Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14515

5 Tips Terbaik Bagaimana Nak Buang Tatu Kekal Pada Tubuh

$
0
0

Menyesal cacah tatu pada badan, tengok saja boleh bikin kepala berserabut dibuatnya tak ada cara ke yang boleh hilangkan tatu ini?

Pastinya ada dikalangan kamu yang ingin menghilangkan tatu yang terdapat pada tubuh masing-masing, jangan risau kerana terdapat beberapa cara yang boleh kamu guna pakai bagi menghilangkan tatu pada badan.

Rawatan Laser

Foto – Arkib Wanista

Bagi yang inginkan cara pembuangan tatu yang agak pantas, maka rawatan laser adalah kaedah yang boleh kamu pilih untuk hilangkan tatu.

Dengan rawatan laser ini, ia dapat menghilangkan tatu pada tubuh kamu. Tetapi berapa kali rawatan laser yang harus kamu lakukan untuk menghilangkan tatu secara habis, ianya bergantung pada banyak mana dakwat atau warna tatu yang terdapat dalam kulit kamu.

Pembedahan Plastik

Foto – Dr. Ashwini Dash

Pembedahan plastik juga sangat popular bagi menghilangkan menghilangkan tatu, doktor akan membuang kulit yang mengandungi tatu dan mengambil kulit di bahagian tubuh yang lain bagi menggantikan kulit yang dibuang tadi.

Cara ini juga banyak digunakan orang ramai dan sehingga kini kaedah ini merupakan salah satu cara yang masih popular bagi menghilangkan tatu.

Rawatan Dermabrasion

Foto – Healthline

Rawatan yang satu ini pula menggunakan alat bagi menggores permukaan kulit, sehingga kena pada bahagian kulit yang mempunyai warna tatu dan menghakis dakwat tatu tersebut.

Pembedahan Cyro

Foto – Arkib Wanista

Pembedahan cyro ini juga boleh digunakan bagi membuang tatu pada tubuh badan, kaedah ini agak menyakitkan dan selepas pembedahan luka pembedahan perlu dijaga dengan rapi.

Krim Hilangkan Tatu

Foto – Arkib Wanista

Satu lagi cara untuk menghilangkan tatu adalah dengan menggunakan krim untuk menghilangkan tatu, segelintir individu yang menggunakan krim hilangkan tatu menyatakan ianya dikatakan berkesan d

Bagi yang ingin menghilangkan tatu, mungkin cara yang dinyatakan di atas sedikit sebanyak dapat membantu kamu untuk menghilangkan cacahan tatu yang ada pada tubuh.

Semoga berjaya menghilangkan tatu♥

Rujukan: 1, 2, 3,

The post 5 Tips Terbaik Bagaimana Nak Buang Tatu Kekal Pada Tubuh appeared first on Miss Murai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14515