Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14551

Telefon Pintar Avvio L660S Oleh Brightstar, Mewah & Berpatutan

$
0
0

Syarikat pengedar servis wayarles antarabangsa terbesar Brightstar mengambil langkah bijak dengan memperkenalkan telefon pintar baharu yang digelar Avvio L660S. Pengenalan ini bertujuan untuk untuk memberi peluang orang ramai untuk memilki telefon pintar yang serba canggih tanpa perlu melaburkan kos yang tinggi.

Andy Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Brightstar Malaysia berkata, “Kami berasa bangga untuk menguar-uarkan berita keluaran Avvio L660S ini kepada umum. Ia bukan sekadar telefon pintar biasa, bahkan dilengkapi dengan fungsi yang pelbagai bagi memyumbang kecekapan kepada para pengguna. Ia turut ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan”.

Foto -Arkib Wanista
Foto -Arkib Wanista

“Bukan itu sahaja, Avvio L660S turut menawarkan ciri-ciri sebuah telefon pintar versatile untuk memberi kepuasan berganda kepada si pemilik”, tambahnya.

Selain mempunyai reka bentuk ergonomik selesa untuk cengkaman tangan manusia, ianya memiliki perincian badan yang nipis serta ringan. Avvio L660S ini sememangnya direka untuk memudahkan penggunaan peranti moden yang terdapat dalam dua pilihan rona menyerlah iaitu Kelabu Besi dan Emas Mewah.

Pandangan hadapan Avvio L660S. Foto -Arkib Wanista
Pandangan hadapan Avvio L660S. Foto -Arkib Wanista

Perisian dan ciri-ciri yang ditawarkan oleh telefon pintar alaf baru ini menggabungkan teknologi mesra pengguna termasuklah kamera hadapan 5 megapiksel supaya senang untuk anda berselfie manakala kamera belakang 13 megapiksel pula membolehkan anda merakan gambar latar dengan mudah walau di mana jua.

Skrin HD yang dilitupi dengan gelas kukuh milik Avvio L660S secara tidak langsung akan memberi warna paparan yang lebih jelas dan terang, sementara disokong pemproses 64-bit Quad-core 1.0GHzMediatek untuk manfaat para pengguna, termasuklah built-in memori sebesar 8GB dan mampu menempatkan SIM berkembar yang disokong oleh teknologi pengurusan 4G LTE.

Avvio L660S dalam warna Kelabu. Foto -Arkib Wanista
Pandangan belakang Avvio L660S dalam warna Kelabu. Foto -Arkib Wanista

Apa yang lebih menarik, bateri telefon pintar keluaran Brightstar ini bisa bertahan sehingga 2 hari.

Sebaik sahaja anda membeli Avvio L660S, secara automatik anda layak menerima servis perlindungan selama 18 bulan termasuk jaminan waranti di Malaysia serta pertukaran 1-1 dalam tempoh 24 jam di mana-mana cawangan pusat pertukaran dan bantuan Avvio. Sebarang pertukaran adalah tertakluk kepada kerosakkan pengilangan.

Harga yang ditawarkan adalah RM479 seunit. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.brightstarcorp.com.my


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14551