
Bagi mereka yang mempunyai mata yang kecil atau sepet pasti agak sukar menjumpai maskara yang elok dengan saiz mata bukan? Ditambah pula dengan kadar bulu mata yang sedikit dan pendek. Kebanyakan berus maskara yang ada dipasaran untuk mata bundar dan bulu mata lebat. Jika guna maskara sedemikian, hasilnya bulu mata bergumpal dan kamu tidak dapat memberus produk pada keseluruhan bulu mata.
Dari perkongsian pempengaruh kecantikan popular TikTok, Troy Ling, ada beberapa jenama maskara yang sesuai untuk mereka bermata kecil atau sepet. Dari pendapat Miss Murai juga bersetuju dengan kualiti dan hasil maskara pilihan beliau. Pilihan berus dan formulasi produk maskara tersebut amat penting sekali untuk mencapai kepuasan semasa mengguna dan penyelesaian untuk bulu mata cantik dan lentik!
- KATE : Curl Awaking Mascara [RM40.60]
Dikatakan maskara yang dicipta untuk saiz mata orang Asia. Ia mempunyai formula rahsia untuk menangkap dari akar ke hujung bulu mata dan memberi hasil panjang semulajadi. Menariknya dengan ekstrak minyak zaitun ia dapat menjaga dan melindungi bulu mata.

- JUDYDOLL Iron Strong Mascara Liquid Waterproof and Smudge Proof [RM29.92]
Miss Murai pernah berkongsi tentang maskara JudyDoll ini kerana ia antara maskara paling viral di TikTok. Formula unik gentian fiber memberikan hasil bulu mata panjang tanpa bergumpal. Bagi mereka tidak banyak bulu mata, maskara ini boleh beri efek lentik dan pemisahan bulu mata yang tampak semulajadi.

- Blushbabe Mascara [RM31.98]
Blushbabe merupakan maskara dari jenama kecantikan tempatan. Jika kamu mahukan hasil bulu mata panjang dan lebat, ini merupakan pilihan yang terbaik. Selain itu, ia maskara kalis air yang tidak mudah comot tetapi senang untuk dibersihkan. Saiz berus yang sederhana pula sesuai untuk saiz mata kecil dan besar.

- SILKYGIRL Big Eye Waterproof Mascara [RM25.52]
Antara maskara paling popular dalam jenama Silkygirl. Ia diperkaya dengan Nano Seaweed, Vitamin E dan Snow Algae Extract untuk melindungi bulu mata. Disamping itu, ia mampu memberi kesan bulu mata lebih panjang sehingga 90%. Apa yang membuatkan maskara ini disayangi ramai ia tidak meninggalkan kesan bergumpal dan dijual pada harga yang cukup berpatutan. Saiz berus maskara ini juga amat sesuai dengan saiz mata mereka yang kecil.

- essence Lash Princess False Lash Effect Mascara Waterproof [RM25.52]
Yes, maskara ini juga pernah menjadi maskara viral di TikTok! Ia berjaya menghasilkan bulu mata yang seolah-olah seperti memakai bulu mata palsu. Walaupun berus maskara essence besar dan formula yang berat, ia masih memberi sikatan berus tanpa sebarang kesan comot pada kelopak mata.

- SILKYGIRL Lash Prism Waterproof Mascara [RM13.93]
Maskara ini merupakan maskara pilihan peribadi Miss Murai. Ia juga mempunyai saiz berus yang amat baik untuk saiz mata kecil dan sepet. Jika kamu sukakan hasil bulu mata yang panjang dan lebat, wajib mencuba maskara Lash Prism. Menariknya, jika produk maskara sudah sedikit kering ia akan memberikan salutan bulu mata lebih cantik. Harga juga amat murah sekali!

Banyak juga pilihan maskara untuk kamu yang bermata kecil dan bulu mata sikit. Jangan risau semuanya dijamin memberi kepuasan yang lentik serta cantik. Selamat mencuba!
The post Pilihan Maskara Terbaik Untuk Mata Kecil & Bulu Mata Sikit! appeared first on Miss Murai.