
Bangga rasanya bila semakin banyak jenama kecantikan tempatan dapat bersaing dengan jenama luar negara. Malah ini menunjukkan produksi dan persaingan didalam industri perniagaan kecantikan berkembang dengan baik sekali. Lebih menjadi positif bila pengguna dapat memilih produk dan jenama tempatan yang menyediakan harga dan kualiti seiring pengguna tempatan juga.
Miss Murai ingin berkongsi beberapa jenama kecantikan lokal yang mempunyai produk cushion foundation. Menariknya produk cushion foundation yang dipilih oleh Miss Murai merupakan cushion foundation paling terbaik. Ia memberi hasil solekan yang kemas, flawless, tahan lama dan menjadi pujaan ramai. Seperti yang kita tahu, konsep cushion foundation ialah cecair bedak asas yang diletakkan dalam bekas kompak. Ianya supaya boleh dibawa untuk touch-up dan mengandungi formula sampingan untuk menghidrat dan merawat kulit.
Mari kenali lima cushion foundation jenama lokal yang paling best dan beri hasil solekan cantik;
- Cubre Mi x SallyWhoo Cushion Foundation [RM22.95]
Cushion foundation ini merupakan hasil kolaborasi Cubre Mi bersama pempengaruh kecantikan popular, Sally Whoo. Ramai yang berpendapat cushion foundation cukup ringan, mudah dipakai dan memberi hasil semi-glow. Menariknya lagi, cushion foundation ini menyediakan tujuh tona yang bersesuaian dengan kulit pengguna tempatan.

- GMEELAN Black Truffle Air Cushion Foundation [RM37]
Rasanya belum jumpa lagi cushion foundation yang datang sekali dengan powder finishing. Gmeelan menyediakan satu bedak kompak yang boleh untuk kamu touch-up atau bersiap dimana jua. Ia dikatakan boleh tahan lama kerana mempunyai formula mengawal minyak wajah. Selain itu juga ia diperkaya dengan bahan hidrasi untuk kulit tampak segar sepanjang hari.

- WAWA Complete Cover Cushion Foundation [RM49]
Siapa suka foundation yang tebal atau high coverage boleh cuba dari WAWA Cosmetics. Cushion foundation ini mampu menutup segala cela, disamping melindungi kulit dari sinaran matahari. Hasil dari ia juga membuatkan kulit tampil matte dan bebas dari sebarang kilauan minyak wajah yang berlebihan.

- OKAYA Cushion Foundation [RM49]
Cushion foundation dari OKAYA amat sesuai untuk pemakaian harian. Tekstur yang ringan dan mudah dicuci membuatkan ia antara cushion foundation digemari ramai. Bagi mereka yang suka tampil solekan ringkas atau minimalis, cushion foundation paling cocok. Kemasan pula membuat wajah nampak segar dan kulit halus berseri.

- Maaez Cushion Foundation Second Skin [RM59.90]
Kamu mahukan cushion foundation yang buildable coverage, tahan lama dan tidak mudah pecah? Formulasi second skin dari Maaez ini merupakan yang terbaik. Mempunyai 13 rona pilihan dan hasil kemasan yang berseri tanpa kulit kelihatan berat.

Tak sangka bukan? Banyak rupanya pilihan yang ada untuk kamu beri sokongan kepada jenama tempatan. Selamat mencuba!
The post Ini Cushion Foundation Lokal Paling Best & Kulit Nampak Flawless! appeared first on Miss Murai.