Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14487

Cuaca Panas Lit-Lit, 8 Tips Jaga Muka Kamu Kena Tahu

$
0
0

Memang Malaysia tidak melalui empat musim, tetapi itu tidak bermaksud anda menjadi leka dan tidak mengambil berat akan perihal perjagaan diri, anda membiarkan diri terdedah kepada panas mentari dan bahang setiap hari.

Ingat di mana sahaja yang terdedah dengan sinaran UV boleh mengakibatkan kulit kering, proses penuaan yang cepat, sunburn dan banyak lagi kesannya terhadap kulit kita.

Jadi, penting untuk tahu tips penjagaan diri yang betul, lagi-lagi ketika cuaca panas lit-lit.

1. Guna pelembap bibir yang mempunyai SPF sebagai pelindung bibir anda dari kering, menipis dan sun spots kerana kulit luaran bibir kita sangatlah sensitif dengan sinaran UV.

2. Sebelum anda melakukan aktiviti riadah seperti berenang, sikat rambut anda dengan pelindung cahaya matahari untuk melindungi rambut anda dari klorin dan air laut daripada merosakkan rona rambut dan sekaligus membuatkan rambut anda kering.

Foto – Live About

3. Sapu tisu basah anti-bakteria di bahagian dahi anda setelah memakai topi atau skarf kepala untuk mengelakkan jerawat timbul kerana peluh yang melekat pada kulit dahi mudah mengakibatkan jerawat timbul. Tisu basah antibakteria sangat berguna untuk menjaga kesihatan dan kebersihan kulit dari bakteria punca penyakit dan jerawat.

4. Untuk lebih pelindungan kulit anda secara menyeluruh, gunakan krim tabir suria dengan SPF yang tinggi agar kulit anda terlindung dari cahaya matahari sepanjang masa berada di luar rumah.

5. Menurut pakar penjagaan rambut, elak dari menggunakan getah rambut yang mempunyai gelung metal lebih-lebih lagi ketika berenang kerana ia boleh mengakibatkan rambut terbelah dua di bahagian hujung rambut.

Foto – Explore

6. Gosok tumit kaki anda dengan batu pumice pengelupas agar sel kulit mati dibahagian keras tapak kaki supaya ia tampak bersih dan mengekalkan kelembutannya.

7. Pakai kaca mata gelap dengan pelindung sinar UV agar mata dilindungi daripada silauan cahaya matahari terik di kala musim panas ini.

8. Banyakkan meminum air sepanjang hari kerana air melembapkan kulit kita. Kekurangan air dalam tubuh badan mengakibatkan kulit tampak kering kusam dek selaran sinaran UV ini.

Selamat beramal!

The post Cuaca Panas Lit-Lit, 8 Tips Jaga Muka Kamu Kena Tahu appeared first on Miss Murai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14487