
Badan saya cergas ke tidak ya?
Mungkin timbul persoalan tentang tahap kecergasan diri kamu. Bentuk fizikal kamu kelihatan cantik, langsing atau tegap akan tetapi bagaimana pula dengan tenaga badan kamu. Sebenarnya masih ramai yang salah anggap dengan menilai kecergasan dan kesihatan diri dengan fizikal luaran sahaja. Ada yang kelihatan kurus tetapi mempunyai kadar kolesterol yang tinggi dan ada pula rupanya kekurangan berat badan (underweight), sekaligus tubuh kurang nutrisi.

Isu yang paling dilupakan dalam menjaga kesihatan ialah kecergasan tubuh badan. Kamu harus sedar, kecergasan amat penting kerana ia diperlukan dalam kegiatan aktiviti setiap hari. Malah, tahap kecergasan juga mendorong untuk kita semua mendapat gaya hidup yang produktif. Kalau asyik cepat letih, mengantuk dan tidur kita akan menjadi orang yang ketinggalan dalam kehidupan. Mari periksa kecergasan dengan cara yang mudah ini;
Periksa tekanan darah / denyutan nadi
Lakukan pemeriksaan tekanan darah selepas bangun tidur. Ini kerana kadar denyutan jantung berada tahap yang paling rendah semasa tidur. Elakkan ketika selepas bersenam atau mengambil kafein. Bacaan tekanan darah yang normal adalah < 120/80 mmHg. Angka 120 menunjukkan tahap tekanan jantung ketika mengepam darah, sementara 80 pula menunjukkan angka ketika jantung berehat sejenak ketika proses mengepam darah.

Cepat penat tak bila…
Memanjat tangga, membawa barangan berat atau berdiri/berjalan lebih lama akan membuatkan kamu keletihan mendadak. Ini menandakan kamu tidak mempunyai tahap kecergasan yang baik, kerana kamu tidak mampu pulih dari aktiviti ini secara berkala. Bayangkan rutin seharian begini pun kamu dah letih, bagaimana nak lakukan senaman atau aktiviti lebih lasak?

Cuba lakukan aktiviti ini
Jika kamu boleh lakukan tekan tubi dengan baik, ini bermakna bahagian atas tubuh kamu mempunyai teras yang kuat dan stabil. Jika kamu mampu 25 tekan tubi selama seminit itu menunjukkan kamu ada tahap kecergasan yang bagus. Selain itu, lakukan aktiviti fleksibiliti seperti regangan badan, yoga atau pilates supaya dapat melihat tahap keseimbangan fizikal. Ianya antara faktor penting untuk kesihatan dan kecergasan secara menyeluruh. Bagi memberi gambaran yang paling mudah untuk memeriksa ketahanan kardiovaskular pula. Miss Murai cadangkan kamu lakukan brisk walk atau berjalan pantas selama 1 kilometer.

Sudah tahu bukan? Jika senarai diatas ada yang sentiasa buat kamu penat dan tak larat. Saranan Miss Murai kembali mula dengan aktiviti senaman dan jangan biarkan otot serta jantung kamu menjadi malas. Selamat berjuang!
The post Saya Sebenarnya Cergas Atau Tidak? Boleh Periksa Dengan… appeared first on Miss Murai.