
Perkara yang menggerunkan bila ingin buat waxing ialah rasa sakit. Memang tidak dinafikan lagi rasa sakit ketika hardwax ditarik dari kulit memang membuat kita rasa tersentak.
Buat anda yang sudah biasa mendapatkan servis wax mungkin sudah menjadi lali tapi bagi anda yang baru teringin, jangan risau. Sebenarnya ada cara untuk mengurangkan rasa sakit bila wax. Tak kisah lah untuk wax dibahagian bulu kaki, ketiak atau kemaluan. Anda boleh terapkan tips ini untuk kurangkan rasa sakit.

#1 Skrub tempat yang anda ingin lakukan wax. Tips ini untuk membersihkan dari kulit mati dan pori pori supaya rambut-rambut halus mudah ditarik. Skrub selepas wax juga penting untuk melambatkan pertumbuhan baru bulu.
#2 Ambil ubat tahan sakit setengah jam sebelum servis wax.

#3 Jangan minum kopi atau kafein. Elakkan mengambil sebarang minuman kafein beberapa jam sebelum wax kerana ia mampu meransang deria. Gantikan dengan minum air kosong untuk hidrasi dan kulit lebih lembut.
#4 Beri tumpuan kepada perkara lain ketika wax sedang dijalankan. Ganggu fikiran ‘sakit’ anda dengan fokus lain seperti membaca majalah atau layari media sosial.

#5 Wax ketika bulu panjang, jangan lakukan ketika bulu lagi masih pendek kerana ianya hanya sia-sia. Bulu yang panjang lebih mudah ditarik dan kurang sakit.
#6 Jangan stress! Memang sukar untuk rasa bertenang tapi percayalah jika anda lebih rileks, rasa sakit pun kurang.

#7 Tempah slot wax pada waktu petang kerana ketika itu suhu tubuh lebih tinggi dan otot sedikit kendur. Jadi waktu terbaik untuk lakukan wax pada jam 4 petang dan keatas.
#8 Elakkan lakukan wax seminggu sebelum tiba haid atau satu/dua minggu selepas haid. Kulit lebih sensitif dan deria sakit mudah terangsang.

#9 Jika anda kerap lakukan lambat laun anda sudah lali dengan rasa sakit tersebut. Malah bulu anda juga lambat tumbuh dan bulu lebih halus.
Nak wax? Takut sakit? Amalkan tips di atas tau.
The post Ini 9 Cara Nak Kurangkan Rasa Sakit Bila Buat Waxing! appeared first on Miss Murai.