Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14517

Ballet Flats Hitam Digelar Gaya Kasut ‘Tak Lapuk Dek Zaman’

$
0
0
ballet flats murah cantik shopee

Mungkin sekarang ramai yang sudah berjinak kearah gaya fesyen sneaker, kasut tumit tinggi atau but. Akan tetapi jangan kita lupa ada satu gaya kasut yang cukup klasik dan senang kata tidak akan lapuk dek zaman. Kasut ballet flats merupakan kasut yang pernah menjadi fenomena dan sebenarnya kembali menjadi kegemaran ramai. Rekaan yang ringkas dan selesa merupakan faktor ballet flats masih tersusun di rak kasut para wanita.

Menariknya tentang ballet flats ialah ia menjadi ikon fesyen sekitar era 50 dan 60-an. Kasut ini mendapat perhatian yang lebih mendalam ketika disarung oleh aktress legenda Audrey Hepburn dan Briggete Bardon. Setelah itu, ballet flats mengalami pelbagai evolusi dari segi fabrik, siluet dan juga material pembuatan. Jika dahulu ballet flats hanya dipakai dengan gaun atau pakaian formal tetapi kini ballet flats berupaya dipadankan dengan pelbagai identiti si pemakai.

Gambar ikonik audrey hepburn
Foto – Perth Now

Miss Murai mudah untuk katakan kasut ballet flats warna hitam antara kasut yang wajib ada pada setiap wanita. Ia melambangkan feminin, minimalis dan versatil untuk dipakai sepanjang hari. Rekaan yang dari material ringan, lembut dan bentuk kasut yang melindungi jari turut memberi keselesaan. Wanita yang aktif bergerak tetapi masih mahu kelihatan bergaya, ballet flats begini dapat melengkapkan keinginan tersebut.

Jadi jawapan bagi kasut yang timeless, evergreen atau tidak lapuk dek zaman ialah ballet flats warna hitam. Kamu tercari-cari ballet flats yang selesa, masih mengekalkan rekaan original berbentuk bujur dibahagian hadapan dan kepilan reben comel? Miss Murai ada sediakan seleksinya;

  • BNC Women Flat Ballerina Shoes [RM58.99]
BNC Women Flat Ballerina Shoes
Foto – Shopee Malaysia
  • Tracey Patent Bow Ballerina Flats [RM104]
Tracey Patent Bow Ballerina Flats
Foto – Shopee Malaysia
  • Nose Duo Tone Square Toe Flat Ballerina [RM125.90]
BNC Women Flat Ballerina Shoes
Foto – Shopee Malaysia
  • Myla Ballerina Flats [RM145]
BNC Women Flat Ballerina Shoes
Foto – Shopee Malaysia
  • SEMBONIA Women Recycled Materials of Synthetic Leather Ballet [RM153.30]
SEMBONIA Women Recycled Materials of Synthetic Leather Ballet
Foto – Shopee Malaysia
  • Carlo Rino Emily Bow Ballet Flats [RM159.30]
Carlo Rino Emily Bow Ballet Flats
Foto – Shopee Malaysia
  • Clarks Womens Fawna Lily Ballerina [RM325.80]
Clarks Womens Fawna Lily Ballerina
Foto – Shopee Malaysia
  • FitFlop DELICATO Bow Soft Leather Ballet Flats [RM517]
FitFlop DELICATO Bow Soft Leather Ballet Flats
Foto – Shopee Malaysia

Cantik kan? Miss Murai sediakan pilihan dari pelbagai jenama, kualiti dan harga. Jadi kamu sendiri boleh tentukan yang mana untuk jadi dambaan.

The post Ballet Flats Hitam Digelar Gaya Kasut ‘Tak Lapuk Dek Zaman’ appeared first on Miss Murai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14517