Quantcast
Channel: Miss Murai
Viewing all articles
Browse latest Browse all 14491

“Air Masih Ada Dalam Tempoh Gangguan, Tak Perlu Buat Simpanan Berlebihan” -Datuk Seri Dr Zaini

$
0
0
Gambar hiasan. Sumber: TV14

Pengguna yang panik di sekitar Lembah Klang berikutan masalah gangguan air yang berlaku susulan kerja-kerja senggaraan Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Pencawang Masuk Utama (PMU) Bukit Badong ramai bertindak untuk menyimpan bekalan air secara berlebihan (simpanan panik).

Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata gangguan bekalan air di kawasan Petaling Jaya, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur itu dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini (23 Disember) sebelum perayaan Krismas.

 “Bagi memastikan gangguan bekalan air pulih seperti dijadualkan, para pengguna dinasihatkan tidak menyimpan air secara panik atau melebihi keperluan biasa.

“Jangan pula apabila kebiasaan penggunaan air sesebuah rumah ialah satu meter padu air tapi apabila berlaku gangguan bekalan mereka menyimpan tiga meter padu air”.

“Ini ‘panic storing’ (simpanan panik). Air sebenarnya ada (semasa gangguan) tetapi amat terhad,” katanya dalam sidang media di kementeriannya di sini semalam berhubung gangguan bekalan air.

Jika ramai pengguna yang bertindak ‘tamak’, kemungkinan bekalan air dalam saluran paip dan loji akan kehabisan dan ini seterusnya akan memanjangkan tempoh pemulihan masalah bekalan air.

“Berasaskan kepada data pemantauan rapi oleh TNB ke atas sistem PMU di Bukit Badong, KeTTHA memutuskan bahawa kerja-kerja senggaraan pencegahan TNB perlu dilaksanakan segera bagi mengurangkan risiko gangguan bekalan elektrik tidak berjadual yang lebih serius,” katanya.  – Bernama

SUMBER


Viewing all articles
Browse latest Browse all 14491