
Betul ke dia semakin sayang dengan aku?
Mungkin kata-kata cinta atau sayang bukan menjadi domba dari mulut pasangan kamu. Maka kamu sering tertanya-tanya adakah benar dia semakin sayang atau perasaan kasih ini semakin layu dihati. Si dia pula bukanlah jenis pandai berkata romantis, atau jarang sekali memberi hadiah jika bukan hari istimewa. Kamu pula yang memiliki hati perempuan dijentik keraguan yang kadangkala tidak munasabah.
Sebenarnya cinta dan sayang tidak sahaja lahir dari kata rayu atau barang material. Ia boleh dilihat dari sikap dan kelakuan pasangan terhadap kita. Janganlah sentiasa mentafsirkan kasih sayang dengan ilusi hadiah dan mulut manis. Kita juga harus tahu bahasa cinta setiap insan itu berbeza-beza. Miss Murai lima petanda yang menyakini pasangan kamu masih sayang, cinta dan paling penting bahagia bersama kamu disisi;
1. Komunikasi si dia terbuka
Ruang kamu dan si dia berkomunikasi cukup terbuka dengan kejujuran dan jarang sekali berakhir dengan pergaduhan. Si dia boleh berkongsi pelbagai cerita, rahsia atau idea bersama kamu kerana ada teras kepercayaan yang sangat kukuh. Malah, pasangan kamu langsung tidak gusar menunjukkan sebarang perasaanya terhadap kamu. Waktu dia sedih, gembira, kecewa atau takut dia mahu kamu berada disampingnya.
2. Si dia konsisten
Maksudnya disini ialah pasangan kamu tetap konsisten bersama kamu disaat jatuh dan bangun dalam hidup kamu. Dia tidak sesekali menunjukkan reaksi negatif atau rasa putus asa jika berlaku sebarang kerumitan dalam hubungan kamu berdua. Sikap konsisten mungkin terlihat bosan tetapi ini antara satu sifat yang menjadi hubungan kasih sayang semakin teguh walau dibadai taufan.

3. Dia hormati kamu
Apa jua keputusan yang kamu lakukan dalam hidup kamu, si dia sebaik mungkin menyokong kehendak kamu. Malah si dia juga memberi bantuan dan cuba untuk memahami keputusan yang kamu telah lakukan. Pasangan seperti ini dia sedar kamu juga seorang individu yang mempunyai impian dan cita-cita. Jika kita berada bersama dengan pasangan seperti ini, segala kemungkinan menjadi lebih mudah untuk dicapai.
4. Tidak menilai (judging)
Jika si dia menghormati kamu, sudah tentu si dia tiada masa untuk menilai kamu. Sewaktu kamu sedang beremosi atau melakukan kesalahan, si dia tidak cepat melatah. Malah cuba untuk memahami keadaan dan bersedia untuk memberi nasihat jika kamu memerlukan. Bahkan, ia tidak menjadi alasan untuk si dia berhenti menyayangi kamu.
5. Isi masa bersama kamu
Ramai yang mengatakan hadiah dan kata-kata romantis adalah bukti atau tanda cinta. Namun begitu, bukti yang paling besar ialah pengisian masa si dia terhadap kamu. Sesibuk mana, atau sejauh mana pun si dia berada, kamu antara orang yang mahu berada disamping atau ingin mendengar suara. Pengorbanan masa yang berkualiti ialah tanda pasangan kamu semakin sayang dan ingin kekal bahagia dengan kamu.

Apa kata kali ini kamu pula lakukan refleksi diri dengan bertanyakan, ‘bagaimana sikap aku dengan si dia’ dan ‘adakah aku menghormatinya, sebagaimana dia menghormati aku’. Bak kata pepatah it takes two tango dalam perhubungan. Selamat merenung.
The post 5 Petanda Pasangan Semakin Sayang & Bahagia Bersama Kamu appeared first on Miss Murai.