
Semua orang mahukan kulit muka yang halus dan licin… pendek kata, flawless. Hormon dan faktor genetik selalunya menjadi masalah utama bagi mereka yang berkulit minyak dan berjerawat.
Kulit muka berminyak dan berjerawat disebabkan oleh bakteria dan sel kulit mati yang menyebabkan liang roma pada permukaan kulit muka tersumbat.
Masalah ini boleh diatasi dengan mengikis tabiat buruk yang sering kita lakukan secara tidak sedar. Jom kita lihat apakah tabiat-tabiat buruk yang selalu kita buat.
Cuci muka terlalu kerap
Ramai orang basuh muka terlalu kerap dengan harapan kulit akan sentiasa kering dan jerawat cepat mati. Cara ini sebenarnya salah dan akan menyebabkan kulit muka menjadi semakin berminyak dan berjerawat.
- Foto – Mock Mom
Cuci muka dengan menggunakan cleanser yang betul dua kali (pagi dan sebelum tidur) sehari sudah mencukupi.
Skrub muka
Skrub digunakan untuk membuang sel-sel kulit mati agar kulit muka nampak lebih halus. Skrub yang terlalu kasar akan menyebabkan keadaan kulit muka sentiasa kering dan makin teruk.
- Foto – Hysses
Skrub hanya perlu dilakukan 1-3 kali sahaja seminggu. Cara penggunaan skrub juga penting dan harus dilakukan dengan betul.
Picit jerawat
Picit jerawat sudah menjadi tabiat bagi sesetengah orang. Perkara ini sangatlah normal bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat.
- Foto – Insider
Tabiat memicit jerawat dengan kuku akan memburukkan keadaan kulit dan akan menyebabkan parut. Sebaik-baiknya, gunalah lotion atau produk khas untuk jerawat dengan cara yang betul.
Syampu rambut yang meleleh ke muka
Ramai yang tidak tahu syampu rambut yang terkena kulit muka boleh menyebabkan kulit muka berjerawat.
- Foto – Thermo Fisher
Ini kerana, syampu mengandungi bahan pelembap untuk melembutkan rambut. Jadi semasa mandi, elakkan buih syampu dari terkena bahagian dahi dan muka.
Tidak membersihkan peluh
Peluh merupakan bahan toksin yang dikeluarkan dari badan. Jadi tidak elok jika kita membiarkan peluh yang keluar itu kering dan menyerap semula ke dalam kulit.
- Foto – The Conversation
Seelok-eloknya laplah peluh dengan menggunakan tuala kecil ataupun tisu.
Kurangkan makan makanan yang berminyak
Greasy food boleh menyebabkan kulit berminyak dan berjerawat menjadi semakin teruk. Jadi, amalkan makanan diet yang sihat dan kurangkan makan makanan yang berminyak!
- Foto – Today Show
Krim pencerah kulit
Krim pencerah kulit sangatlah tidak sesuai bagi kulit berminyak dan berjerawat. Ia mengandungi bahan yang menyebabkan jerawat lambat sembuh dan muka semakin berminyak dan juga berpotensi meninggalkan kesan pigmentasi.
- Foto – The Girl
Tak minum air secukupnya
Air banyak manfaatnya sejak dari azali lagi. Kita dikehendaki untuk minum sekurang-kurangnya 6-8 gelas air setiap hari.
- Foto – PathWater
Air boleh membantu menyingkirkan toksin dari badan dengan membuang air kecil ataupun melalui peluh. Jadi kita harus gantikan semula peluh yang keluar agar badan tidak kering dan dehydrate.
Jadi jaga wajah baik-baik agar kekal bersih dan berseri-seri. Bila wajah kita elok, hati pun senang!
Selamat Beramal!
The post Sebab Tabiat Buruk Ini, Muka Kamu Makin Berminyak appeared first on Miss Murai.