Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14506

Tonton Family Kitchen With Sherson Musim Baru Untuk Ilham Masakan Seisi Keluarga!

$
0
0

Bersempena dengan sambutan hari ibu, ayuh masakan satu hidangan istimewa buat ibu tersayang. Sesungguhnya, air tangan seorang anak itu amatlah berharga untuk si ibu. 

Asian Food Channel baru sahaja menerbitkan siri memasak yang menggandingkan pasangan ibu dan anak kegemaran ramai, Family Kitchen with Sherson untuk musim ke-2.

Chef selebriti tanah air, Sherson Lian dan ibunya Ann Lian bergabung tenaga menyajikan hidangan masak menarik berasaskan ramuan fusion yang akan ditayangkan setiap hari Khamis, bermula 21 April, tepat jam 9pm hanya di Astro saluran 703.

Foto -grantcorban.com
Foto -grantcorban.com

Dengan dua tema menarik yang akan menceriakan Family Kitchen with Sherson musim ini, “Melaka Specials” dan “Go Green” akan memperlihatkan telatah dan aksi dua beranak ini sama-sama mencipta kembali resepi turun-temurun yang disunting dari masakan rumah popular sekitar Malaysia. Dari hidangan pencuci mulut yang diberi sentuhan istimewa sehinggalah hidangan kegemaran keluarga, semuanya bakal dihimpunkan dalam satu episod yang penuh makna untuk dikongsi bersama.

Ahli keluarga Sherson Lian. Foto -grantcorban.com
Ahli keluarga Sherson Lian. Foto -grantcorban.com

Setiap minggu, Sherson dan ibunya akan menyajikan tiga (3) jenis menu yang pasti enak untuk dinikmati bersama keluarga tercinta. Family Kitchen with Sherson musim pertama pernah diiktiraf antara 5 rancangan terbaik terbitan Asian Food Channel pada tahun lepas. AFC sentiasa komited untuk membawakan hiburan terbaik bagi mereka yang gemar memasak sekaligus bisa merapatkan hubungan kekeluargaan secara tidak langsung.

Foto -grantcorban.com
Foto -grantcorban.com

Jika anda berminat, setiap minggu anda boleh mendapatkan 2 resepi baru yang pernah disediakan dalam siri Family Kitchen with Sherson musim terbaru. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.asianfoodchannel.com/shows/family-kitchen-with-sherson


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14506