Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14517

Guna Bahan Ini Saja Dah Boleh Makan Loaded Potato Bowl KFC

$
0
0

Pernah menjadi kontroversi apabila KFC menurunkan menu kegemaran ramai iaitu Loaded Potato Bowl.

Tetapi apabila menu tersebut dijual semula, ramai yang kecewa kerana stok selalu habis kerana ramai yang membelinya.

Untuk kamu yang sering tidak sempat membeli menu ini di KFC, jangan risau. Kini kamu boleh guna resepi Loaded Potato Bowl ala-ala KFC ini untuk makan di rumah dengan puas!

BAHAN-BAHAN:

Bahan Mashed Potato:

Foto – Masak Apa Hari Ni (Facebook)
  • Kentang – 1kg
  • Butter -100g (dipotong dadu)
  • Whipping cream – 100ml
  • Air – 50ml
  • Lada hitam
  • Garam

Bahan Ayam:

Foto – Masak Apa Hari Ni (Facebook)
  • Dada ayam (dipotong dadu)
  • Tepung goreng ayam / tepung Bestari

Bahan Topping:

Foto – Masak Apa Hari Ni (Facebook)
  • Jagung rebus
  • Serbuk keju
  • Mayonis
  • Gula
  • Garam

CARA PENYEDIAAN:

(A) Mashed Potato: 

  1. Basuh dan rebus kentang sehingga menjadi lembut.
  2. Buang air rebusan dan letak kentang dalam mangkuk besar.
  3. Tumbuk atau lenyek kentang sehingga menjadi mashed potato.
  4. Kemudian, masukkan semua bahan ke dalam kentang yang ditumbuk dan gaul sehingga butter cair.

(B) Ayam: 

  1. Letak sedikit air dalam tepung goreng tepung untuk bancuh.
  2. Kemudian, salutkan ayam dengan bancuhan tepung tersebut.
  3. Goreng ayam menggunakan api sederhana sehingga ayam berwarna keemasan.

(C) Topping: 

  1. Rebuskan jagung selama 3 minit dan toskannya.
  2. Kemudian, gaul jagung tersebut dengan gula dan garam.
  3. Untuk serbuk keju, bancuhkan ia dengan sedikit air panas dan gaul sehingga sebati.

(A) + (B) + (C):

Foto – Masak Apa Hari Ni (Facebook) / Keluarga
  1. Menggunakan mangkuk yang besar, hidangkan Loaded Potato Bowl secara lapisan.
  2. Lapisan bawah, letakkan mashed potato.
  3. Kemudian, letakkan keju dan mayonis.
  4. Untuk lapisan atas, letakkan jagung dan ayam goreng.
  5. Sebagai topping, letakkan sedikit keju dan mayonis dan siap!

Mudah dan ringkas resepi ini. Sesuai untuk mereka yang rasakan beli satu di KFC tidak mencukupi, kini sudah boleh sediakan dalam kuantiti yang diingini dan puas.

Selamat mencuba!

RUJUKAN:  1, 2

The post Guna Bahan Ini Saja Dah Boleh Makan Loaded Potato Bowl KFC appeared first on Miss Murai.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14517