ye Jin. Dia nempunyai kulit berminyak, jadi dia sangat berdisiplin apabila membersihkan wajahnya.
“Saya pernah mendengar bahawa tidak baik untuk mencuci wajah dengan pembersih pada waktu pagi, jadi saya akan membilas dengan air saja. Tetapi saya menyedari bahawa kulit saya berminyak, jadi saya perlu membersihkan setiap pagi sebaiknya.
- Foto – Pinterest
“Walaupun adakala jadual saya berakhir sehingga lewat malam, saya tetap akan membersihkan wajah,” kata Ye Jin lagi.
Minum Air & Makan Buah
Setiap orang perlu minum banyak air, lebih kurang dua hingga tiga liter air setiap hari. Anda juga perlu tidur secukupnya, walaupun tidak mudah sama dengan kekangan masa dan kesibukan dunia.
“Saya biasanya memiliki jadual yang padat dan kurang tidur ketika shooting, jadi saya berusaha minum banyak air dan makan banyak buah,” katanya.
- Giphy
Agaknya kalau amalkan rutin Son Ye Jin, confirm kulit muda remaja lepas ini.
The post Macam Ini Cara Son Ye Jin Jaga Muka, Sebab Itu Awet Muda appeared first on Miss Murai.