
Cuba tanya mana-mana wanita jika mereka alami ‘bad hair day‘, apa yang akan dilakukan? Selain merosakkan mood, mereka pasti rasa tidak mahu keluar rumah.
Jika lihat semula, rata-rata wanita akan menghabiskan suku daripada wang untuk mendapatkan rawatan rambut di salun. Tetapi kamu pernah terfikir untuk jimatkan duit kamu dengan menggunakan Philips SenseIQ Dryer dan Philips SenseIQ Straightener?
Hanya guna alatan elektronik ini sahaja, kamu sudah boleh menggayakan beberapa gaya rambut kegemaran kamu sambil menjaga rambut
Sambil gunakan alatan elektronik daripada Philips ini, penulis akan kongsikan beberapa tips styling untuk memudahkan hari kamu!
#1 Cuci Rambut Menggunakan Air Suam
Paling penting sekali sebelum menggayakan rambut, kamu perlu mempunyai akar rambut yang sihat. Jadi macam mana mahu dapatkan akar dan rambut yang sihat?
Ketika mandi, kamu perlu menggunakan air suam sahaja untuk membasuh rambut. Elakkan daripada menggunakan air sejuk atau air panas kerana ia boleh merosakkan kelembapan dan penampilan rambut.
Apabila kamu membersihkan rambut menggunakan air suam, ia tidak akan menghilangkan kelembapan dan minyak semula jadi pada rambut dan kulit kepala.
#2 Berhati-Hati Ketika Mengeringkan
Setiap orang pasti melakukan kesilapan yang sama iaitu mengeringkan dengan cara yang kasar dan cepat sehingga dapat merosakkan rambut.
Cara yang betulnya, kamu perlu mengambil sehelai tuala microfiber dan letakkan di rambut. Kemudian usap dengan lembut dan perlahan-lahan untuk mengeluarkan lebihan air pada rambut.
Jika kamu lakukan dalam cara yang salah, ia boleh menyebabkan rambut yang basah sangat rapuh dan boleh menjadi keriting dan rosak. Dan paling penting, kamu tidak boleh menyikat rambut semasa basah.
#3 Blowout Rambut
Part paling menyeronokkan iaitu blowout rambut! Selepas blowout rambut, pasti rambut kelihatan seperti baru keluar daripada salun rambut kerana nampak cantik dan kemas.
Tetapi kamu perlu tahu, blowout rambut juga dapat mendatangkan beberapa kesan buruk pada rambut. Contohnya, jika kamu menggunakan haba yang berlebihan pada rambut, ia boleh mengeringkan rambut dan merosakkan penampilannya.
Jika kamu menggunakan Philips SenseIQ Hair Dryer, masalah ini boleh diselesaikan. Ini kerana hair dryer ini dapat kekalkan 90% kelembapan semula jadi rambut kamu. Tidak perlu risau lagi, pelbagai gaya kamu boleh lakukan setiap hari tanpa perlu risau akan kerosakan rambut disebabkan oleh haba.
Untuk tambahkan lagi volume pada rambut, kamu boleh gunakan sikat bulat semasa blowout rambut untuk hasil yang lebih boom!
#4 Beach Waves Yang Sempurna
Kalau gunakan Philips SenseIQ Hair Straightener, pasti kamu tidak akan memerlukan lagi curling iron atau wand. Dan jika kamu mempunyai rambut yang kasar atau pin-straight, hair straightener ini bolehkan kamu gaya rambut mengikut keperluan rambut kamu.
Hair straightener ini dilengkapi dengan sensor digital aktif dimana ia dapat mengenal pasti dan sesuaikan dengan keadaan rambut untuk elakkan daripada kamu menerima haba yang terlalu panas.
Dalam pada masa yang sama, Tetra Ionic System memasukan berjuta-juta ion ke dalam rambut bagi menghilangkan statik, kerinting dan paling best sekali rambut akan kelihatan bersinar dan berkilau!
Untuk lakukan beach waves, sebanyak 5cm daripada akar rambut, kamu boleh letakkan hair straightener ini padanya dan lengkungkan ke arah keluar daripada wajah. Ulang dan ulang perbuatan yang sama pada setiap bahagian.
Lastly, guna jari sahaja kamu ceraikan sedikit beach waves untuk tidak kelihatan statik dan nampakkannya freely.
#5 Sexy Messy Bun
Siapa sahaja tidak suka penampilan seksi seperti just-got-out-of-bed bun yang tidak kemas. Senang untuk kamu lakukannya, tambah-tambah lagi jika kamu ada bad hair day.
Cara-caranya:
- Ikat rambut menjadi ponytail yang longgar.
- Putar rambut pada base ponytail dan tinggalkan hujung rambut di luar pada penghujungnya.
- Ambil bobby pin dan getah rambut, kemudian secure hujung rambut sehingga ia tidak kelihatan.
(Extra tips: Untuk rambut lurus, kamu perlu gulung rambut sebelum lakukan urutan (2) dan (3) supaya bun kamu kekal lama.)
Walaupun rambut memerlukan penjagaan yang rapi dan teliti seperti wajah, tetapi ia tidak merugikan. Bergantung kepada jenis produk dan alatan yang digunakan pasti kamu boleh gayakan rambut dengan bebas!
Untuk pembelian:
Philips SenseIQ Dryer [RM 559]
Philips SenseIQ Straightener [RM 559]
The post Philips Kongsi 101 Tips Hair Styling, Hanya Guna Alat Elektronik Ini Saja appeared first on Miss Murai.