Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14551

‘LINE Creators Market’, Anda Boleh Cipta & Jual Tema Line Sendiri

$
0
0

Pernah dengar tentang ‘LINE Creators Market’?

Menariknya, LINE Corporation telah mengumumkan penambahan tema dalam “LINE Creators Market”, yang membolehkan pencipta mereka dan menjual tema LINE mereka sendiri, dijadualkan pada penghujung April 2016.

Foto - www.oneskyapp.com
Foto – www.oneskyapp.com

LINE Creators Market membolehkan ramai artis di seluruh dunia, termasuk Malaysia, berkongsi hasil kerja mereka dengan orang ramai. Pengembangan ini yang membenarkan para pencipta mencipta tema mereka sendiri merupakan satu ciri tambahan yang membolehkan mereka menzahirkan kreativiti masing-masing. LINE sangat teruja dalam menyediakan platform ini yang bukan sahaja memberi manfaat kepada pencipta, malah meningkatkan pengalaman pengguna ke satu tahap yang baharu, terutamanya kepada rakyat Malaysia,” jelas Pengurus Perhubungan Awam LINE Malaysia, Patricia Yeoh.

Adanya tema pencipta, sesiapa sahaja yang mempunyai akaun LINE, sama ada individu ataupun syarikat, boleh mencipta tema LINE, yang mana selepas lulus proses semakan, boleh dijual kepada pengguna LINE di seluruh dunia melalui kedai aplikasi tema LINE dan LINE STORE (https://store.line.me/).

Foto - www.marketing-interactive.com
Foto – www.marketing-interactive.com

Harga tema boleh ditetapkan oleh pencipta sama ada pada kadar 150 LINE Coins (kira-kira RM12.24, 200 LINE Coins (kira-kira RM16.33), atau 250 LINE Coins (kira-kira RM20.42). Selepas ditolak (30%) yuran pengendalian untuk App Store dan Google Play, 50% daripada jumlah baki (35% daripada jumlah jualan) akan dibayar kepada pencipta.

LINE Creators Market merupakan sebuah platform yang membolehkan pengguna menjual stickers LINE yang dihasilkan oleh mereka sendiri. Penjualan stickers pencipta yang diluluskan telah bermula sejak Mei 2014. Ia berjaya menarik peserta dari seluruh dunia dan pada hari ini jumlah pencipta yang berdaftar telah berkembang kepada 520,000 pengguna, dimana mereka telah menghasilkan lebih 230,000 set stickers. Malah terdapat banyak contoh dimana watak-watak yang berasal daripada stickers kini dijadikan barangan jualan atau dipaparkan dalam pelbagai bentuk perniagaan berkaitan, mengembangkan skop mereka melangkaui penggunaan asal sticker berkenaan.

Untuk info lanjut, anda boleh semak :

PC : http://line.naver.jp/en/

Mobile : http://line.naver.jp/app/en/

Untuk Rakan Kongsi LINE : http://line.naver.jp/partner/pc/index/en

Laman Facebook LINE Malaysia : http://www.facebook.com/line.malaysia

Blog Rasmi LINE : http://en.lineblog.naver.jp/

YouTube Rasmi LINE : www.youtube.com/lineappglobal


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14551