
“Penat juga kalau mahu sental ‘bontot’ kuali yang berkerak.”
Nightmare sangat untuk para wanita yang sering menghadapi situasi periuk atau kuali yang berkerak. Mahu gosok tanggalkan kerak itu sahaja pun sudah mengambil masa yang lama.
Boleh membuatkan hilang sabar setelah ‘tonyoh’ untuk beberapa jam tetapi masih sama dan tidak hilang keraknya.
Tetapi kamu jangan risau, hanya guna bahan ini sahaja pasti kamu sangat berpuas hati melihat periuk kembali bersih seperti baru beli di kedai!
Asam Keping
Bahan-bahan:
- Periuk besar
- Asam keping – 8 keping
- Sabun
- Berus
Cara-caranya:
- Ambil satu periuk besar dan rebus 8 asam keping di dalamnya untuk mudah kamu rendam kuali yang berkerak.
- Tunggu sehingga air asam keping mendidih.
- Setelah mendidih, ambil periuk berkerak dan rendam ke dalam periuk besar selama 4 minit sehingga 5 minit.
- Kemudian, keluarkan dan sejukkan sekejap.
- Sental periuk berkerak menggunakan sabun dan berus dawai sehingga hilang.
(Tips: Ketika menyental, kurangkan penggunaan air untuk memudahkan proses penyentalan.)
Sabun Cap Buruh / Sabun Mandi
Bahan-bahan:
- Sabun Cap Buruh atau sabun mandi – 1 ketul
- Berus dawai
Cara-caranya:
- Ambil periuk berkerak dan basahkan dengan air.
- Kemudian, ambil seketul sabun dan sapu di seluruh permukaan.
- Gosok dan sental sehingga kerak hilang.
- Basuh dengan air dan siap.
Kulit Nanas
Bahan-bahan:
- Kulit nanas
- Senduk
- Berus
Cara-caranya:
- Ambil kulit nanas, masukkan dalam periuk yang berkerak dan rebus sehingga mendidih.
- Semasa mendidih, ambil senduk dan ‘tonyoh’ pada bahagian berkerak.
- Tutup api dan buang air mendidih tersebut dan jangan buang kulit nanas tadi.
- Ambil kulit nanas dan sental sekejap di bahagian berkerak.
- Kemudian ambil berus dan sabun, sental sehingga hilang.
Baking Soda
Bahan-bahan:
- Baking soda – 2 sudu besar
- Besen besar
- Berus sental
- Sabun
Cara-caranya:
- Ambil dua sudu besar baking soda dan bancuh menggunakan air dalam besen besar.
- Larutkan baking soda tersebut.
- Ambil periuk yang berkerak dan rendam selama 2 jam sehingga 3 jam untuk buatkan kerak tersebut menjadi lembut.
- Kemudian, angkat dan sental menggunakan air, sabun dan berus sehingga bersih.
Cuka & Baking Soda
Bahan-bahan:
- Cuka makan – 1 cawan
- Baking soda – 2 sudu besar
- Berus kasar
Cara-caranya:
- Menggunakan periuk yang berkerak, didihkan air di dalamnya dan masukkan secawan cuka.
- Kemudian tunggu sehingga mendidih dan lihat kerak menjadi lembut.
- Apabila kerak menjadi lembut, masukkan baking soda sebanyak 2 sudu besar dan larutkannya.
- Tunggu sehingga air didihan menjadi sejuk dan sental menggunakan berus kasar sehingga bersih.
Garam & Limau Nipis
Bahan-bahan:
- Garam
- Limau nipis
- Berus
- Mangkuk
Cara-caranya:
- Dalam satu mangkuk, letakkan garam dan air perahan limau nipis dan gaul sehingga menjadi pekat.
- Pada permukaan periuk yang berkerak, sapu adunan (1) pada keseluruhan permukaan berkerak tersebut.
- Biarkan selama 2 jam.
- Selepas itu, letak air sedikit demi sedikit pada permukaan tadi dan sental menggunakan berus sehingga bersih.
(Tips: Kuantiti garam dan limau nipis bergantung kepada saiz periuk dan ketebalan kerak.)
Minuman Berkarbonat
Bahan-bahan:
- Air berkarbonat – 1 botol
- Sabun
- Berus sental
- Senduk kayu / sudu
Cara-caranya:
- Ambil periuk yang berkerak dan rendam ke dalam air berkarbonat selama 2 jam.
- Sambil menunggu, lihat kerak menjadi lembut dan cungkil menggunakan senduk kayu atau sudu.
- Buang air rendaman tersebut dan letak sedikit sabun dan sental menggunakan berus sental sehingga hilang dan bersih.
Garam Kasar & Minyak Masak
Bahan-bahan:
- Garam kasar – 1 genggam
- Minyak masak
- Berus sental
- Kain
Cara-caranya:
- Ketika periuk masih lagi panas, rendam terus ke dalam air.
- Basuh dan sental untuk tanggalkan kerak tersebut.
- Jika ada lagi kerak, ambil segenggam garam kasar dan ratakannya pada keseluruhan permukaan kuali.
- Kemudian, sental menggunakan berus sehingga tertanggal.
- Bersihkan kuali tersebut dan lap menggunakan kain sehingga kering.
- Setelah kering, panaskan kuali tersebut di atas api dan padamkan selepas ia menjadi panas.
- Sapu minyak pada keseluruhan periuk tersebut menggunakan berus dan sental sehingga ia hilang.
Rasa gembira sangat kalau gunakan bahan-bahan ini dan terus hilang kerak pada kuali! Buat kamu yang belum mencuba, jangan lupa untuk cuba dan kongsi hasilnya bersama Wanista!
Selamat mencuba!
The post Guna Bahan Ini Sahaja, Periuk Berkilat Seperti Baru Beli appeared first on Miss Murai.